Wednesday, December 12, 2012

random

lama pulak rasanya aku dah tak letak apa-apa entri dekat blog sendiri

ini bukan apa

ini angkara kebebanan kerja di hujung bulan @ hujung tahun

maklum lah kan

sekarang ni semua company pun sibuk nak closing

aku pun sekali lah terlibat sama

nak pula sekarang aku dah masuk technical ni juga

lagi la macam tak cukup tangan

apapun sekarang aku ada back up yang hebat so masalah finance yang kadang-kadang perlukan bantuan tu dah jadi tiada masalah lah :)

sekadar cerita random untuk minggu ini sebab aku tak sempat nak membebel 

suami ada dekat rumah..jadi busy tu macam dua kali ganda

apa jadi minggu ni ye?

oh ok kita start dari semalam. semalam aku ambil cuti, melawat paklang di Ipoh,paklang kami kena strok. semoga maklang and family tabah,

jumaat lepas aku busy dengan presentation Sepat

yes..akhirnya giliran tiba dan dapat present

kiranya progress 1 partly selesai. lagi part yang belum selesai ialah nak buat pembetulan pada slide dan progress 2 which is volumetric calculation akan di buat dalam bulan 1 in sha ALLAH. 

sabtu ini kami nak balik Kertih. lama dah tak jumpa mak & ayah kat kertih, wan pulak nak balik Tg Malim. nak mengemas katanya. iyelah kenduri alang dah tak lama ni. haritu aku tak dapat ikut ke RP sebab suami balik pada hari yang sama. diorang pun sampai KL dalam pukul 1 pagi. seingat aku masa mak,angah & afzal bertolak pukul 6.45 pagi hari sabtu, depa bawa 1 beg je. sekali balik, afzal siap naik dulu nak bawak troli turun bawah ambil barang. memborong sakan depa kat Rantau Panjang. cantik-cantik sungguh kancing tudung emak beli, yang azie belikan pun sama cantik. tunggulah..bulan 2 aku dapat pergi sana, bukan 3 ,6 biji keronsang je aku beli. tunggu tunggu...

oh yayang belikan Bvlgari &  jubah dari sudan di bawa balik. belum try sebab saiz macam pak arab bajunya. sebab teruja nampak cincin haritu, dia pulak berhajat nak belikan emas dari Kurdistan. ok jugak. aku ni kan si rambang mata :D apa jua di beli, terima kasih sayang :) i love you alot lah!

oh masa kami dekat Ipoh, jalan nak balik ke KL tu ada lah pasar malam dekat Lahat. menggunung durian orang jual! tak pernah aku nampak orang jual durian harga sebiji RM1.
kat sini ada! apa lagi kan, berplastik plastik la suami membeli, dia suka durian :) jangan kami semua demam durian lepas ni sudah la -___-

dulu aku sibuk nak beli rumah.........jauh-jauh mencari, akhirnya aku berhenti dekat sini. ya. tuan rumah nak jual rumah kepada kami. jadi lepas berbincang dan berfikir panjang...kami akan beli dulu rumah ni, bila dah jumpa rumah idaman, kami akan sewakan rumah ni. rumah itu investment :) nak nye dekat tengah-tengah KL, macam dapat emas kalau dapat beli rumah buat sewa kemudian hari kat sini.

oklah nanti aku update lagi. bila teringat :D

bai.