Monday, December 31, 2012

31 Dec 2012

hari ini hari last untuk kita berada di tahun 2012

well well

hari ini aku masih di Tanjung Malim sedang melepak-lepak (tak ade la melepak sangat sebab mengejar sophie kesana kesini). sekejap lagi baru la kami akan bertolak ke KL. lepas setel lah semua kan. nak bayar bil-bil-bil..mana-mana pun bil sahaja dalam hidup kita ni (pasrah)

bercerita tentang tahun baru..aku masih belum sempat nak menulis apa yang aku azamkan untuk tahun baru ni. iya lah sekarang nama saja cuti tapi sebenarnya bila kau punya anak di sisi, bukan cuti nama nya okei. ini nama nya duty di rumah pula :) masa untuk melayan anak.

rasanya mungkin esok kita boleh berkongsi azam untuk tahun depan. sebab rasanya aku tak sempat nak menulis dan membebel dengan baik bila mata kejap pandang kanan kejap pandang kiri (takut sophie mengemas pasu-pasu wan, kang pecah naya)

apa-apapun aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada smua ya! semoga tahun depan memberi azam dan semangat untuk kita semua supaya terus berusaha jadi yang lebih baik. semoga tahun hadapan juga dapat memberi kita kejayaan yang kita impikan In sha Allah,

ok then! jumpa lagi esok In sha Allah :)

salam.


Friday, December 28, 2012

Friday night

tika ini..sudah pukul 10.40 malam

dan aku masih di opis

YA

MASIH DI OPIS!!!

ini semua gara-gara tender yang perlu di hantar 2hb Januari 2013

entah apa-apa lah timeline nak bagi tarikh masa orang sibuk bercuti??

dah la team ramai yang dah bercuti masa ni

tinggal lah aku dan kak rini untuk siapkan compiling segala

too bad isnin ni pula aku cuti nak sambung beraya tahun baru

tinggal kak rini sorang-sorang nak siapkan tender ni

memang kesian lah dia 

jadi untuk itu aku stay bersama dia dan bantu dia

at least Isnin ni aku tak ada, beban dia dah kurang sikit sebab boleh kata nanti nak print out details dari partner saja part yang tinggal untuk complete tender ni

the rest dah siap, I hope

apa korang buat sekarang ni? mesti dah best-best melepak depan tv. pergi keluar dating ke kan? bestnyeee

sophie pun dah tido. tadi aku call angah cakap sophie sayang tu dah tido dah

esok jangan dia merajuk dengan ummi dia sudah la kan.

wuwuwuw

boleh tahan jugak rasa letih ni..muka comot jangan kata lah kan..berminyak-minyak dah pipi ni aku rasa.

tapi takpa...esok cuti sambung sampai Selasa depan! la la la 

good night everyone!!

 

Thursday, December 27, 2012

Friday , Dec 28th

Assalamualaikum and good morning everyone :)

today we have finally meet the last Friday of 2012

next Friday will be a new Friday of 2013 :)

so...hari ni apa aku nak cerita ya

oklah harini aku nak share on "what I read this December"

buku ni aku baru start 2 hari lepas sebab baru ada kelapangan lepas pukul 12 tengah malam

tapi malam tadi tak mampu nak bertahan mata

pukul 930 malam aku dah membuta

nampak nya dah lari tajuk

ini buku yang sempat di baca untuk bulan ini

4 Blondes, Author : Candace Bushnell


review cerita tak dapat nak cerita lagi sebab baru sampai muka surat 77. 

ada lagi beberapa ratus muka surat baru habis jadi nanti dah habis ke baru boleh cerita 

cuma aku nasihatkan bahawa buku ini buku orang dewasa ya

bukan buku adik-adik tingkatan 1 2 boleh pinjam, bahaya!

so...dah nama pun author 4 blondes ni same author untuk cerita sex and the city

I bet you guys know the intipati of this book :)

ok itu saja sharing untuk hari ini. nanti ada lagi aku akan share. oh yes haritu aku ada baca buku ini 

tapi tak sure dah masukkan ke tidak review nya. mungkin lupa -___-


yang ini sudah khatam. dan dah di simpan dalam kotak kerana ia juga cerita wanita dewasa. 

bukan lah cerita macam 4 blondes ni tapi jalan cerita nya agak berat. cerita yang menceritakan kekuatan dalaman seseorang dalam menghadapi dugaan dalam hidup. ceita nya mengkut pengalaman setiap orang. so satu chapter, satu pengalaman. kalau aku bagi afzal baca mesti dia rasa sakit kepala so tak perlu. baca sajalah buku voice of butterflies ke apa ke janji bukan ini.

sebaik habis buku yang sedang di baca aku harus hunt another book.

selamat hari Jumaat! 




Tuesday, December 25, 2012

26.12.2012

pagi tadi suami dah ke Erbil

kami anak beranak hantar ke KLIA macam biasa

lepas tu tidur la kejap dekat hall 

takut terlajak tidur nanti tak datang office terus

oh yes.. it is another 35 days of loneliness. 

tak mau lah kira hari, kita kira minggu

sedap sikit nak sebut

"another 5 weeks of loneliness"

rasa sekejap jela masa tu berlalu nanti

some more aku akan makin busy nak siapkan bilik pengantin 

tak lama dah ni...bulan 2 alang nak kawen dah

lepas tu nak start ulang alik ke UM untuk progress

tahun baru 2013 ni aku sambut new year tanpa suami di sisi

macam tahun lepas pun sama rasanya ke tak eh? lupa la plak -____-

banyak event menanti tahun 2013

start dari rotation open table ke event celebration birthday parties semua orang

phew~

it is going to be pack this year

but I like it! :)

semalam kami habiskan masa macam dah tak cukup masa nak buat 

start dari keluar cari barang rumah 

lepas tu cari minyak enjin nak hantar service weekend nanti

lepas tu pergi ke Kajang pulak nak tengok rumah

lepas tu pergi Puchong pulak singgah rumah kak tinie 

pukul 10.30 malam baru kami sampai rumah

sampai-sampai aje dah kena siapkan chicken roaster suami nak makan sebelum terbang

aku tertidur sambil gelak-gelak tengok cerita Hantu Kak Limah balik rumah malam tadi, ngantok ngantok jugak,klaka klaka jugak.sendiri tak paham hahaha

pukul 12.45 dah bertolak ke KLIA

pukul 2.45 pagi aku bertolak dari KLIA ke rumah

sampai rumah pukul 3.20 pagi

sampai la sekarang...ada di office, menunggu jam 5.30 petang (nak balik!)

oh hari Isnin tu kami tengok cerita Hobbit

aku suka cerita Hobbit, kena tunggu lah Hobbit 2 pula nanti kan.

oh btw, mungkin nanti kita boleh kongsi cerita pasal azam baru 2013

azam baru tu bagi aku equal to my wishlist

so sekali ada tanam azam,mesti terus assume itu dalam wishlist.

Insya'Allah boleh capai tahun depan apa yang di impikan...

Amin!!  

apapun hasil membeli semalam aku terpikat pulak dengan milk baby bath johnson & johnson 

bersinar-sinar je aku nampak dari jauh

daripada dok teringat-ingat lebih baik aku masukkan dalam bakul dan suami boleh bayar hahaha

marilah kita manjakan diri dengan mandian baru,

sedap jugak liquid bath ni

mungkin sebab baru, itu yang jadi semua best tu hehehe



 

Sunday, December 23, 2012

cuti

harini ramai kawan office yang cuti

termasuk lah aku nak sambung cuti yang tinggal dua potong ni

kejap lagi kami nak balik Tg Malim kejap

ini kalau jadilah ni 

sebab nak pergi tengok tapak

tapak? haha

iya. tapak. atau tanah la senang kira

plan kedua yang bakal dibuat ialah ingin membeli tanah

jadi nak pergi survey dan jika kawasan itu kami berkenan kami akan beli dengan sesegera mungkin

apa-apa pun nanti aku update lah

oh ya. lusa 26.12.2012 suami dah nak kembali bekerja di Erbil

another 35 days waiting for my love one to be home

aku menanti dengan sabar Insya'Allah :)

esok kita nak buat apa ye?

dating ke shopping ke sedap juga ni.

another 45 minutes..and I'll be home yeeeeeeeeeha!

Wednesday, December 19, 2012

50 ways to say you die, eh Goodbye.

LOL

tengok betul-betul

aku rasa ia klaka 

berapa kali la aku tengok video train ni

mesti end up aku akan gelak sebab lirik dia klaka

hihihi

kalau dalam radio lirik dia jadi baik sikit, "ways to say Goodbye" 

tapi yang sebenarnya lirik dia lebih berterus terang kalau original hahaha "ways to say you die"

selamat hari khamis!



Tuesday, December 18, 2012

beli dan pakai

lepas-lepas makan tengah hari ni rasa nak berkongsi cerita pulak dengan isu yang aku letak di atas

iaitu beli dan pakai

beli

siapa tak suka membeli kan? I bet..semua perempuan memang sinonim dengan perkataan membeli. membeli ini jugak merupakan satu tabiat. tabiat baik dan buruk. dua-dua ada.

point kita yang kedua pula ialah pakai

isu pakai jugak luas. ada yang mentafsirkan pakai itu sukar. ada jugak yang tafsirkan pakai itu mudah. 

dalam konteks yang aku nak bebelkan hari ini ialah kombinasi.

beli dan pakai.

ada orang hobi nya memang suka membeli tapi tak memakai

bila datang penyakit nak membeli,kalau boleh habis satu kedai dia nak bawa pulang

tapi masalah lain yang timbul ialah bila kita membeli terlalu banyak, bila masa pula nak pakai?

atau kita sendiri terlupa apa yang kita beli sampai terperuk dalam laci

cukup masa nak house keeping buat-buat suprise sendiri kononnya baru nampak semua yang di beli.padahal selama ni kau memang tak ingat pun mana kau letak.

ini penyakit yang kurang sihat  (I should say)

cerita berlaku masa aku mulakan housekeeping 2 minggu lepas.

baru lah aku nampak ada lebih 5 jenis cream muka tak berusik.

lotion badan saja ada berbaki- baki berbotol-botol tak habis

siap ada lagi lotion yang aku beli sebelum pregnant belom buka pun lagi

iyelah kan, masa pregnant lotion badan dah tukar ke cocoa butter, takde lah aku pakai lotion badan yang biasa di pakai tu

jadi apa solution yang aku ada?

.EMAK.

emak akan menerima semua itu dengan tangan terbuka sambil membebel marah aku kenapa membeli tak ingat nak pakai -____-

takpelah janji barang yang aku dah tak boleh letak dalam bilik kini ada di bilik emak

siap housekeeping aku ke elianto dan penyakit kembali

cuma kali ini

aku buat solution yang bijak SIKIT dari tahun lepas

since aku beli lebih 7 pencuci muka, lebih 4 toner, lebih 4 face emulsion, lebih-lebih masker,lebih-lebih lotion...

aku gunakan semua nya sekali gus!

macam mana?

ahaaaaaaaaaaaaa

aku letak kan satu-satu pencuci muka ke dalam beg masing-masing

beg telekung di office ada set nya sendiri

beg telekung nak bawak travel ada set nya sendiri

dalam bilik air personal ada set nya sendiri

bilik air public di rumah pun aku letak set disitu

rumah mertua pun aku tinggalkan siap-siap walaupun balik 2 bulan sekali janji ada dah sana tak payah bawak-bawak merata-rata yang sedia ada.

maka semua ini akan habis tanpa aku sedari

ok tak? :D

satu 

dua 
 

 

cuti

dah 2 hari bercuti (isnin dan selasa)..terus aku rasa macam nak sambung cuti lagi..

sebab nya ada beberapa perkara yang mendorong aku untuk cuti lagi ni

suami nak berangkat dah selasa depan. hmmm memang dia dapat balik sekejap je trip ni. trip depan macam biasalah rotation 35 days on off. jadi aku rasa nak sangat spend masa dengan tutup buku kerja sementara waktu. rasanya jumaat ni aku nak cuti lagi. sebenarnya suami suruh cuti esok dan jumaat tapi nanti bos buat kerut dahi pula. jadi...oklah man man.. aku akan apply jumaat.kami nak berjalan merpati dua sejoli pula :)

emak tiada di rumah sekarang. dia sibuk menyiapkan rumah. iyelah, alang dah nak kawen kan bulan 2 ni. masa dah kira suntuk untuk siap semua. sophie tinggal kat rumah dengan ayah la ni. kesian dua beranak tu. entah apa depa buat kat rumah harini....

bila lagi nak bawa sophie mandi pool dengan pelampung baru dia? ayah beli pelampung pink,.hihihi

ini baru pukul 10.20 pagi di office.

kenapa kan..bila kita pergi kerja, masa tu berlalu sangat perlahan???

tapi kalau kita cuti~~ kemain laju tengok-tengok jam dah nak Asar!

aku jeles dengan orang yang masih ada cuti banyak

tahun depan kena tanam azam baru ni

simpan cuti banyak-banyak!

jadi bulan 12 nanti ambil je terus off day sebulan.

puas hati. kan kan kan?

*dalamhatisungguhmalasnakkerjahariini.....*




Thursday, December 13, 2012

14.12.2012..Dear Kak Lily

Nama dia Hazliani, tapi kami panggil dia kak lily. harini merupakan hari terakhir kak lily bersama kitorang di company ni.she's leaving. For good. In sha ALLAH ada rezeki yang jauh lebih baik menanti. Kak Lily seorang kawan yang baik. dia lemah lembut orang nya. biasalah, emak-emak ni memang sensitif. tapi sebab dia memang ber personaliti lembut, kak lily ni mudah menangis orang nya. tapi itu bukan tanda dia lemah ok. silap besar di situ. she's a strong women instead.

Dear Kak Lily,

Our friendship did not just end here. We may be seeing each other again. I wish you all the best in future to come. Good job, Good paid, Good working environment, on whichever making things that's the best for you. I pray and wish you all the best!

Love and miss you Kak Lily! 

 ohh ye.sila abaikan muka apis di situ.kehkehkeh



fuhhhh

satu benda je aku nak cakap untuk petang khamis yang indah ini

banyak nya kerja sekolahhhhhh

serius banyak!

ada homework kena bawa pulang

oh tolonglah mata jangan mengantuk plis plis :(

taken from Giulfprd free library

Wednesday, December 12, 2012

random

lama pulak rasanya aku dah tak letak apa-apa entri dekat blog sendiri

ini bukan apa

ini angkara kebebanan kerja di hujung bulan @ hujung tahun

maklum lah kan

sekarang ni semua company pun sibuk nak closing

aku pun sekali lah terlibat sama

nak pula sekarang aku dah masuk technical ni juga

lagi la macam tak cukup tangan

apapun sekarang aku ada back up yang hebat so masalah finance yang kadang-kadang perlukan bantuan tu dah jadi tiada masalah lah :)

sekadar cerita random untuk minggu ini sebab aku tak sempat nak membebel 

suami ada dekat rumah..jadi busy tu macam dua kali ganda

apa jadi minggu ni ye?

oh ok kita start dari semalam. semalam aku ambil cuti, melawat paklang di Ipoh,paklang kami kena strok. semoga maklang and family tabah,

jumaat lepas aku busy dengan presentation Sepat

yes..akhirnya giliran tiba dan dapat present

kiranya progress 1 partly selesai. lagi part yang belum selesai ialah nak buat pembetulan pada slide dan progress 2 which is volumetric calculation akan di buat dalam bulan 1 in sha ALLAH. 

sabtu ini kami nak balik Kertih. lama dah tak jumpa mak & ayah kat kertih, wan pulak nak balik Tg Malim. nak mengemas katanya. iyelah kenduri alang dah tak lama ni. haritu aku tak dapat ikut ke RP sebab suami balik pada hari yang sama. diorang pun sampai KL dalam pukul 1 pagi. seingat aku masa mak,angah & afzal bertolak pukul 6.45 pagi hari sabtu, depa bawa 1 beg je. sekali balik, afzal siap naik dulu nak bawak troli turun bawah ambil barang. memborong sakan depa kat Rantau Panjang. cantik-cantik sungguh kancing tudung emak beli, yang azie belikan pun sama cantik. tunggulah..bulan 2 aku dapat pergi sana, bukan 3 ,6 biji keronsang je aku beli. tunggu tunggu...

oh yayang belikan Bvlgari &  jubah dari sudan di bawa balik. belum try sebab saiz macam pak arab bajunya. sebab teruja nampak cincin haritu, dia pulak berhajat nak belikan emas dari Kurdistan. ok jugak. aku ni kan si rambang mata :D apa jua di beli, terima kasih sayang :) i love you alot lah!

oh masa kami dekat Ipoh, jalan nak balik ke KL tu ada lah pasar malam dekat Lahat. menggunung durian orang jual! tak pernah aku nampak orang jual durian harga sebiji RM1.
kat sini ada! apa lagi kan, berplastik plastik la suami membeli, dia suka durian :) jangan kami semua demam durian lepas ni sudah la -___-

dulu aku sibuk nak beli rumah.........jauh-jauh mencari, akhirnya aku berhenti dekat sini. ya. tuan rumah nak jual rumah kepada kami. jadi lepas berbincang dan berfikir panjang...kami akan beli dulu rumah ni, bila dah jumpa rumah idaman, kami akan sewakan rumah ni. rumah itu investment :) nak nye dekat tengah-tengah KL, macam dapat emas kalau dapat beli rumah buat sewa kemudian hari kat sini.

oklah nanti aku update lagi. bila teringat :D

bai.

 

 

 

Wednesday, December 5, 2012

the red alert

wave 3!!!

:D




sikap

Assalamualaikum

selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja

yang tidak bekerja.. selamat memasak, menjahit, membaca newspaper etc

harini aku bekerja seperti biasa dan....

melakukan kerja harian seperti biasa di office

tapi hati aku tiba-tiba panas dengan satu panggilan telefon dari orang gila

should I call dia orang gila? atau orang sakit?

aku bekerja mengikut sistem

sistem di mana aku akan buat sesuatu kerja dan hantar ke bahagian lain untuk sesuatu benda itu di proses.

dah nama pun SISTEM

dah nama pun PROSES

kau nak expect aku lompat semua proses semata-mata nak cepatkan turn kau atau macam mana?

serius aku tak faham

kau call... marah aku macam lah aku ni bekerja di bahagian finance ye

bahagian payroll

kau gila ke apa?

ni aku nak ingatkan semua consultant yang ada teringin nak kerja kat sini

kau baca dulu SA kau payment terms kau berapa hari baru boleh dapat payment ye

jangan lepas kau kerja kau tunggu-tunggu duit kau tak masok-masok

kau nak sesah aku pulak

wadehel? aku ni banker company ni ke? duduk dalam department finance pun tidak- ok.

tolong center sikit kepala otak masing-masing ok

masing-masing belajar tinggi-tinggi..gaji berpuluh puluh ribu masing-masing

tapi bab duit, macam hantu perangai korang... belajar la bersopan bila meminta sesuatu

walaupun bukan aku yang berkuasa kasi korang gaji. tapi belajar beradab bila bertanya. 

walaupun bukan aku yang tentukan korang dapat gaji bila.. dah kau tahu bukan aku yang tentukan semua tu, kenapa korang call aku?? hahaha

oklah dah malas nak melayan amarah hati.

selamat bekerja everyone!! :D

bai.

Tuesday, December 4, 2012

5.12.2012

5.12.2012

tahun ini ia jatuh pada hari Rabu

tahun depan tak tau lagi tak check pula hari apa

5.12.2012

merupakan tarikh anniversary kami

selamat hari ulangtahun sayang!

tahun ini kita sudah tahun ke dua! ;)

Monday, December 3, 2012

Aku yang tersakiti

apakah lah tajuk pelik-pelik Indo ni

tapi sedap pulak dengar pagi tadi

pelik-pelik je sekarang ni..

pagi ni nak pergi kerja aku bukak hot.fm dulu

dengar lagu ni

terus cari..maklomlah aku suka dengar tapi tajuk lagu tak tau

kena lah google keratan lirik dulu,LOL

selamat bekerja kawan-kawan

hari ini hari Selasa 

 

 

pim-ples :)

buat pertama kali nya aku terasa nak tambah entri di malam hari

iyelah sofiya dah tidur jadi keadaan di rumah boleh di katakan terkawal

malam ini tak ada apa-apa pun aku nak bercerita...

cuma aku ada satu kegusaran di hati ni ha...

lately.. sejak ambil depo-provera. aku mengalami masalah jerawat yang pada aku adalah kritikal

aku sangat fobia dengan kewujudan jerawat maka kalau ada tumbuh sebiji dua yes that should be fine tapi kalau dah 7 8 biji kawasan dekat area-area sama je ohh itu bahaya

and it worries until I am feeling stress

well, I admit that I always tend to stress out when it comes to things that you don't need to bother but for me, it should

aku mula merasakan yang aku dah kembali ke zaman umur 18 tahun dulu

flashback zaman remaja ceewah..muka aku ni dulu start umur 14 sampai la 17 sangat banyak jerawat sampai takde space nak nampak clear. sampai kawan-kawan satu van dulu panggil aku nurul "merah" sebab muka dah macam udang bakar.

there's one time aku kena pimple dekat betul-betul depan hidung ni. orang panggil aku joker / witch sebab dah terlebih pulak nak mancung nye hidung kan. kalau cantik tak apa. ini siap bermata pulak jerawat aku. isi nya jangan tanya lah- nanah

tapi masa zaman tu aku tak pernah bother ada ke tak de jerawat

mungkin sebab masa tu masa sekolah 

jadi ada aku kisah ke nak ada jerawat ke tidak?

janji aku lulus periksa! 

bila dah masuk matrikulasi...jerawat automatik hilang

totally gone. 

dan atas kerjasama jari yang memang tak pernah ambil port nak kutil-kutil jerawat masa sekolah ni, tiada kesan jerawat ada di muka,terima kasih kepada diri sendiri kerana tak fobia dulu. kalau tidak itulah kerja aku malam-malam nak pecahkan jerawat je keje -_____-

dan sekarang??

it's back

hangen laaa aku dah tua tua macam ni pulak nak datang jerawat kan

mula lah aku stress dengan benda yang tak perlu

siap makan antibiotik dah aku ni gara-gara jerawat ni punya pasal

apa ke nama cream yang zue cakap haritu ye?

aku lupa la..

"you,tolong kasi I balik nama cream tu ye, I need it urgently! :("

sebagai tanda berusaha membenteras jerawat

aku mulakan dengan treatment suka hati je main cilok cream jerawat Afzal

jadi malam ini bermula lah treatment muka 

untuk permulaan aku mulakan dengan memakai oxy

damn...tak pernah pernah aku pakai oxy tau :( stresss 

cuba dulu sambil tunggu miss zue kasi aku nama cream jerawat berkesan itu.

ini lah turutan yang di pakai mulai malam ini



harap-harap ini dapat membantu mengurangkan kebangkitan kau jerawat!!



3 Disember 2012

hari ini merupakan hari stress

jadi aku malas nak bercerita panjang pasal apa yang berlaku pada hari ni

cuma ini lah 

aku nak kenalkan 

template baru yang di buat oleh adik aku

nama nya afzal.

siapa berminat boleh la mintak dia design kan :)

Thank you adik!

hari ini 3.12.2012 - sophie dah masuk 1 tahun 3 bulan

dengar-dengar cerita suami dapat balik awal

samada esok atau lusa

tunggu end say dari management katanya

jadi sama-sama lah kita tunggu macam mana 

:)

happy raining Monday!~