Saturday, August 31, 2013

# pindahoon



Oklah sekarang ialah masa untuk melihat skala tahap mendapat apa yang di impi atau tidak. Pada entri beberapa jam lepas aku baru sahaja menaikkan entri yang buat pekasam beberapa hari dan sekarang aku akan menceritakan tentang rumah yang aku pindah ni.

Setelah check out dari Movenpick kami di jemput oleh acik owner apartment ni. Nama dia Danis. Dia ni Dutch dan dah berkahwin. Tinggi ala ala cowboy. Masa dia call cakap dah sampai tu aku masih lagi di dalam opis tengah besembang dengan Stephanie and Madhavi. Nanti aku cerita pasal kawan kawan aku kat sini ye. 

Danis tunggu aku di lobi hotel untuk beberapa minit sebab aku belum bawak barang turun ke lobi dan mak dan sophie pon duduk dalam bilik lagi masa tu.jadi untuk beberapa minit Danis kena tunggu kami dengan kes laundry tu lagi (again??? Aku takkan cakap pasal ni lagi) dan dia membantu kami mengangkut barangan yang adalah dalam 8 beg jinjing, 3 luggage, 1 backpack. Siap dia cakap “thank Goodness we have an elevator” miahahaha Oh Danis I know what u meant, and I am not mad at all. Sebab memang barang kami macam nak pindah rumah pon.
Danis bawak BMW 3 series sebagai taksi nye. This is what u call a taksi ha? Siap masa Ilse call cakap Danis dah sampai. You akan kenal nanti sebab ada tulis Bizstay taxi. Banyak la kau ada tulis Bizstay taxi. Mungkin danis bawak kereta personal dia. Jadi kami pon naiklah taxi BMW hahahaha.

Sampai sampai di apartment kami di beri kunci rumah. Dari bangunan nak masuk kami dah di beri kunci. Ini maknanya kalau kau nak masuk pon start dari muka bangunan kau dah kena ada kunci sendiri. Agak agak kalau kau bergaduh laki bini dan berniat nak suruh laki kau tidor di luar ini adalah rumah yang sesuai. Kami menaiki lift dan berhenti di tingkat 1. Rumah ni ada 3 tingkat je pon. Keseluruhan nya ada 5 tingkat. Lobi tingkat 0. Rumah rumah di tingkat 1 2 3 dan parking lot di tingkat -1 dan -2. 

Kami ke rumah bernombor 147. Ya...rozenboomlaan 147 adalah nama alamat kami di sini. Pintu di buka dan aku tersenyum lebar seluas mata ku memandang sekeliling. Kata Danis..”welcome to the apartment” Dank u Dank u Danis :D

Segala yang aku harap kan sedikit sebanyak menjawab apa yang di harap. Dengan erti kata lain nya company aku ni boleh la di harap kecuali bab claim claim (ok aku takkan ulang lagi isu yang sama tu pfffft!!)

Rumah ni ada 2 bilik tidur, secara keseluruhan nya rumah ni memang berkonsepkan IKEA. Tapi IKEA dia made in Turkey ye bukan made in China macam IKEA Malaysia. Tupperware pon made in Italy ye walaupun Tupperware bodoh bodoh tu je. Dan kebanyakan barangan dorang ni adalah dari Negara mereka sendiri. Susah brand luar nak masuk. Tapi taka pa lah janji berkualiti kan? Jangan harap barangan 1 Mesia je ni beras pon macam kasi ayam makan (hancur dan pecah pecah, betul ke?) 

Ok mari kita sambung cerita rumah. Rumah kami ni ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap satu nya ada jauh dari bilik yang sebelahnya. Dalam rumah kami ni ada heater yang aku harap kan (yes!) , ada kitchen cabinet yang cantik warna putih memang custom made Ikea, pinggan dan mangkuk yang selera kalau aku nak letak makanan atas tu. Cawan dan gelas yang cantik menarik sebab 80% of barangan pinggan mangkuk cawan jag dia adalah Ikea. Meja makan kerusi makan juga ikea. Lampu meja makan pon Ikea. Huu bekenan aku di buatnya, dah la tengah dilemma nak pilih kitchen cabinet ni mihmihmih. Nanti suami sampai sini mesti dia bekenan. Hihi

Puas hati tentang cabinet dapur..aku puas hati juga bilik tidur yang ada. Dua bilik tidur. Satu master bedroom yang attached dengan bilik air utama. Bilik air utama aku ni berkongsi dengan tetamu la kira nya. Tapi ada lagi 1 bilik air. Tapi hanya toilet lah bukan tempat mandi but still it is okay. Saya suka hoho.bilik air nya besar yang super besar, ada shower space, ada tab space dan ada toilet for sure. 

Konsep bilik air matsaleh kan takde nak lecak lecak kena air mandi so jangan harap lah kau jumpa pili air dekat jamban ye. Itu lah yang aku rasa kan bila hadap pegi keje. Hazab sangat nak kena stanby wet tissue pastu hangkut pulak air dari pili pegi masuk jamban. Nasib baik la konsep toilet opis tu pandai sikit. Satu level office ada 4 toilet. Dalam toilet yang ada luas tu ada sekali sink dan senang nak menguruskan segala kesulitan. Ok kembali ke cerita apartment.

Channel TV – yaaaa walaupon sekarang aku dan emak dah tak dapat tengok Pawn Star, Storage War, filem filem dari Film 4..kami masih ada Kitchen 24. Channel ni dari Ziggo. Aku rasa Ziggo ni macam Unifi. Sebab dia sekali dengan wifi yang aku pakai sekarang ni dekat rumah ni. So channel ada banyak Cuma banyak la kena beli. Harini patutnya aku pergi beli DVD dekat Koningin Julianaplein tu tapi tadi ada concert ramai la pulak menari dekat dataran nak masuk situ malas la aku nak lalu kat situ terus tak jadi. Sekarang rasa rugi pulak. Duh @_@

Pastu isu mesin basuh dan dryer. As expected..rumah ni ada dryer yang duduk nye sebelah mesin basuh. Terima kasih.
Rumah ni jugak ada dishwasher. So sangat senang la agak agak aku malas nak mencuci tu sebab air sejuk aku akan humban je semua pinggan mangkuk kuali dalam dishwasher dan mesin yang akan cuci. Simple sungguh! Tapi dari kau dapat pakai kuali pukul 8 malam dan sebab pakai dishwasher kau boleh pakai kuali pukul 10 malam jangan bersungut lah hahaha

Oh water filter. Aha..rumah aku ni merupakan system filter air terbersih di dunia. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan nya tapi memang beza la air kat sini dengan air yang masak dekat hotel nak buat susu sophie. Kalau air minum kat sini aku akan beli air mineral banyak banyak tapi sekarang just place your glass under the tap and isi air straight dari pili air anda dan minum! System air panas semua tempat ada dan aku kasi kelas A untuk service ini.

Setakat ini,aku rasa syukur ada rumah nak berteduh anak dan emak yang aku bawak sekali temankan aku kat sini. Aku juga sangat suka rumah ni sebab luas..dan cantik. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni...aku tak sabar nak tunggu suami balik. Nak dia tengok rumah ni la kami duduk lepas 19 hari duduk di hotel. Mesti dia pon tak susah ati nak keje dan tinggalkan kami kat sini :D oh lupa kan..kalau aku sendiri yang kena sewa rumah macam ni dekat sini adalah sangat botak kepala. harga sewa rumah aku ni ialah EU 2800 sebulan. bersamaan MYR 12,320 sebulan. sebab nama nya menyewa dalam matawang EU nampak sikit saja lah tapi cuba kalau kau convert ke duit Malaysia...nangis. nasib baik la kan ia adalah coverage company. again..syukur! 

Oh ok ni gamba yang boleh aku kongsikan.

Jumpa lain entri! Byeee









the red alert


it's a wave 10 :) 

pada sape sape yang pernah tengok cerita ni mesti tau lagu ni hahaha. aku tengok cerita ni 2 minggu lepas kalau tak silap. cerita sekolah perempuan yang nakal tapi they have brilliant mind. dapat plak cekgu cekgu yang memang gila tak tau kenapa boleh jadi cekgu bhahaha. it's a nice movie and siapa siapa nak layan lepas balik kerja adalah recommended! happy listening! :D

# wishes

Well well well
Setelah sekian lama nya aku asik tak dapat nak update blog sebab ada masalah teknikal ke dekat hotel Movenpick kat Voorburg tu tak tahu lah kan..akhirnya bila pindah ke apartment baru la dapat nak bernapas sikit. Aku baru saja dapat berpindah ke apartment setelah 19 hari duduk di hotel ye. Kau bayangkan betapa lama nya aku dan emak dan sophie duk terkurung dalam hotel. Ada lah beberapa perkara yang membuatkan aku naik angen jugak masa nak check out tu. Kau tau tak ada ke patut company aku ni cakap depa tak cover laundry services aku? Hangen nye aku la kan..dah la kena 400 euro ye. Merepek gila la kena RM1800 kau sebab mencuci baju je. Rasa nak mencarut. Sebab kan aku tak tau rupanya kena claim kemudian so dengan hati rela tak rela la aku bayar dulu. Dalam hati rasa nak je aku bako rambut engko cik receptionist. Hati semakin lega bila aku tau aku boleh claim tapi aku masih memperkatakan tentang kenapa aku kena bayar dulu untuk laundry tu sampai semua pon kata “sudah sudah laaaa mira” ok fine
Dalam entri ni aku sebenarnya nak tulis tentang wish aku bila aku masuk ke dalam apartment. Tapi sebab asik mendelay update blog aku rasa macam dah suprise la sebab apa yang aku wish tu dah Nampak depan mata. Masa duduk hotel haritu memang ada banyak list aku nak tulis tapi sebab takde masa dengan tenet masalahnye sampai aku lupa ingat lupa semuanya.
Ok lah seperti biasa aku akan mulakan dengan wish iaitu harapan aku bila aku masuk ke apartment HARITU. Sebab setelah 19 hari kau memerap dalam hotel kau dah mula rasa stress dan berharap hari di akan datang adalah hari yang lebih baik dari hari hari duduk di hotel.
Aku mulakan dengan harapan aku bila nak masuk apartment yang bakal aku pindah
Pertama nya hari hari duduk di hotel aku akan makan guna Tupperware. Sebab nya masak dalam rice cooker dan dalam hotel ni tak de pon pinggan mangkuk segala. Hotel movenpick ni memang takde design sekali dengan dapur, kalau ada lama dah aku mintak. Jadi aku berharap lepas masuk rumah aku akan makan dengan pinggan mangkuk cup dan gelas yang lawa lawa. Jemu makan makanan dalam Tupperware
Keduanya bila nak cuci baju aku berharap aku ada dryer supaya aku tidak membuang masa nak gantung baju dekat bawah dryer yang lekat kat luar atau balkoni. Aku lebih prefer dryer duduk sebelah mesin basuh lebih mudah dan convenient.
Ketiganya aku berharap bilik aku adalah lawa. Sebab bilik air hotel sungguhpun ada tab mandi dan toilet tanpa pili air..aku tetap rasa macam lemas sebab compact sangat. Jadi harapan aku kalini supaya rumah yang bakal aku pindah ada bilik air yang masuk akal saiz nya.
Ke empat - Aku berharap channel tv di rumah itu tidak boring. Adalah channel yang best best macam dekat hotel ni. Nanti kehidupan jadi boring pulak asik dengar channel bahasa kau jeee
Kelima aku berharap aku mempunyai dapur yang cantik dan complete. Sebab nya duduk di hotel freezer adalah mini dah nama pon minibar depa kata dan aku berharap akan mempunyai petiais yang munasabah saiznya nak sumbat makanan hebat dan sedap sedap.
Kelima nya aku berharap aku punya 2 bilik tidur. Dan aku berharap bilik tidur aku tu cantik la takde la nak over mana tapi aku nak yang selesa.
Keenam nya aku berharap lokasi rumah aku tu tak jauh nak cari slaterig food. Makanan slaughter seperti ikan dan daging. Oh rindu nya nak makan ayam dan lembuuu.
Selebihnya aku berharap yang baik baik saja. Nanti aku cerita pulak macam mana keadaan nya pada apa yang aku harapkan ni. Sebab ni adalah entri harapan aku masa duduk di hotel. So ini semua harapan orang macam takde harapan hahaha
Oklah sehingga itu kita akan bertemu lagi, aku akan tulis lagi entry pasal rumah pulak.
Happy weekend! Bye :D

Thursday, August 22, 2013

# cerita shampoo

Sekarang ni tengah pukul 945 malam dekat Voorburg. Maknanya korang semua tengah sedap membuta sebab kat Malaysia sekarang dah pun pukul 345 pagi. Ye masa nilah aku baru rasa ada masa sikit nak membebel. Ini pun dah berpuluh kali menguap dah nak membuta. Sini jadual tidur sangat disiplin tiba tiba. Mungkin sebab factor cuaca tu yang membuatkan kita jadi macam tikus mondok keje nak membuta je.

Harini dah hari ke 9 aku kat sini. Selamat mendarat pada 11hb ogos dan harini dah pun 19hb. Tolak tambah ada la 9 hari. Buat masa ni aku di tempatkan di hotel. Nama hotel ni ialah movenpick. Movenpick ni ada dekat Den Haag, ada dekat Voorburg dan Amsterdam pun dia ada. Kira macam cawangan ala ala ibis hotel agaknya. 

Jadi aku akan menetap selama 19 hari dekat hotel ni sementara nak tunggu apartment aku kosong. Jadi dengan tabah nya lah kami bangun dan tidur di hotel ni. So far it is manageable dan aku takde la rasa seksa mana even susah nak masak..susah nak bergerak freely,susah nak cari makanan berat berat dan sebagainya.. aku masih okay dengan emak dan sophie Alhamdulillah. 

InshaAllah...29hb ogos aku pindah ke apartment di Bizstay Rozenboomlaan 147. Tak jauh dari office. Hanya naik bas no. 23 dan 3 kali berhenti sampai la aku ke opis ni. Sekarang ni lagi senang kan sebab hotel ni sebelah hotel je ha. Kalau nak kasi alasan tanak datang tu buruk sangat la rasanya hahaha.

Biasa lah kan..masa mula mula datang sini..memang aku tak sediakan sangat barang barang keperluan ni. Nak nye benda benda liquid macam shampoo. So sekarang ni aku nak bercerita pasal shampoo dulu untuk harini. Masa nak datang sini aku memang awal awal dah buat keputusan tanak bawak la shampoo dari KL. Memang menyusahkan macam lah Voorburg ni takde kedai. Sekali nahhh lawa ok kedai depa sini. Membantu sangat. Merata rata ade groceries first class gitu. 

Masa aku ke groceries bernama Hoogvilet..ada macam macam barangan keperluan kat sini. Dari barang makanan sampai la ke Tupperware kalau kau nak beli untuk isi makanan. Jadi masa mula mula sampai Voorburg ni aku cari shampoo dulu.. masa tu aku sangat teruja la tengok brand tempatan ni..nama dia Derlon. Ok warna dia cantik ye. Color kuning berbau Perzik iaitu Peach. Masa amik tu rasa macam wah oklah ni kita cuba apa rasa pakai shampoo mat saleh haha. 

Balik balik aku pon terai..masa pakai tak terasa apa sebab dah nama shampoo kan ofcoz la shampoo. Tapi aku perasan bau dia kurang dah. Bau dalam botol jela menawan tapi bila kau pakai hamper penuh tapak tangan nak tampung shampoo tu bau dia tetap kurang. Tapi aku perasan jugak benda ni tau..sabun depa kat sini pun tak berapa nak wangi lah. Kalau anta laundry serupa macam takde pakai softlan. Memang bukan practice ke cemana? Tak tau malas nak Tanya. 

Jadi lepas pakai aku nak keringkan rambut. Ya dah perasan sesuatu di situ...rambut aku jadi keras dan jegang. Aku tak pasti korang familiar tak dengan pekataan jegang tu tapi dia macam keras dan kering dan menggerbang. Suami aku siap tegur dah kenapa rambut keras semacam ni? Cuak ye kenapa pulak rambut aku jadi macam ni. Adakah kerana tidak sesuai shampoo aku ni. Sedih je...

Tapi aku tak putus asa lah. Aku cuba lagi buat kali kedua dan hasilnya sama. Sebab nya bukan apa lah.mana tau rambut aku tekejut ke pakai shampoo lain tu yang jadi macam tu. Nampak nya hasil sama berlaku.
Beberapa hari lepas tu aku sanggup la tak cuci rambut dari siksa pandang rambut sendiri. Jadi lepas beberapa hari aku ke groceries lagi..masa tu ke kedai nama Albert Hein pulak. Dia sama standard je dengan Hoogvilet tu tapi sebab mana lagi senang sampai la aku singgah.

Oh ye sini...semua orang tak guna kereta. Diorang banyak bawak basikal, jalan kaki, naik bas, naik sprinter dan naik tram. So apa pilihan yang aku ada? Jalan kaki sebab nak naik bas rasa rugi sangat. Dekat je. Tapi dengan menggendong sophie lagi...perjalanan aman akan terasa macam nak pengsan. Ok sambung cerita shampoo, kelaut je keje!

Ok dan masa kat Albert Hein tu aku amik la jenama yang memang ada di Malaysia juga iaitu Loreal. Aku dapati bau shampoo loreal ni pun tak kuat mana. Mungkin sebab aku dah biasa pakai shampoo yang memang melekat kat bantal so hati aku asik nak rasa tak pueh ati ajo. Tapi takpelah..janji rambut is tidak gerbang okay. Itu sudah cukup bagus.

Masa duk survey shampoo tu barulah aku perasan. Local shampoo yang aku beli tu tak sampai 1 euro pon harga dia, patut la macam shampoo bulu kucing je *suami kata* it only cost me around 99 cents (less than MYR 4). Ridiculous la dengan saiz dia yang super besar tu harga pulak less than MYR 4 pastu aku nak banyak songeh kan. Eh tapi Loreal ni pun tak mahal macam kat KL. Aku beli dalam 3.60 Euro sahaja (dalam MYR 15). Sebab selalunya harga Loreal shampoo dalam MYR 20 kan? Ke salah? Sorry lah sebab aku bukan pengguna Loreal pun back in KL hahhaa. Mana ada akan ku pakai. Oklah dari takde...bersyukur sikit. Reti?

Oklah sampai sini saja bebelan aku pasal shampoo. Lepas ni kalau ada benda lain yang aku kena hadap aku akan cerita lagi. Ni pun dah pukul 10 so aku kena tidur sekarang.

Good night all!

Bai. 







Friday, August 16, 2013

# weekend

harini Sabtu kan? korang gi mana jalan jalan? semalam suami dah pergi kerja. jaid tinggal lah kami bertia kat sini. aku dah di pesan supaya tidak berjalan sakan masa suami tak ada. jadi mungkin harini aku just nak walk around sambil beli food nak makan je la rasanya ni. the rest..kalau nak jalan jalan boleh.tapi kena menapak dengan sophie is a very BIG challenge. sini tak de kereta boleh sewa. kalau sewa pon depa nak international driving license. dah ada ke aku international driving license nye kan. belom ada lagi. nanti aku bawak korang ke kedai yang aku selalu pegi makan masa lunch. it's a fish market. tapi view nya lawa bagi aku lah. 

eh tadi tiba tiba facebook kena block tau. ntah pape lah sakit hati aku. sana dah nak masa lunch kan? sini baru pukul 8 pagi. tengah plan plan lah ni apa aku nak buat harini. 

pagi ni panas juga. panas sikit dari semalam. harap harap harini tak hujan jadi boleh menapak jauh sikit.

happy weekend :)

Thursday, August 15, 2013

# 1 2 3 things

there's a few things that I might find it funny at my workplace.

# I have a colleague who loves wearing the same outfit every 2 3 days. oh come on..ini summer beb, kau kena belajar mandi. you are a lady anyway....weyyyy cemana lah BF kau tidor dengan kau ni

# I have a very veryyyy pintar colleague and sangat sudi membantu. oh yeah btw, mereka muda muda sudah terer. aku macam mana ni? 

# I have a supervisor who teach me like everything...from the processing data until the interpretation and yet...she doesn't even know how to use the software that I am using. bhahahha..so maksudnya aku kena ke cikgu lain untuk refer. 

# I have a guru yang mengajar dan dia sangat cool lepas tu suka membebel sorang sorang. bila aku cakap sorang sorang dia tanya pulak aku, " I can see that you love talking to yourself huh..." eh kau pun sama laa hahahhaha

# aku ada ramai cikgu kat sini tapi kau bayangkan lah mereka ni semua dari 23 negara yang berbeza. kejap kejap english macam orang tersedu bercakap. kejap kejap bila bercakap ey ya ey ya..venezuelan sangat baik tapi english mereka....well.

# aku dah bukak report keje dan dah start pun kerja. harini bukak report sampai mata buta. lebih buta bila report acquisition adalah dalam bahasa prancis. ye, the report is in French. are you kidding me? 
maka harini dah 5 cikgu tanya aku. "SO HOW GOOD IS YOUR FRENCH??" i feel like mahu carut carut aku tak tahu baca macam budak 3 tahun reti nampak A B C je. demn demn... 

# jiran sebelah meja aku orang French. nama dia Stephanie..and she's married to Muslim's french. is she muslim as well? how do I know! tayah tanya. tanya dia apa ke yang report ni tulis. report ini kan dalam bahasa ibunda dia. 

ok dah. aku nak balik. jumpa esok. byeee!

Tuesday, August 13, 2013

# syukur

kawan kawan..aku dah sampai Voorbug. semalam pkul 9 pagi. dan pagi ni aku dah masuk office. so far aku dah di kenalkan dengan semua staff yang ada. dan hari ini lah aku menyedari satu perkara. dalam team subsurface ni kau kena ada minimum Master degree untuk bekerja di Netherlands. aku tak pasti aku fall on which case tapi ini lah titik tolak untuk aku habiskan master dan sambung lagi belaja laju laju. jiran jiran kiri kanan ni PhD semuanya, saya is MALU.

oklah..nanti jumpa lagi. aku tengah tunggu orang install Kingdom dalam PC aku.

bye.

Tuesday, August 6, 2013

# Ramadhan - last day



Good morning everyone..harini ialah hari terakhir Ramadhan and guess what..I am still here in the office hahaha. What to do.. aku kan staff baru, nama pun under probation. So nak mintak cuti boleh je tapi nanti consider as unpaid leave. So malas. Tahun depan kita cuti cuti Malaysia lah no worries. Lagi pun harini dah half day. By the time 1230 aku dah boleh cabut balik dah. And so...here is me at my desk where I have to clear my stuff sebelum berangkat ke NL malam Ahad nanti. Lappy kena angkut balik, mug kuning ni tinggal lah. Pashmina aku bawak balik la kang kena bomoh susah pulak hahaha..

Malam tadi aku ke uptown sekejap. Sebab nya masa beli baju raya haritu aku tak sempat nak sambar tudung. Jadi nak tanak kena la keluar malam malam tu. Tapi sekejap je dan aku dapat la tudung idaman. Beli tudung pesen baru tapi aku tak tau la bila nak pakai tu. Rasanya simple je. Mesti gadis gadis hijabista terer dah pesen pesen tudung ni tapi aku is emak emak so tudung terbaik aku selama menggendong anak pon ialah tudung sarung. Nice..

Eh harini Pay Day. Yay...Alhamdulillah. orang lain dah seronok dapat gaji aku BARU dapat gaji, hehhh

Tema baju raya korang tahun ni warna apa? Tema kami 1 famili ialah KELABU. Padahal berbulan bulan sebelum ni kemain aku plan nak tema color purple. Bila sampai ke kedai baju..aku tak dapat memilih sebab SAIZ baju adalah TERHAD. Jadi setiap tahun pun aku rasa ada baiknya aku tak berangan nak plan color tema untuk beraya sebab nasib aku selalu nya kena bertanya kepada akak kedai baju tu 

“akak, do you have the smallest size for women in this type of baju?”

Dan semestinya dia akan kata 

YA...dan tunjukkan aku “inilah smallest size dik” 

Suami angguk dan tengok jenis kain...hm nasib baik lah lawa kat mata aku kan. Color kelabu penuh la manik manik warna hitam dan silver. Terasa macam pakai baju zaman nikah dulu tau. Sebab dulu masa aku nikah color kelabu la. Hihihi. Tapi bezanya kelabu kami  sekarang 3 pasang  bukan lagi 2 pasang. I feel blessed.

Pagi ni aku dapat satu mesej dari seorang junior. Dia banyak kali la mintak no phone so aku kasi la tak pasti apa dia nak sebenarnya. Assumption aku simple, mungkin adik ni nak bertanya kabar sebab nya dia ni junior masa sekolah menengah dulu. And so she text me this morning with a greeting of salam. Dan kemudian dia Tanya aku satu soalan..

“akak kerja kat mana skrg?”

#akak keje kat Damansara Height 

“eh dah tukar ke tempat posting?”

#posting? Posting mana?

“akak doctor kan?”

# a ah doctor...doctor BATU hahahaha

“takde lah sebab saya selalu nampak akak kat Hospital Kuala Kubu. Saya nak tegur tak dapat sebab akak kejap ada kejap ilang dah”

#...awak doctor ke kat Hosp KKB?”

“takde lah, saya bukan doctor..saya buat accounting kat Hospital tu. Terkejut jugak akak dah pindah”

#dik..akak bukan doctor la dik. Akak ni geosaintis. Akak keje kuli cari minyak je..tak merasa nak bedah orang, dulu merasa bedah tikus je”

“tapi saya dengar memang akak buat medic,kawan kawan saya pun cakap dulu akak buat medic,saya tengok akak kat fb ha jumpa, saya add akak”

#takpe dik..thanks add akak ye. Selamat Hari Raya

Aku senyum sorang sorang bila ingat balik conversation ni.. 

Ada rupanya orang bercakap tentang aku lepas abis sekolah menegah ye. Happy ke sedih ni? Kalau benda baik Alhamdulillah la sebab korang ingat aku buat medic selama ni dik, bangga aku. Ahahaha..sekurang kurang nya takde la orang sangka aku ni jahat kan masa sekolah kan kan kan

Mungkin muka aku ni nerd jadi memang patut jadi doctor,itulah..dulu tanak belajar rajin rajin. Kalau tidak boleh dah kau keje kat mana mana hospital pastu boleh pergi office lilit tudung ala ala gadis hijabista..Style tau. Eh tapi sekarang pun boleh juga..lilit la hana tajima ke yuna ke aku kerja tekan tekan keyboard dan tekan mouse je.hehhhh

Ala dulu kan aku dah mintak suami nak buat medic. Tapi suami kata dia tanak tunggu la lagi 5 tahun baru nak abis. Buang masa pulak kata dia. 

That’s why aku start my own that align with my own career. Kalau nak jadi specialist, tak semestinya kau jadi specialist kat spital je, kita boleh jadi specialist terhadap apa yang kita usahakan sekarang.inshaAllah

Eh sebelum tertinggal

Selamat Hari Raya kawan kawan semua. Maaf zahir dan batin lah ye. 

Malam ni aku balik Kerteh. Raya ke 3 aku ada la kat Tg Malim, sapa nak datang raya sila whats app acik dulu ye takut aku merayap ke rumah mak pak sedara raya ke 3 tu. 

Safe driving everyone! Selamat Hari Raya!




# lag



Right now..I am in a process of controlling my anger. Sebab aku sangat marah kalau orang pandai janji tapi tak pandai tepati. Janji nak sampai office pukul 5 tapi tadi aku Tanya baru nak bertolak dari Nilai 3 lagi 10 MINIT. Aku dah check current traffic yang kereta akan sampai lagi 1 jam lebih kurang. Orang semua dah balik. Aku dah cakap tadi pergi la jumpa tauke bengkel tu dulu jangan la tunggu kawan tu. Nanti lambat settle. Sekarang korang baru nak bertolak pastu aku nak keras sorang sorang sini tunggu korang. Mengada laaah. Orang dah balik dah ramai ramai paham tak. Kalau aku tau tadi aku tanak orang anta pun. Biarla aku bawak kereta aku sendiri. Senang cerita. Nak sampai rumah pun takde nak bengkak hati. Apelah aku nak buat lagi kat office ni T-T