hari ini hari last untuk kita berada di tahun 2012
well well
hari ini aku masih di Tanjung Malim sedang melepak-lepak (tak ade la melepak sangat sebab mengejar sophie kesana kesini). sekejap lagi baru la kami akan bertolak ke KL. lepas setel lah semua kan. nak bayar bil-bil-bil..mana-mana pun bil sahaja dalam hidup kita ni (pasrah)
bercerita tentang tahun baru..aku masih belum sempat nak menulis apa yang aku azamkan untuk tahun baru ni. iya lah sekarang nama saja cuti tapi sebenarnya bila kau punya anak di sisi, bukan cuti nama nya okei. ini nama nya duty di rumah pula :) masa untuk melayan anak.
rasanya mungkin esok kita boleh berkongsi azam untuk tahun depan. sebab rasanya aku tak sempat nak menulis dan membebel dengan baik bila mata kejap pandang kanan kejap pandang kiri (takut sophie mengemas pasu-pasu wan, kang pecah naya)
apa-apapun aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada smua ya! semoga tahun depan memberi azam dan semangat untuk kita semua supaya terus berusaha jadi yang lebih baik. semoga tahun hadapan juga dapat memberi kita kejayaan yang kita impikan In sha Allah,
ok then! jumpa lagi esok In sha Allah :)
salam.
Monday, December 31, 2012
Friday, December 28, 2012
Friday night
tika ini..sudah pukul 10.40 malam
dan aku masih di opis
YA
MASIH DI OPIS!!!
ini semua gara-gara tender yang perlu di hantar 2hb Januari 2013
entah apa-apa lah timeline nak bagi tarikh masa orang sibuk bercuti??
dah la team ramai yang dah bercuti masa ni
tinggal lah aku dan kak rini untuk siapkan compiling segala
too bad isnin ni pula aku cuti nak sambung beraya tahun baru
tinggal kak rini sorang-sorang nak siapkan tender ni
memang kesian lah dia
jadi untuk itu aku stay bersama dia dan bantu dia
at least Isnin ni aku tak ada, beban dia dah kurang sikit sebab boleh kata nanti nak print out details dari partner saja part yang tinggal untuk complete tender ni
the rest dah siap, I hope
apa korang buat sekarang ni? mesti dah best-best melepak depan tv. pergi keluar dating ke kan? bestnyeee
sophie pun dah tido. tadi aku call angah cakap sophie sayang tu dah tido dah
esok jangan dia merajuk dengan ummi dia sudah la kan.
wuwuwuw
boleh tahan jugak rasa letih ni..muka comot jangan kata lah kan..berminyak-minyak dah pipi ni aku rasa.
tapi takpa...esok cuti sambung sampai Selasa depan! la la la
good night everyone!!
Thursday, December 27, 2012
Friday , Dec 28th
Assalamualaikum and good morning everyone :)
today we have finally meet the last Friday of 2012
next Friday will be a new Friday of 2013 :)
so...hari ni apa aku nak cerita ya
oklah harini aku nak share on "what I read this December"
buku ni aku baru start 2 hari lepas sebab baru ada kelapangan lepas pukul 12 tengah malam
tapi malam tadi tak mampu nak bertahan mata
pukul 930 malam aku dah membuta
nampak nya dah lari tajuk
ini buku yang sempat di baca untuk bulan ini
4 Blondes, Author : Candace Bushnell
review cerita tak dapat nak cerita lagi sebab baru sampai muka surat 77.
ada lagi beberapa ratus muka surat baru habis jadi nanti dah habis ke baru boleh cerita
cuma aku nasihatkan bahawa buku ini buku orang dewasa ya
bukan buku adik-adik tingkatan 1 2 boleh pinjam, bahaya!
so...dah nama pun author 4 blondes ni same author untuk cerita sex and the city
I bet you guys know the intipati of this book :)
ok itu saja sharing untuk hari ini. nanti ada lagi aku akan share. oh yes haritu aku ada baca buku ini
tapi tak sure dah masukkan ke tidak review nya. mungkin lupa -___-
yang ini sudah khatam. dan dah di simpan dalam kotak kerana ia juga cerita wanita dewasa.
bukan lah cerita macam 4 blondes ni tapi jalan cerita nya agak berat. cerita yang menceritakan kekuatan dalaman seseorang dalam menghadapi dugaan dalam hidup. ceita nya mengkut pengalaman setiap orang. so satu chapter, satu pengalaman. kalau aku bagi afzal baca mesti dia rasa sakit kepala so tak perlu. baca sajalah buku voice of butterflies ke apa ke janji bukan ini.
sebaik habis buku yang sedang di baca aku harus hunt another book.
selamat hari Jumaat!
Tuesday, December 25, 2012
26.12.2012
pagi tadi suami dah ke Erbil
kami anak beranak hantar ke KLIA macam biasa
lepas tu tidur la kejap dekat hall
takut terlajak tidur nanti tak datang office terus
oh yes.. it is another 35 days of loneliness.
tak mau lah kira hari, kita kira minggu
sedap sikit nak sebut
"another 5 weeks of loneliness"
rasa sekejap jela masa tu berlalu nanti
some more aku akan makin busy nak siapkan bilik pengantin
tak lama dah ni...bulan 2 alang nak kawen dah
lepas tu nak start ulang alik ke UM untuk progress
tahun baru 2013 ni aku sambut new year tanpa suami di sisi
macam tahun lepas pun sama rasanya ke tak eh? lupa la plak -____-
banyak event menanti tahun 2013
start dari rotation open table ke event celebration birthday parties semua orang
phew~
it is going to be pack this year
but I like it! :)
semalam kami habiskan masa macam dah tak cukup masa nak buat
start dari keluar cari barang rumah
lepas tu cari minyak enjin nak hantar service weekend nanti
lepas tu pergi ke Kajang pulak nak tengok rumah
lepas tu pergi Puchong pulak singgah rumah kak tinie
pukul 10.30 malam baru kami sampai rumah
sampai-sampai aje dah kena siapkan chicken roaster suami nak makan sebelum terbang
aku tertidur sambil gelak-gelak tengok cerita Hantu Kak Limah balik rumah malam tadi, ngantok ngantok jugak,klaka klaka jugak.sendiri tak paham hahaha
pukul 12.45 dah bertolak ke KLIA
pukul 2.45 pagi aku bertolak dari KLIA ke rumah
sampai rumah pukul 3.20 pagi
sampai la sekarang...ada di office, menunggu jam 5.30 petang (nak balik!)
oh hari Isnin tu kami tengok cerita Hobbit
aku suka cerita Hobbit, kena tunggu lah Hobbit 2 pula nanti kan.
oh btw, mungkin nanti kita boleh kongsi cerita pasal azam baru 2013
azam baru tu bagi aku equal to my wishlist
so sekali ada tanam azam,mesti terus assume itu dalam wishlist.
Insya'Allah boleh capai tahun depan apa yang di impikan...
Amin!!
apapun hasil membeli semalam aku terpikat pulak dengan milk baby bath johnson & johnson
bersinar-sinar je aku nampak dari jauh
daripada dok teringat-ingat lebih baik aku masukkan dalam bakul dan suami boleh bayar hahaha
marilah kita manjakan diri dengan mandian baru,
sedap jugak liquid bath ni
mungkin sebab baru, itu yang jadi semua best tu hehehe
Sunday, December 23, 2012
cuti
harini ramai kawan office yang cuti
termasuk lah aku nak sambung cuti yang tinggal dua potong ni
kejap lagi kami nak balik Tg Malim kejap
ini kalau jadilah ni
sebab nak pergi tengok tapak
tapak? haha
iya. tapak. atau tanah la senang kira
plan kedua yang bakal dibuat ialah ingin membeli tanah
jadi nak pergi survey dan jika kawasan itu kami berkenan kami akan beli dengan sesegera mungkin
apa-apa pun nanti aku update lah
oh ya. lusa 26.12.2012 suami dah nak kembali bekerja di Erbil
another 35 days waiting for my love one to be home
aku menanti dengan sabar Insya'Allah :)
esok kita nak buat apa ye?
dating ke shopping ke sedap juga ni.
another 45 minutes..and I'll be home yeeeeeeeeeha!
termasuk lah aku nak sambung cuti yang tinggal dua potong ni
kejap lagi kami nak balik Tg Malim kejap
ini kalau jadilah ni
sebab nak pergi tengok tapak
tapak? haha
iya. tapak. atau tanah la senang kira
plan kedua yang bakal dibuat ialah ingin membeli tanah
jadi nak pergi survey dan jika kawasan itu kami berkenan kami akan beli dengan sesegera mungkin
apa-apa pun nanti aku update lah
oh ya. lusa 26.12.2012 suami dah nak kembali bekerja di Erbil
another 35 days waiting for my love one to be home
aku menanti dengan sabar Insya'Allah :)
esok kita nak buat apa ye?
dating ke shopping ke sedap juga ni.
another 45 minutes..and I'll be home yeeeeeeeeeha!
Wednesday, December 19, 2012
50 ways to say you die, eh Goodbye.
LOL
tengok betul-betul
aku rasa ia klaka
berapa kali la aku tengok video train ni
mesti end up aku akan gelak sebab lirik dia klaka
hihihi
kalau dalam radio lirik dia jadi baik sikit, "ways to say Goodbye"
tapi yang sebenarnya lirik dia lebih berterus terang kalau original hahaha "ways to say you die"
selamat hari khamis!
Tuesday, December 18, 2012
beli dan pakai
lepas-lepas makan tengah hari ni rasa nak berkongsi cerita pulak dengan isu yang aku letak di atas
iaitu beli dan pakai
beli
siapa tak suka membeli kan? I bet..semua perempuan memang sinonim dengan perkataan membeli. membeli ini jugak merupakan satu tabiat. tabiat baik dan buruk. dua-dua ada.
point kita yang kedua pula ialah pakai
isu pakai jugak luas. ada yang mentafsirkan pakai itu sukar. ada jugak yang tafsirkan pakai itu mudah.
dalam konteks yang aku nak bebelkan hari ini ialah kombinasi.
beli dan pakai.
ada orang hobi nya memang suka membeli tapi tak memakai
bila datang penyakit nak membeli,kalau boleh habis satu kedai dia nak bawa pulang
tapi masalah lain yang timbul ialah bila kita membeli terlalu banyak, bila masa pula nak pakai?
atau kita sendiri terlupa apa yang kita beli sampai terperuk dalam laci
cukup masa nak house keeping buat-buat suprise sendiri kononnya baru nampak semua yang di beli.padahal selama ni kau memang tak ingat pun mana kau letak.
ini penyakit yang kurang sihat (I should say)
cerita berlaku masa aku mulakan housekeeping 2 minggu lepas.
baru lah aku nampak ada lebih 5 jenis cream muka tak berusik.
lotion badan saja ada berbaki- baki berbotol-botol tak habis
siap ada lagi lotion yang aku beli sebelum pregnant belom buka pun lagi
iyelah kan, masa pregnant lotion badan dah tukar ke cocoa butter, takde lah aku pakai lotion badan yang biasa di pakai tu
jadi apa solution yang aku ada?
.EMAK.
emak akan menerima semua itu dengan tangan terbuka sambil membebel marah aku kenapa membeli tak ingat nak pakai -____-
takpelah janji barang yang aku dah tak boleh letak dalam bilik kini ada di bilik emak
siap housekeeping aku ke elianto dan penyakit kembali
cuma kali ini
aku buat solution yang bijak SIKIT dari tahun lepas
since aku beli lebih 7 pencuci muka, lebih 4 toner, lebih 4 face emulsion, lebih-lebih masker,lebih-lebih lotion...
aku gunakan semua nya sekali gus!
macam mana?
ahaaaaaaaaaaaaa
aku letak kan satu-satu pencuci muka ke dalam beg masing-masing
beg telekung di office ada set nya sendiri
beg telekung nak bawak travel ada set nya sendiri
dalam bilik air personal ada set nya sendiri
bilik air public di rumah pun aku letak set disitu
rumah mertua pun aku tinggalkan siap-siap walaupun balik 2 bulan sekali janji ada dah sana tak payah bawak-bawak merata-rata yang sedia ada.
maka semua ini akan habis tanpa aku sedari
ok tak? :D
cuti
dah 2 hari bercuti (isnin dan selasa)..terus aku rasa macam nak sambung cuti lagi..
sebab nya ada beberapa perkara yang mendorong aku untuk cuti lagi ni
suami nak berangkat dah selasa depan. hmmm memang dia dapat balik sekejap je trip ni. trip depan macam biasalah rotation 35 days on off. jadi aku rasa nak sangat spend masa dengan tutup buku kerja sementara waktu. rasanya jumaat ni aku nak cuti lagi. sebenarnya suami suruh cuti esok dan jumaat tapi nanti bos buat kerut dahi pula. jadi...oklah man man.. aku akan apply jumaat.kami nak berjalan merpati dua sejoli pula :)
emak tiada di rumah sekarang. dia sibuk menyiapkan rumah. iyelah, alang dah nak kawen kan bulan 2 ni. masa dah kira suntuk untuk siap semua. sophie tinggal kat rumah dengan ayah la ni. kesian dua beranak tu. entah apa depa buat kat rumah harini....
bila lagi nak bawa sophie mandi pool dengan pelampung baru dia? ayah beli pelampung pink,.hihihi
ini baru pukul 10.20 pagi di office.
kenapa kan..bila kita pergi kerja, masa tu berlalu sangat perlahan???
tapi kalau kita cuti~~ kemain laju tengok-tengok jam dah nak Asar!
aku jeles dengan orang yang masih ada cuti banyak
tahun depan kena tanam azam baru ni
simpan cuti banyak-banyak!
jadi bulan 12 nanti ambil je terus off day sebulan.
puas hati. kan kan kan?
*dalamhatisungguhmalasnakkerjahariini.....*
Thursday, December 13, 2012
14.12.2012..Dear Kak Lily
Nama dia Hazliani, tapi kami panggil dia kak lily. harini merupakan hari terakhir kak lily bersama kitorang di company ni.she's leaving. For good. In sha ALLAH ada rezeki yang jauh lebih baik menanti. Kak Lily seorang kawan yang baik. dia lemah lembut orang nya. biasalah, emak-emak ni memang sensitif. tapi sebab dia memang ber personaliti lembut, kak lily ni mudah menangis orang nya. tapi itu bukan tanda dia lemah ok. silap besar di situ. she's a strong women instead.
Dear Kak Lily,
Our friendship did not just end here. We may be seeing each other again. I wish you all the best in future to come. Good job, Good paid, Good working environment, on whichever making things that's the best for you. I pray and wish you all the best!
Love and miss you Kak Lily!
ohh ye.sila abaikan muka apis di situ.kehkehkeh
fuhhhh
satu benda je aku nak cakap untuk petang khamis yang indah ini
banyak nya kerja sekolahhhhhh
serius banyak!
ada homework kena bawa pulang
oh tolonglah mata jangan mengantuk plis plis :(
taken from Giulfprd free library
Wednesday, December 12, 2012
random
lama pulak rasanya aku dah tak letak apa-apa entri dekat blog sendiri
ini bukan apa
ini angkara kebebanan kerja di hujung bulan @ hujung tahun
maklum lah kan
sekarang ni semua company pun sibuk nak closing
aku pun sekali lah terlibat sama
nak pula sekarang aku dah masuk technical ni juga
lagi la macam tak cukup tangan
apapun sekarang aku ada back up yang hebat so masalah finance yang kadang-kadang perlukan bantuan tu dah jadi tiada masalah lah :)
sekadar cerita random untuk minggu ini sebab aku tak sempat nak membebel
suami ada dekat rumah..jadi busy tu macam dua kali ganda
apa jadi minggu ni ye?
oh ok kita start dari semalam. semalam aku ambil cuti, melawat paklang di Ipoh,paklang kami kena strok. semoga maklang and family tabah,
jumaat lepas aku busy dengan presentation Sepat
yes..akhirnya giliran tiba dan dapat present
kiranya progress 1 partly selesai. lagi part yang belum selesai ialah nak buat pembetulan pada slide dan progress 2 which is volumetric calculation akan di buat dalam bulan 1 in sha ALLAH.
oh masa kami dekat Ipoh, jalan nak balik ke KL tu ada lah pasar malam dekat Lahat. menggunung durian orang jual! tak pernah aku nampak orang jual durian harga sebiji RM1.
oklah nanti aku update lagi. bila teringat :D
bai.
ini bukan apa
ini angkara kebebanan kerja di hujung bulan @ hujung tahun
maklum lah kan
sekarang ni semua company pun sibuk nak closing
aku pun sekali lah terlibat sama
nak pula sekarang aku dah masuk technical ni juga
lagi la macam tak cukup tangan
apapun sekarang aku ada back up yang hebat so masalah finance yang kadang-kadang perlukan bantuan tu dah jadi tiada masalah lah :)
sekadar cerita random untuk minggu ini sebab aku tak sempat nak membebel
suami ada dekat rumah..jadi busy tu macam dua kali ganda
apa jadi minggu ni ye?
oh ok kita start dari semalam. semalam aku ambil cuti, melawat paklang di Ipoh,paklang kami kena strok. semoga maklang and family tabah,
jumaat lepas aku busy dengan presentation Sepat
yes..akhirnya giliran tiba dan dapat present
kiranya progress 1 partly selesai. lagi part yang belum selesai ialah nak buat pembetulan pada slide dan progress 2 which is volumetric calculation akan di buat dalam bulan 1 in sha ALLAH.
sabtu ini kami nak balik Kertih. lama dah tak jumpa mak & ayah kat kertih, wan pulak nak balik Tg Malim. nak mengemas katanya. iyelah kenduri alang dah tak lama ni. haritu aku tak dapat ikut ke RP sebab suami balik pada hari yang sama. diorang pun sampai KL dalam pukul 1 pagi. seingat aku masa mak,angah & afzal bertolak pukul 6.45 pagi hari sabtu, depa bawa 1 beg je. sekali balik, afzal siap naik dulu nak bawak troli turun bawah ambil barang. memborong sakan depa kat Rantau Panjang. cantik-cantik sungguh kancing tudung emak beli, yang azie belikan pun sama cantik. tunggulah..bulan 2 aku dapat pergi sana, bukan 3 ,6 biji keronsang je aku beli. tunggu tunggu...
oh yayang belikan Bvlgari & jubah dari sudan di bawa balik. belum try sebab saiz macam pak arab bajunya. sebab teruja nampak cincin haritu, dia pulak berhajat nak belikan emas dari Kurdistan. ok jugak. aku ni kan si rambang mata :D apa jua di beli, terima kasih sayang :) i love you alot lah!
oh masa kami dekat Ipoh, jalan nak balik ke KL tu ada lah pasar malam dekat Lahat. menggunung durian orang jual! tak pernah aku nampak orang jual durian harga sebiji RM1.
kat sini ada! apa lagi kan, berplastik plastik la suami membeli, dia suka durian :) jangan kami semua demam durian lepas ni sudah la -___-
dulu aku sibuk nak beli rumah.........jauh-jauh mencari, akhirnya aku berhenti dekat sini. ya. tuan rumah nak jual rumah kepada kami. jadi lepas berbincang dan berfikir panjang...kami akan beli dulu rumah ni, bila dah jumpa rumah idaman, kami akan sewakan rumah ni. rumah itu investment :) nak nye dekat tengah-tengah KL, macam dapat emas kalau dapat beli rumah buat sewa kemudian hari kat sini.
oklah nanti aku update lagi. bila teringat :D
bai.
Wednesday, December 5, 2012
sikap
Assalamualaikum
selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja
yang tidak bekerja.. selamat memasak, menjahit, membaca newspaper etc
harini aku bekerja seperti biasa dan....
melakukan kerja harian seperti biasa di office
tapi hati aku tiba-tiba panas dengan satu panggilan telefon dari orang gila
should I call dia orang gila? atau orang sakit?
aku bekerja mengikut sistem
sistem di mana aku akan buat sesuatu kerja dan hantar ke bahagian lain untuk sesuatu benda itu di proses.
dah nama pun SISTEM
dah nama pun PROSES
kau nak expect aku lompat semua proses semata-mata nak cepatkan turn kau atau macam mana?
serius aku tak faham
kau call... marah aku macam lah aku ni bekerja di bahagian finance ye
bahagian payroll
kau gila ke apa?
ni aku nak ingatkan semua consultant yang ada teringin nak kerja kat sini
kau baca dulu SA kau payment terms kau berapa hari baru boleh dapat payment ye
jangan lepas kau kerja kau tunggu-tunggu duit kau tak masok-masok
kau nak sesah aku pulak
wadehel? aku ni banker company ni ke? duduk dalam department finance pun tidak- ok.
tolong center sikit kepala otak masing-masing ok
masing-masing belajar tinggi-tinggi..gaji berpuluh puluh ribu masing-masing
tapi bab duit, macam hantu perangai korang... belajar la bersopan bila meminta sesuatu
walaupun bukan aku yang berkuasa kasi korang gaji. tapi belajar beradab bila bertanya.
walaupun bukan aku yang tentukan korang dapat gaji bila.. dah kau tahu bukan aku yang tentukan semua tu, kenapa korang call aku?? hahaha
oklah dah malas nak melayan amarah hati.
selamat bekerja everyone!! :D
bai.
Tuesday, December 4, 2012
5.12.2012
5.12.2012
tahun ini ia jatuh pada hari Rabu
tahun depan tak tau lagi tak check pula hari apa
5.12.2012
merupakan tarikh anniversary kami
selamat hari ulangtahun sayang!
tahun ini kita sudah tahun ke dua! ;)
Monday, December 3, 2012
Aku yang tersakiti
apakah lah tajuk pelik-pelik Indo ni
tapi sedap pulak dengar pagi tadi
pelik-pelik je sekarang ni..
pagi ni nak pergi kerja aku bukak hot.fm dulu
dengar lagu ni
terus cari..maklomlah aku suka dengar tapi tajuk lagu tak tau
kena lah google keratan lirik dulu,LOL
selamat bekerja kawan-kawan
hari ini hari Selasa
pim-ples :)
buat pertama kali nya aku terasa nak tambah entri di malam hari
iyelah sofiya dah tidur jadi keadaan di rumah boleh di katakan terkawal
malam ini tak ada apa-apa pun aku nak bercerita...
cuma aku ada satu kegusaran di hati ni ha...
lately.. sejak ambil depo-provera. aku mengalami masalah jerawat yang pada aku adalah kritikal
aku sangat fobia dengan kewujudan jerawat maka kalau ada tumbuh sebiji dua yes that should be fine tapi kalau dah 7 8 biji kawasan dekat area-area sama je ohh itu bahaya
and it worries until I am feeling stress
well, I admit that I always tend to stress out when it comes to things that you don't need to bother but for me, it should
aku mula merasakan yang aku dah kembali ke zaman umur 18 tahun dulu
flashback zaman remaja ceewah..muka aku ni dulu start umur 14 sampai la 17 sangat banyak jerawat sampai takde space nak nampak clear. sampai kawan-kawan satu van dulu panggil aku nurul "merah" sebab muka dah macam udang bakar.
there's one time aku kena pimple dekat betul-betul depan hidung ni. orang panggil aku joker / witch sebab dah terlebih pulak nak mancung nye hidung kan. kalau cantik tak apa. ini siap bermata pulak jerawat aku. isi nya jangan tanya lah- nanah
tapi masa zaman tu aku tak pernah bother ada ke tak de jerawat
mungkin sebab masa tu masa sekolah
jadi ada aku kisah ke nak ada jerawat ke tidak?
janji aku lulus periksa!
bila dah masuk matrikulasi...jerawat automatik hilang
totally gone.
dan atas kerjasama jari yang memang tak pernah ambil port nak kutil-kutil jerawat masa sekolah ni, tiada kesan jerawat ada di muka,terima kasih kepada diri sendiri kerana tak fobia dulu. kalau tidak itulah kerja aku malam-malam nak pecahkan jerawat je keje -_____-
dan sekarang??
it's back
hangen laaa aku dah tua tua macam ni pulak nak datang jerawat kan
mula lah aku stress dengan benda yang tak perlu
siap makan antibiotik dah aku ni gara-gara jerawat ni punya pasal
apa ke nama cream yang zue cakap haritu ye?
aku lupa la..
"you,tolong kasi I balik nama cream tu ye, I need it urgently! :("
sebagai tanda berusaha membenteras jerawat
aku mulakan dengan treatment suka hati je main cilok cream jerawat Afzal
jadi malam ini bermula lah treatment muka
untuk permulaan aku mulakan dengan memakai oxy
damn...tak pernah pernah aku pakai oxy tau :( stresss
cuba dulu sambil tunggu miss zue kasi aku nama cream jerawat berkesan itu.
ini lah turutan yang di pakai mulai malam ini
harap-harap ini dapat membantu mengurangkan kebangkitan kau jerawat!!
3 Disember 2012
hari ini merupakan hari stress
jadi aku malas nak bercerita panjang pasal apa yang berlaku pada hari ni
cuma ini lah
aku nak kenalkan
template baru yang di buat oleh adik aku
nama nya afzal.
siapa berminat boleh la mintak dia design kan :)
Thank you adik!
hari ini 3.12.2012 - sophie dah masuk 1 tahun 3 bulan
dengar-dengar cerita suami dapat balik awal
samada esok atau lusa
tunggu end say dari management katanya
jadi sama-sama lah kita tunggu macam mana
:)
happy raining Monday!~
Thursday, November 29, 2012
ahli baru
welcome to my jewellery box!
yeeee
selamat datang kepada ahli baru saya!
sesungguh nya pergi kedai emas memang kegilaan emak-emak
aku yang tak berapa nak tua ni pun naik melilau mata tak tau mana satu nak pilih
dan aku yang tak berapa nak ada duit pun tiba-tiba semangat nak simpan duit lepas pulang dari melawat kedai emas
ke aku je yang ada side mami mami jarum yang berlebihan?
entah lah tanak jawab... hahaha!!
Wednesday, November 28, 2012
Thursday, 29th
Assalamualaikum
Selamat hari Khamis semua
pagi-pagi drive aku melintasi lagu ini
ye..lagu ini zaman sekolah ok
happy je rasa tak tau kenapa
mungkin sebab zaman sekarang aku masih boleh dengar lagu zaman sekolah
happy listening!
:)
oh hari ini ialah misi generate depth map method integrated velocity
tolong lah menjadi sebab aku dah try sangat banyak kali tapi structure map aku versus lah :(
semangat semangat!
oh ha!
HARI INI BIRTHDAY SAHABAT SAYA - Miss Zuraidah bt. Darus
Happy Birthday Zue! Saya sayang kamu!!
Tuesday, November 27, 2012
D.I.Y Wedding Alang (Update V)
okey semalam aku cuti..
afzal dapat bantuan pendidikan jadi kena ambil kat Masjid Hulu Bernam.
kena lah balik kampung dah cuti sehari...
semalam dengan masa yang ada, aku dan emak meneruskan membeli barangan yang dah tinggal sikit-sikit nak touch up.
so far 90% dari barangan nak deco hantaran dah complete
tinggal nak deco je lagi ni.
mak dah siap bawa pembaris panjang dia nak sukat-sukat langsir nak fikir berapa scallop nak letak etc
sambil itu juga mak bawa pembaris kasi aku belajar gunting kain sendiri ye
kata nak belajar! tapi ade jeeee alasan lah, masalah lah,
jadi sebab nak pergi kelantan 8hb ni
kena ada semangat sikit nak gunting kain buat baju sendiri
itupun kalau sempat lah :P
jadi nanti kami start mendekorasi barang hantaran dan langsir
aku akan reveal secara sikit-sikit kat sini
nak tengok habis nanti lepas majlis alang lah
baru meriah :)
oh ye kalau ada kawan-kawan ada yang nak nikah dan dah tengok hasil deko anak beranak
ada yang berminat..boleh jumpa kami untuk konsultasi :D
oklah setakat ini dulu update aku tentang wedding alang.
see ya!
rabu 28th
okey, mulakan hari dengan gambar acik sayang ni
sophie now turn..1 year 2 months and and 3 weeks. another 5 days she turn 1 year and 3 months.
macam-macam dah pandai sofiya ni :)
taken from my instagram : amirahjamil
Sunday, November 25, 2012
project runaway- cinnamon bread
jumpa dah recipe
tinggal nak buat je
oh tolong lah rajin weekend ini
fuhhh fuhhh
malas
hari ini aku nak cakap pasal satu isu seperti yang aku tulis kat tajuk entri atas tu iaitu isu malas
malam tadi lepas balik dari Tewah, Mines.. aku ke post box nak ambil apa-apa bil kalau ada
ada surat dari LHDN nampak nya
bila baca dan buka ohhh surat potongan gaji utk ptptn
tapi sekejap...
total loan tu tak berubah nombornya
aku dah bayar dah 9k haritu ye
baki tinggal 8.5k sahaja lagi
tapi dalam surat tu tulis aku masih ada hutang dengan PTPTN sebanyak 17,500.
komitmen bayaran ialah rm150 sebulan selama 9 tahun
wad daf??
laju-laju aku jalan nak masuk bilik selongkar semua surat yang ada
jumpa resit rasmi bayaran ke ptptn
dengan bekobar aku dah plan dah ni awal-awal pagi esok mesti kena call PTPTN & LHDN untuk tanya pasal ni
sampai office aku terus call
mula-mula call LHDN dulu. seorang makcik angkat
bila di tanya.. makcik tu jawab..kami memang tak tahu apa-apa
semua informasi ini datang nya dari PTPTN
kalau nak check apa-apa call la sana
ok aku call PTPTN
seorang pegawai lelaki angkat call berkenaan bayaran semula pinjaman pendidikan
dialog adalah seperti di bawah :
x : Helo, encik. saya amira, nak bertanyakan tentang baki semasa dan kemas kini baki dari LHDN
y : ada masalah cik?
x : semalam saya terima surat dari LHDN, saya tengok baki pinjaman saya masih belum ada deduction. boleh saya tahu kenapa?
y : bila surat cik tu sampai?
x : 22 Nov 2012, Khamis lepas. tapi saya baru terima semalam (perhaps)
y : oh macam ni.. jumlah pinjaman yang tertera dalam surat tu memang banyak tu cik..tapi sebenarnya baki cik dah tinggal 8500 je..
x : habis tu macam mana pulak dengan duration of payment ni? saya takkan proceed ye kalau kena 9 tahun bayar. this is freaking me out. saya tanak buat apa-apa bayaran kalau perjanjian ini tak di revise.
y : oh boleh je cik. nanti saya buat report dan minta LHDN keluarkan surat baru.
x : ok. tolong ye. sebab saya tanak buta-buta bayar sampai 9 tahun.. what the h.
y : ok cik ok ok..
x : terima kasih
moral of the story di sini ialah.. jangan malas ye. aku simpan semua documentation apa yang aku bayar, termasuk lah resit, this is commitment, bukan jual beli dekat kedai runcit. korang punya penyata tahunan mana? jangan malas lah boleh? orang bodoh je sudi bayar lebih-lebih tanpa check. elok-elok lah pun kalau nak makan duit lebih, aku tampar sorang-sorang tahu lah.
D.I.Y Wedding Alang (Update IV)
plan..plan..hehe
weekend yang lepas aku dan emak meneruskan lagi mencari barangan untuk wedding alang
tengok tarikh memang rasa lama lagi
tapi tengok kerja yang bakal di buat tu bukan sekejap ok
makan masa juga.
jadi sabtu lepas (24.11.2012) aku dan emak ke Nilai...
tujuan emak ke Nilai ni sebab nak cari dulang hantaran untuk pengantin perempuan
tempat letak cincin segala lah
semua pun tahu kan..Nilai 3 tu memang lubuk mencari barangan kahwin ni
masa tengah sibuk-sibuk survey wan cakap kat sophie..
"dulu wan datang sini cari barang untuk ummi,sekarang untuk paklang pulak..tak lama lagi untuk makngah pulak :)"
hasil survey dan membeli oleh emak
almost 85% barangan nak buat set hantaran hampir berjaya di kumpul termasuk langsir
tinggal nak deco jelah nanti
cuma bunga-bunga tak beli kat Nilai sebab rasanya kat Tg. Malim cantik lagi
segala dulang + pahar + polistrin + renda + gelas & mangkuk bunga rampai - all set
ni emak tengah busy fikir deco lah ni
aku setakat kasi komen boleh la, nak mencetus idea tu kelaut sikit haha
malam tadi emak, aku dan angah ke kedai Tewah di Mines
emak cari manik langsir pengantin+ aksesori langsir
dapat juga sepasang kain ela nak bawa ke Rantau Panjang 8hb Dec nanti
untuk bakal ipar.. mak kata kena beli...biarlah beradap nak bertandang rumah orang kata Pak Ngah
oh ya,kami akan ke rumah bakal adik ipar aku ni 8hb Dec nanti
so ada lah jugak 2 3 dulang yang kena di bawa
sesi berkenalan :)
jadi untuk trip 8hb ni tinggal bakul nak hias nak isi buah (as for now)
the rest...nanti aku update lagi
rasa nak beli baju cotton lah...nak jalan Kelate~ heee