Wednesday, July 31, 2013

# ayem den lopeh



Dengan ini secara rasminya aku terlepas interview Pegawai Penyelidik Measat tu.. T-T minta maaf kerajaan Malaysia. Aku ade hal lebih penting kena di uruskan. Kalau rajin sila lah jemput saya lagi untuk panggilan temuduga kali ke tiga. Kalau korang dah ade candidate tayah la suruh aku datang lagi ok. Terima kasih...kita cuba laen tahun.
Selamat pagi kawan kawan. Harini dah hari Khamis, weee.

Tuesday, July 30, 2013

# department duit



Setelah selesai satu perkara akan datang pula dua perkara berkaitan travel. Untuk pengetahuan rakan rakan aku semua, aku belom lagi membeli apa apa kelengkapan nak pegi ni. Sampai kan luggage pun aku belom beli. Kerana apa? Kerana aku nda punya masa. Haha Nampak macam tak masuk akal kan tapi ini lah kehidupan. Aku bukan ada suami setiap hari jadi masa aku sangat terhad. Nak nye pulak kerja dari Isnin sampai Jumaat. Sabtu Ahad masa aku pack dengan Sophie. 

I’m not complaining. Instead I am happy to have a wonderful daughter. Kalau dia tak ada mesti life aku boring gila. Suami tak ada. Memang terasa bujang tua. Ok tak ayat aku.hahaha. untuk aku la ni sebab kalau kau ada housemate duduk bersama tak apa. Kau boleh lagi bersembang sembang kan dengan housemate. Dah kalau aku? Dengan rumah ada  3 bilik tu dah la atas awan, macam sarang burung tau. Orang tak ada. Aku je la ada dalam rumah tu. I face that before Sophie ada. Sangat tak best. Sekarang even suami jauh, aku ada Sophie, ada emak, ada Afzal:D manyak wa munye untung.

Jauh nye melalut...

Ah so harini tiket akan di booking. Cuma masalah accommodation tiba. Aku tak pasti la bulan depan adalah bulan cuti cuti Netherlands. Banyak beno service apartment tak available. Sudah nye Nalynie akan tempatkan kami kat hotel dulu sementara waktu. Huh..tak tau la condition hotel ni macam mana, stay dulu 2 minggu dan lepas 2 minggu pindah la ke apartment. Sherief nasihatkan supaya bawak la tools nak masak even dalam hotel tak boleh masak, macam mana nak makan nanti? Kang mati kering kau makanan sana kau pasti ke senang nak jumpa HALAL. Aku sendiri tak pasti. 

Tadi ada la isu masa nak Tanya bila duit aku masuk. Aku call la finance. Sini finance semua ca ya nun alip. So lagak dia boleh tahan la. Akak finance ada sorang je melayu nama nya Nurul. Dia pon belagak ok macam aku nak mintak duit kau pulak kan. Dulu aku tak tau la siapa dia sebenarnya. Sebab aku still ingat masa first day aku datang ke SGS, dia tolong bukak kan pintu office ni. Kan aku datang subuh adam masa 1st day. Dia takde senyum ke pandang mata ke takde. Dia bukak pintu and she walk away. I wonder why jugak. Lepas tu masa lunch aku makan dengan liana dengan Aishah. Dia ada. Tapi dia duk berbisik dengan kawan dia tepi pantry sana sambil jeling jeling aku. Baju aku belubang ke kau cakap sambil pandang-pandang camtu? Atau aku ni berbau busuk? Dalam hati takpelah ikut suka kau lah. Aku tak kacau kau tau. Tapi tak sangka lah, ada jugak species oren kat sini,hahahahha.

Nak jadi cerita tadi aku call la finance Tanya duit. Nurul tu la jawab, dia jawab elok je nasib baik. Pastu dia cakap bab duit ni kena Tanya LILY. Lily Tan nama dia. Masa aku call tu aku Tanya la u dah dapat tak form I? Dia Tanya aku siapa. Aku cakap la nama aku. Pastu tetiba marah, ni you ape pasal letak allowance you dalam USD? U ingat I ada masa ke nak convert kan untuk you? What the hell ahso ni. Aku relax lagi, aku cakap I refer rate ni dalam handbook. So I guna rate ni dalam USD sbb account lebih tahu current conversion. Dia cakap balik.. you ingat I ada masa mahu cari current conversion untuk you ke? You datang sini buat sendiri laaa. Aku terkejut tau, serius sangat terkejut. Sampai gitu sekali korang orang finance ni buat keje berkira. Aku tau ke current currency brapa nak suruh aku? Macam tu baik aku buat accounting. Abis cite. 

Terus aku teringat akak akak baik kat company lama. Kak liana, geng aku tu, paling baik la bagi aku. Senang keje dengan dia. Senang nak tolak ansur. Tapi tolak ansur that doesn’t mean la keje kau lebih kurang je bagi kat dia,mesti la dia bising, sekurang kurang nya kita sama sama kurangkan beban satu sama lain. Kan kita kawan? Yelah, aku lupa. Aku dengan lily tan tu bukan kawan pun, so tayah amik hati sangat hahahha.

And so itulah cerita nya pada hari ini.nanti aku ada mood aku cerita lagi.kaki tengah lenguh sebab tadi masuk opis pukul 1030 kau tau. Sebab jalan dataran tu tutup, jalan raja laut tutup sebab ada Perarakan Hari Pahlawan, memang pahlawan la aku dalam kereta, dan dan nak masuk bulatan jalan parlimen tu polis traffic tutup jalan tu. Kereta aku yang depan sekali. Aku turunkan tingkap mintak nak lalu kereta aku je pon. Dia pandang tempat lain sambil suruh kereta aku bergerak. Cam seeya. Terpaksa la kan masuk lane lain dan kena hon la aku dengan segala mak nenek lori motor kereta semua. Jangan salah kan aku ok. Salah kan polis traffic tu sebab suka ti dia je tutup jalan. Dengan niat nye aku langgar je kon merah dia tu. Habis bersepah tengah jalan. Dah kata pahlawan..ni lah pahlawan lambat masuk office paham? 

oh ye tadi suami ke rumah kami kat Kajang tu. jumpa dengan pakcik aku la sebab nak tanya kawan dia ada contractor boleh renovate rumah. kalau kawan dia kasi harga dan ok kami nak tinggalkan rumah tu untuk di renovate la selama 3 bulan. balik balik dari sekolah aku boleh pindah masuk dah sebab rumah dah siap renovate kan. sukaaa. apa pun nanti kita tengok macam mana gaya contractor ni.

Selamat bekerja all.. aku rasa lapar ni. Macam macam ada.

Bai.  

Monday, July 29, 2013

# tetibeeee



Tiba tiba ada orang cakap tak jadi nak balik Malaysia sebab tak de tarikh yang confirm tentang tarikh kawin. So di nasihatkan pulak balik je ke NL. Jumpa anak bini. Tayah balik Malaysia sebab kenduri tak konfem. Eh center pulak dah kepala otak masing masing? Ke sebab takut aku keluarkan kata kata neraka? Apa pun petang ni saya sudah nekad. It will be only me and my mom for the tickets. You want to join us, GO GET YOUR OWN. 

Thank you! :D

# robek hatiku. paham?



Nak meroyan aku rase harini, bukan apa. Sebab aku tak paham dan tak pasti mana satu yang lagi penting sekarang ni. Bayangkan kau ada dalam situasi ni ye, aku nak pastikan adakah aku ni salah atau tak salah. Korang boleh la kasi pendapat kalau mau.

Di sebab kan 10 July 2013 ni aku kena travel dan balik pada 8 Nov 2013, ada in between that time tu suami aku akan balik bulan 9 atau 10 dan stay dengan aku dan anak masa dekat NL. Nak jadi cerita weekend lepas dorang ni ada berbincang pasal tarikh adik suami aku ni nak kawen, dia nak kawen awal bulan 10 tapi exactly tarikh aku nye takde lagi. Nak di jadikan cerita kebetulan suami aku akan balik 27hb Sept nanti jadi disebabkan kenduri adik dia yang tak tentu confirm ke tidak tu akan di buat AWAL bulan 10, dia di kehendaki balik la pulak Malaysia.

Apa kau rasa?

Aku nak Tanya kalau kau la ade kat tempat aku kan, dah la aku ni away dari adik beradik aku sendiri. Away dari angah,alang dan afzal my lil love one. Hanya aku dan emak dan sophie je yang ada. Dia start cuti 27hb 9 dan kena balik dah 3hb 10.  Enam hari jela ade dengan kami kat NL lepas tu kena pegi kenduri adik kawen sehari. Dekat MALAYSIA. Lagi 18 hari tu dia duduk la Malaysia sorang sorang agak nye mungkin la duduk Kerteh mengemas rumah sampai 2 minggu. Atau ikut adik dia pegi honeymoon? atau sibuk cabut rumput lepas habis kenduri? Atau apa? Apa? Apa? Orang lain je ada family ke kau tak de family? Gitu?

Aku tak tau apa aku nak rasa sekarang ni. Yang pasti aku bengang gila. Tak boleh ke korang ni plan elok elok pastu tak boleh ke korang ni fikir gak bab aku dengan anak aku kat NL tu. Korang nak gak laki aku balik sini semata mata nak kena datang kawen adik korang. Adik korang boleh tolong aku tak kalau apa apa aku ngan sophie nak masa kami jauh? Agak agak la nak mementing diri pon korang ni tau.

Yang dia pon sama kan, sebab adik nak kawen, menggelupur la kena balik gak sebab itu adik yang kawen bukan sedara. Memang lah aku tau itu adik kau yang nak kawen, tapi perlu ke dua dua side kau kena ade? Kalau kau tak dapat attend kenduri side perempuan, kau balik la masa kenduri rumah FAMILY kau sendiri. Tak boleh ke? Nak kena ade gak dua dua kenduri? Jadah..

Angah aku pun nak kawen jugak bulan 11. Tapi kalau di takdirkan aku tak balik hujung Nov takde pulak dia nak mengamok marah marah aku. Suruh jugak aku balik even aku ade kat NL tu. Kau gila ke apa? Adik beradik kau je yang macam tu. Dia lagi paham kot, kalau tak dapat masa kat rumah aku ada, aku nak make sure side yasir nanti aku ada. Simple! Alang pun ada masa side kawen angah masa side rumah aku je nanti, masa kenduri rumah yasir dia tak ada sebab dia dah tak ade cuti/ masa tu operasi. Ada angah paksa kan jugak alang balik ke even dia kat Kelantan tu? Balik gak even sehari? Gila!

Ini sebab semua kena ada kot tak peduli la aku jauh dengan anak ni suruh gak laki aku balik JUGAK. Serius aku rasa nak maki orang. Nak je aku cancel kan tiket laki aku skrg ni and suh Nalynie arrange tiket aku dengan mak je pergi balik. Dia nak ikut, nak melawat anak bini, dia datang la sendiri kan sebab adik beradik dia boleh belanja dia payong kan tiket nak pegi NL. Dia pun banyak duit sangat kan. Agak agak rasa nak jumpa kami kau datang la nanti.

Buat masa ni lebih baik aku rasa kau tayah datang pun dengan kitorang. Biar tayah jumpa 3 bulan terus. Ha hadapkan sangat la hal adik kau punya kenduri itu ok. Perap je badan tu kat sini 3 minggu. Kau sunyi ke kau boring ke kau rindu anak kau ke - Ade aku kisah??

Whateverrrrr! Malas aku nak amik tahu dah pasal korang ni. Buzz off!

Cemana nak buzz off, petang ni aku kena cakap dengan Nalynie pasal arrangement ni paham tak. aku tak tau cemana nak cakap tah. nak jeeee aku cakap kat Nalynie "cancel kan tiket dia, aku nak bawak mak and anak aku je 10hb ni"

# sayong nara



Kak Linda is leaving, esok last day, dapat Weatherford. Offer 30% higher than current ye.  Depa bayar ok notice pun sudahnya esok dia dah last day, 31st July 2013.

All the best Kak Linda. Nice knowing you. Padahal dia yang saja saja cakap nak hopping hopping keje sekali dia cabut dulu hahaha. 

Aku masih stay lagi sini sebab nak timba ilmu hehehe. Dah terer boleh la angkat kaki. Kalau company bagus mungkin boleh stay lama lagi inshaAllah. We see how la ok. Ada kemungkinan pun aku akan berangkat dan stay permanently dekat NL under expat basis. Kita tunggu keputusan nya lepas balik bulan 12 nanti. 

Zira is making move as well inshaAllah. Dia tengah tunggu Deleum call. Lepas ni memang keras la aku sorang sorang sini. Takde kawan laa. Team subsurface memang takde pempuan. I am all alone T-T nak emosi la pulak kannn hahahha. 

Apapun life must go on, sebab dari situ lah kita belajar nak survive. itulah kata kata nasihat suami aku masa aku mula mula masuk sini susah nye nak nampak muka melayu aku dah gabra. dia lagi susah, duduk tengah tengah field mengarah mat saleh buat keje. janji you know what you do and you will be good in it :) inshaAllah. korang semua pun macam tu okay!

to Kak Linda.. Good luck and thank you for your recommendation! Kita jumpa nanti di Weatherford. Ehhhh

 kak linda yang kat tengah tengah ni :D