Tuesday, December 18, 2012

beli dan pakai

lepas-lepas makan tengah hari ni rasa nak berkongsi cerita pulak dengan isu yang aku letak di atas

iaitu beli dan pakai

beli

siapa tak suka membeli kan? I bet..semua perempuan memang sinonim dengan perkataan membeli. membeli ini jugak merupakan satu tabiat. tabiat baik dan buruk. dua-dua ada.

point kita yang kedua pula ialah pakai

isu pakai jugak luas. ada yang mentafsirkan pakai itu sukar. ada jugak yang tafsirkan pakai itu mudah. 

dalam konteks yang aku nak bebelkan hari ini ialah kombinasi.

beli dan pakai.

ada orang hobi nya memang suka membeli tapi tak memakai

bila datang penyakit nak membeli,kalau boleh habis satu kedai dia nak bawa pulang

tapi masalah lain yang timbul ialah bila kita membeli terlalu banyak, bila masa pula nak pakai?

atau kita sendiri terlupa apa yang kita beli sampai terperuk dalam laci

cukup masa nak house keeping buat-buat suprise sendiri kononnya baru nampak semua yang di beli.padahal selama ni kau memang tak ingat pun mana kau letak.

ini penyakit yang kurang sihat  (I should say)

cerita berlaku masa aku mulakan housekeeping 2 minggu lepas.

baru lah aku nampak ada lebih 5 jenis cream muka tak berusik.

lotion badan saja ada berbaki- baki berbotol-botol tak habis

siap ada lagi lotion yang aku beli sebelum pregnant belom buka pun lagi

iyelah kan, masa pregnant lotion badan dah tukar ke cocoa butter, takde lah aku pakai lotion badan yang biasa di pakai tu

jadi apa solution yang aku ada?

.EMAK.

emak akan menerima semua itu dengan tangan terbuka sambil membebel marah aku kenapa membeli tak ingat nak pakai -____-

takpelah janji barang yang aku dah tak boleh letak dalam bilik kini ada di bilik emak

siap housekeeping aku ke elianto dan penyakit kembali

cuma kali ini

aku buat solution yang bijak SIKIT dari tahun lepas

since aku beli lebih 7 pencuci muka, lebih 4 toner, lebih 4 face emulsion, lebih-lebih masker,lebih-lebih lotion...

aku gunakan semua nya sekali gus!

macam mana?

ahaaaaaaaaaaaaa

aku letak kan satu-satu pencuci muka ke dalam beg masing-masing

beg telekung di office ada set nya sendiri

beg telekung nak bawak travel ada set nya sendiri

dalam bilik air personal ada set nya sendiri

bilik air public di rumah pun aku letak set disitu

rumah mertua pun aku tinggalkan siap-siap walaupun balik 2 bulan sekali janji ada dah sana tak payah bawak-bawak merata-rata yang sedia ada.

maka semua ini akan habis tanpa aku sedari

ok tak? :D

satu 

dua 
 

 

cuti

dah 2 hari bercuti (isnin dan selasa)..terus aku rasa macam nak sambung cuti lagi..

sebab nya ada beberapa perkara yang mendorong aku untuk cuti lagi ni

suami nak berangkat dah selasa depan. hmmm memang dia dapat balik sekejap je trip ni. trip depan macam biasalah rotation 35 days on off. jadi aku rasa nak sangat spend masa dengan tutup buku kerja sementara waktu. rasanya jumaat ni aku nak cuti lagi. sebenarnya suami suruh cuti esok dan jumaat tapi nanti bos buat kerut dahi pula. jadi...oklah man man.. aku akan apply jumaat.kami nak berjalan merpati dua sejoli pula :)

emak tiada di rumah sekarang. dia sibuk menyiapkan rumah. iyelah, alang dah nak kawen kan bulan 2 ni. masa dah kira suntuk untuk siap semua. sophie tinggal kat rumah dengan ayah la ni. kesian dua beranak tu. entah apa depa buat kat rumah harini....

bila lagi nak bawa sophie mandi pool dengan pelampung baru dia? ayah beli pelampung pink,.hihihi

ini baru pukul 10.20 pagi di office.

kenapa kan..bila kita pergi kerja, masa tu berlalu sangat perlahan???

tapi kalau kita cuti~~ kemain laju tengok-tengok jam dah nak Asar!

aku jeles dengan orang yang masih ada cuti banyak

tahun depan kena tanam azam baru ni

simpan cuti banyak-banyak!

jadi bulan 12 nanti ambil je terus off day sebulan.

puas hati. kan kan kan?

*dalamhatisungguhmalasnakkerjahariini.....*