Tuesday, December 25, 2012

26.12.2012

pagi tadi suami dah ke Erbil

kami anak beranak hantar ke KLIA macam biasa

lepas tu tidur la kejap dekat hall 

takut terlajak tidur nanti tak datang office terus

oh yes.. it is another 35 days of loneliness. 

tak mau lah kira hari, kita kira minggu

sedap sikit nak sebut

"another 5 weeks of loneliness"

rasa sekejap jela masa tu berlalu nanti

some more aku akan makin busy nak siapkan bilik pengantin 

tak lama dah ni...bulan 2 alang nak kawen dah

lepas tu nak start ulang alik ke UM untuk progress

tahun baru 2013 ni aku sambut new year tanpa suami di sisi

macam tahun lepas pun sama rasanya ke tak eh? lupa la plak -____-

banyak event menanti tahun 2013

start dari rotation open table ke event celebration birthday parties semua orang

phew~

it is going to be pack this year

but I like it! :)

semalam kami habiskan masa macam dah tak cukup masa nak buat 

start dari keluar cari barang rumah 

lepas tu cari minyak enjin nak hantar service weekend nanti

lepas tu pergi ke Kajang pulak nak tengok rumah

lepas tu pergi Puchong pulak singgah rumah kak tinie 

pukul 10.30 malam baru kami sampai rumah

sampai-sampai aje dah kena siapkan chicken roaster suami nak makan sebelum terbang

aku tertidur sambil gelak-gelak tengok cerita Hantu Kak Limah balik rumah malam tadi, ngantok ngantok jugak,klaka klaka jugak.sendiri tak paham hahaha

pukul 12.45 dah bertolak ke KLIA

pukul 2.45 pagi aku bertolak dari KLIA ke rumah

sampai rumah pukul 3.20 pagi

sampai la sekarang...ada di office, menunggu jam 5.30 petang (nak balik!)

oh hari Isnin tu kami tengok cerita Hobbit

aku suka cerita Hobbit, kena tunggu lah Hobbit 2 pula nanti kan.

oh btw, mungkin nanti kita boleh kongsi cerita pasal azam baru 2013

azam baru tu bagi aku equal to my wishlist

so sekali ada tanam azam,mesti terus assume itu dalam wishlist.

Insya'Allah boleh capai tahun depan apa yang di impikan...

Amin!!  

apapun hasil membeli semalam aku terpikat pulak dengan milk baby bath johnson & johnson 

bersinar-sinar je aku nampak dari jauh

daripada dok teringat-ingat lebih baik aku masukkan dalam bakul dan suami boleh bayar hahaha

marilah kita manjakan diri dengan mandian baru,

sedap jugak liquid bath ni

mungkin sebab baru, itu yang jadi semua best tu hehehe