Tuesday, November 19, 2013

# rumah saya

Rumah saya di Taman Sekamat tu dalam pembikinan. Tak sampai 10% lagi pembikinan. Semua masih basic. Tapi last week grill dah siap pasang. Tinggal kitchen cabinet nak start pasang di awal bulan 12.

Pada siapa siapa yang berhajat nak memasang kitchen cabinet di rumah anda untuk tahun baru ni boleh la survey survey kedai yang saya amik ni.

Nama kedai tu Intech Kitchen. Kalau korang google akan keluar la website tu. Sila lah google dan lihat. Kalau ke kedai dia kat tingkat atas ada showroom contoh contoh cabinet yang anda boleh pilih bermula dari gred terbaik ke gred kebiasaan.

Nanti kitchen dah siap boleh la kita bercamwhore. kerusi bar pun saya belum survey. kena start membeli sebab saya ada mini bar yay.

Bilik tidur saya masih belom ada concept. Dalam kepala nak English style tapi suami kata nak modern concept. Ala tak romantic betul. Apa apa itu kita kongsi bila kita masuk ke bab deco bilik tidur pula.

Till then. Bai!


# malam

sambil sambil layan American Dad, makan roti kismis badam sambil cicah minum nescafe panas..mari kita menaip. Ok sekarang sudah pukul 1 pagi. Mata aku dah biasa tanak tidur awal macam manusia biasa. Dasar jobless begitulah hahaha


cerita 1
abg, abg perasan rumah tepi jalan nak masuk taman rumah kita tu? Yang color putih tu, design rumah tu style lama. Perasan tak?
Oh itu..perasan je. Kenapa?
Eh nak tau..last week mira balik kejap tunggu orang pasang grill rumah kita, mira terpandang dinding rumah tu ada kain rentang tulis iklan FOR SALE/LET. Rumah tu baru orang beli la.
Ala iye ke? Kenapa mira tak Tanya..kan dah rugi
Tapi kan mira baru Nampak yang iklan tu sebenarnya di pasang dekat rumah tu. Macam mana nak Tanya awal awal?
Itulah, takpelah. Tapi kan memang cantik rumah tu kan? Tanah lapang depan dia. Design lama pon lawa.
A ah betul. Ala takpelah, kan kita nak duduk dah taman tu bulan depan. Nanti mira tengokla tiap kali lalu depan rumah tu. Kalau iklan tu pasang balik kita boleh beli.
BELI?
Ha ah. Beli,
Siapa nak beli?
Mira lah.
Habis rumah kita tu nak buat apa?
Kita jual.
JUAL?
Ha ah kita jual la. Kalau kita nak rumah putih tu, kita jual la rumah kita. 550 ke, 600 ke.
Banyaknya duit mira nak beli rumah putih tu? Rumah tu mungkin 650-800 tu. Mira ada duit ke?
Mira takde duit.
Habis macam mana mira nak beli?
Abg kan ada duit? Abg jual rumah kita pastu kita rolling balik duit tu beli rumah putih tu.
Banyak nye lawa mira ni. Kita bayar interest pun tak habis lagi sayang.
Alah orang selalu buat boleh jeee.
Itu orang bukan kita. Rumah kita tak cantik ke?
Cantik je.
Habis kenapa nak jual? Cabinet pun lawa abg dah buat mira nak main masak masak situ.
Iyelah saja la kan tadi kita cerita pasal rumah putih tepi jalan tu.
Ok.

Cerita 2
Abg tadi angah cakap company dekat Bt Caves tu tengah cari Geologist
Oh bagus la tu. Boleh la mira apply kalau mira nak
Memang mira nak..tapi mira bukan geologist.
Bukan geologist?
A ah. Mira kan Geophysicist.
Eh Geologist dengan Geophysicist tu tak sama ke? Bukan mira belajar kat Uni Geology ke? Ada lah tu basic nak jadi Geologist
Tak sama la. Macam mana nak apply kerja kalau tau basic je?
Boleh.cuba lah dulu.
Boleh cuba tapi menangis la kalau dia kata gaji pun basic macam mana basic nya u tahu keje geologist. Hahahahha
Pulak..habis tu macam mana?
Takpelah esok mira nak mintak angah tanya dulu En.Munif tu. Jauhnye opis…wuwuwuw
Ala baru kita nak tanya belum lagi dia kata dah boleh start kerja.
Em OK.

Cerita lain nanti kita tulis lagi.
Kbai!



Monday, November 18, 2013

# free

and so malam tadi I drive back to KL with angah without my Sophie and Afzal. WHY? sebab sophie meroyan wan dia tak balik KL so dia tanak balik. my baby has grown up and tinggal la aku di rumah ni keras tak tau apa nak buat. layan tv layan lagu layan blog onn tiba tiba terpandang entry onn yang letak lagu najwa latif. apa nama tajuk lagu tu onn? aw kenapa lagu tu sedih sangat...cinta dalam hati lah nama dia. tadi sempat pulak tu aku melayan lagu tu sambil baca lirik yang onn tempek dekat blog dia. yes onn, ia benar menyentuh hatiku lepas tu mula la terfikir..adakah aku punya cinta dalam hati? err mungkin takde. kalau ada pun tak boleh ada dah kan. dalam lirik pun ada kasitau asal kau bahagia..tak gitu? doakan yang baik baik je untuk semua orang semestinya in return kita akan dapat kebahagiaan tu in shaa Allah. 

buat masa ni aku masih tak dapat nak update lagi pape pasal kes kerja aku. masih lagi I jobless tapi I tak kecewa. ini hujung tahun and sememangnya company nak hire orang agak selow. so I teruskan saja usaha hantar cv dan nampaknya sabrina belum come back. belum baik lagi ke buku lali you? nanti dah baik kena call I la balik ye.

so last week En.Mus minta aku whats app dia untuk next job kalau aku mahu..tapi masalahnya..kalau kang aku dah dapat job lepas tu aku dapat job idaman dan aku akan turn down the offer again like again??? tak mampu aku nak kecewakan hati orang lah. En.Mus offer aku job di Jakarta dan definitely kalau by January aku belum dengar any bell rings for me..I will consider that. 

minggu ini merupakan hari lapang kerana aku punya masa nak mandikan anak dah skip masa nak kejar kejar sophie dah skip dan masa nak check email sangat banyak. siapa siapa free nak ajak lunch atau dinner you guys are most welcomed. aku ade saja di rumah for this 5 days in KL. kalau aku tak rasa nak balik kampung lah kan heheheh.

nama je masa banyak tadi aku plan nak email Dugeo lepas tu lupa lagi. oklah geng..rasanya lah this week kita boleh share cerita apa apa berlaku this week or the past few weeks yang aku takde masa nak menaip tu kan, 

this week juga masa sesuai nak check website pkp dan british council. banyak benda kena scan dan print sebab aku buat kerja untuk dua nama. ya, aku dan angah akan sambung belajar bersama in shaa Allah semester baru ni. kita tengok lah plan nya macam mana sebab angah pun tengah sibuk gila dengan preparation wedding dia.

buat masa ni aku lah yang kena take care apa yang kami plan ni. esok lusa aku dah tak ade masa nak buat semua tu saje je cari alasan lain lagi.pfffft


will see you guys later!


daaaa :)

Sunday, November 17, 2013

# lost

apalah yang paling mengecewakan bila aku mula ada masa nak start zumba lepas tu aku check dalam semua hardisk, pendrive semua dah takde? mana video workout aku aaa?? benci laaaa. ni mesti sebab ter delete dekat Holland haritu. masa sibuk semua nak tengok movie duk alih alih movie dari hardisk ke tv lepas tu korang KORBAN kan video workout aku. 

benci lah

nangis lah!

mana nak cari DVD zumba yang senang nak paham macam aku dapat haritu? video haritu pun ehsan anip kasi aku tau! mesti dia dah berzaman delete dah video tu.

kecewanya.

:(

Saturday, November 9, 2013

# soya?

Hari 1

Along beli susu soya jenama Homesoy. beli dekat 7e. malam malam buta singgah 7e sebab tak mau esok lapar tak ada roti dirumah.

sampai rumah emak kemaskan barang yang di beli masukkan dalam peti ais kosong. baru buka suis peti ais nya. baru sampai kan kami.

Hari 2

Along, Afzal dan emak minum air soya homesoy masa breakfast. enjoy saja apa masalah ada?

Along balik kampung bawak emak , afzal dan sophie.. pergi rumah cu. ambil erul (adik sedara) bawak balik rumah kami

Malam hari 2

sampai dari rumah cu buka petias cari susu soya Homesoy dan minum. Pelawa Erul minum sekali. Erul keluarkan susu soya Homesoy dan minum selepas along.

30 minit kemudian di malam hari 2 (masa nonton cerita Aku Bukan Malaikat di TV3)

Emak buka petias dan keluarkan susu soya homesoy, emak terkejut kami minum susu soya dah basi,

color dah kelabu rasa dah masam busuk pula bau

emak tutup soya Homesoy dan buang dalam tong sampah

along pergi dapur sebab hairan baru 30 minit lepas minum elok saja. Erul minum pon tak ada komplen apa. siap erul pun tanya, eh tadi elok je minum??

Pagi Hari 3

Along gosok gigi di sinki dan terpandang kotak susu soya Homesoy yang di buang emak. 

menjeling saja di tong sampah kemudian emak bungkus buang di luar. 

menjadi saksi susu Homesoy ada di dalam tong sampah dan di buang.

Petang Hari 3

Menghantar Erul pulang ke rumah cu dan balik semula ke rumah dan packing untuk balik ke KL

Emak kaget

Terkejut

Susu kotak Homesoy beranak lagi 1

Ada dalam peti ais - ini kotak kedua kah? 

Bila beli?

Bau elok

Warna putih 

Tak ada busuk pun?

Mak pening kepala..ini Homesoy yang mana?

Apa yang mak buang semalam?

Emak duk ulang macam mana Homesoy boleh reborn? restock? hahaha hanya Allah yang tahu.

:)

Along tak beli Homesoy baru. 

Along nampak Homesoy kena buang dalam tong sampah pagi masa gosok gigi

Along nampak Homesoy kena bungkus dan kena buang keluar

Mana datang Homesoy lagi 1?


Malam Hari 3

Mak tetap tak puas hati. 

Mak tanya explanation sebarang kebarangkalian..

Siapa pula yang boleh bagi explanation?

Along sendiri tak ada jawapan.

Pejam kan mata. senyum saja.  

# keratan 2

Keratan kedua haruslah lebih sensasi.

Kang siapa yang membaca mendapat sakit kepala melampau jangan salahkan aku ya, agak agak tak berani nak meneruskan kita boleh tutup perlahan lahan belog aku ya,
Keratan kedua berkait sikit pada rumah aku membesar dan rumah yang aku duduki kini. Memang tidak menghairankan kalau ada yang datang lawat rumah tu akan rasa creepy creepy sikit dengan rumah aku ni. Tapi tidak mengapa. Aku ni optimis orang nya,kalau aku penakut mana aku nak hadap selain rumah yang suami aku bagi untuk aku duduk kan. Coba fikirkan di situ kawan kawan…

Selama hidup ala ala bujang di rumah yang suami kasi untuk berteduh..aku memang tak melayan sangat perasaan aku ni. Iya lah say I am not penakut, well of course masa tu apa pun aku tak fikir. Reti balik rumah layan tv mata ngantuk aku membuta. Ada aku kisah apa apa dalam rumah ku nak menompang sama? Lantak engkorang laaaa. Tapi segala nya berubah sejak seminggu yang lepas……

Selama duduk rumah aku dekat Pandan ni..aku assume tiada masalah. Even masa mula mula masuk memang salah aku lah takde nak azan ke apa ke dalam rumah sendiri. Masuk masuk rumah ni benda pertama yang aku Nampak dekat dinding rumah aku ialah kesan tapak kaki bayi dan tapak tangan bayi macam guna arang batu dari paras peha aku ni sampai la atas siling. Masa tu aku sangat kudus tiada apa yang aku fikir. Aku ada la Tanya kawan kawan bercerita how am I concern about the LOOK of the wall sebab kesan tapak tapak itu hanya about the LOOK yang aku risaukan bukan lah kerana isu lain. Boleh tak aku? Optimis gila ni, kagum.

Selama duduk sorang sorang masa suami tak ada..aku tak amik port sangat apa apa kekecohan yang berlaku di luar bilik. Nak nya masa tu aku mengandung. Memang balik kerja orang takada dekat rumah, makan siap siap, mandi dan tidur mati. Kadang kadang tu aku dengar la jugak bunyi orang berlari lari dekat ruang tamu tetapi sekali lagi aku ni manusia optimistic. Mana aku nak pikir benda lain sebab fikiran aku logic katanya. Oh itu mungkin kekecohan dari jiran tetangga. Kau paham paham lah kan..hidup berjiran duduk pula di sarang burung. Memang malam malam ke tengah malam ke pagi buta ke bunyi bising tu ketara.

Bila aku dah masuk 8 bulan ngandung..mak mula temankan aku di Pandan rumah aku duduk sekarang ni. Masa suami tak ada..mak la yang meneman. Masa tu bulan puasa, bulan mulia. Tak da apa yang nak di gusarkan. Semua berjalan lancar je sampai laa aku selamat melahirkan sophie.  So far..sophie pon ok je membesar tak ada masalah apa. Cuma sekali dua dia buat magic, duduk dalam bilik dia siap sembang dengan dinding gelak mengikik sampai aku dengan mak rasa nak jerit cakap “jangan kacau sophie boleh tak?” tapi kami optimis..sebab benda yang baik ni takkan buat budak kecik nangis kan? So kami anggap benda baiklah yang duk main cak cak dengan sophie.

Semua ok tapi biasalah..dah nama pon rumah kita. Bukan kita je duduk dalam rumah kita. Kita berkongsi juga sebenarnya. Dengan mereka mereka yang kita tak berapa nak Nampak ni…aku Cuma pernah Nampak kelibat lelaki tangan dia hitam dan besar  masuk ke bilik sophie. Masa tu aku tengah lipat kain dekat sofa depan bilik sophie. Aku tenyeh mata sampai nak melecet mata agaknya. Siap bila Nampak kelibat orang tu aku siap follow an check pulak dalam bilik sophie. Tengok tengok  kelibat orang tu tak ada, afzal pula tanya aku cari apa? Aku cakap aku nampak orang masuk bilik sophie..terus la tuduh afzal yang masuk bilik sophie. Padahal kalau aku tanya dia sampai sekarang sumpah dia cakap dia tak de masuk bilik pon masa tu, dia dalam jamban katanya.

Satu hari di hari cuti aku duduk di depan nonton tv atas sofa.biasalah dah nama sofa sendiri macam macam gaya lah aku duduk depan tv.  Emak boleh tak perasan aku yang duduk depan tengah nonton tv tu. Emak tengah sibuk kemas kain lalu lalang pula depan bilik tidur aku, sambil mengemas baju di lipat mak siap menjengah la tengok bilik aku, dia Nampak aku tengah melunjur kaki. Nampak kaki lah yang di lunjur sebab katil aku ni kebelakang sikit. Sambil lalu lalang mak pon bercakap tapi muka nya pandang ke bilik tidur aku tu, aku pelik lah, apesal lah mak duk pandang bilik aku sambil sembang, padahal yang menjawab aku ni..duduk depan tv. Bila aku panggil mak dari depan mak macam kena kejutan eletrik. Dia tekejut katanya, sebab katanya mata dia tak salah, she saw me in the room, sedang melunjur kaki. Berani kau jadi aku ya? Masa tu aku hanya senyum dan kata..emak betul betul buat klaka. Perkara itu dilupakan tapi sampai sekarang tak ingin mak aku nak masuk bilik aku dah. Malas aku nak paksa.

Sejak minggu lepas keadaan makin nampak ketara. Aku mula mula malas nak ambil port sampai lah kau main mainkan aku. And it was terrible. See..sekarang aku boleh dengar pulak lagu cina lama bermain dekat telinga kiri aku ni. Damn you. Peristiwa berlaku masa aku sorang sorang tengah menonton tv, masa tu lampu semua dah di tutup, tinggal lampu dapur aja lah. Sedang syok nonton tv.. tiba aku Nampak kepulan asap dari celah pintu..aku sangkakan kipas aku yang nak terbakar tapi aku pelik kenapa box kipas ni yang tak berasap? Celah pintu pulak? Aku gerakkan mak dan panggil afzal untuk kepastian. Mak dan afzal totally tak Nampak apa yang aku Nampak. Aku terus tutup kipas dan menonton tv. Like nothing happen. Like I said, I am optimistic.

Sejak dari kejadian asap asap kepul tu..aku di ganggu oleh perkara yang pelik pelik. mula nya aku tertidur di dalam bilik. Lepas tu tiba tiba di datangi oleh satu cahaya memenuhi kelopak mata.benda membuatkan aku serta merta terjaga. Sangkaan aku itu Cuma mimpi. Aku test la diri sendiri, masa masih sober ni aku pejamkan mata. Ya..cahaya yang sama datang memenuhi kelopak mata. Terus aku susah nak tidur di buatnya.

Kejadian kedua ialah keadaan memeranjatkan juga. Aku sedang lena tidur tiba tiba kedengaran macam rak pinggan jatuh di tepi telinga. Litang pukang di buatnya aku rasa nak terjun katil. Dah la masa tu sophie tidur sekali dengan aku, aku sangkakan anak aku yang jatuhkan pasu dalam bilik ke apa. Bila terkejut aku cari la mana si sophie, elok aja dia membuta macam takde dengar apa apa benda bising pon. Bila aku keluar aku Tanya si afzal kalau dia ada terdengar apa yang aku dengar..katanya langsung taka da bunyi bising pun pagi pagi hari ni..

Benda ni tidak menakutkan aku, tapi membuatkan aku rimas. Rasa macam pelik pelik je benda yang jadi.

Keadaan lebih memeningkan kepala bila aku kena dengar benda yang aku tak ingin nak dengar, contohnya masa aku mula mula sampai rumah ulu bernam, malam pertama je aku tidur di rumah aku mimpi benda pelik, sehelai kain lusuh macam kain putih kena tanah tu..dia tegak atas kaki aku. Pastu siap lalu atas kaki aku sampai ke hujung katil, lalu atas sophie sekali. Sebaik aku terkejut dengan mimpi tu aku terjaga je..sophie dah start menangis. 10 kali la aku baca ayat kursi baru la anak aku boleh tidur balik.

Bila dah tidurkan anak, aku mula la tak boleh tidur..dan mula lah mendengar benda benda pelik seperti orang mandi pukul 3 pagi dekat dapur aku lah, orang sibuk buka peti ais rumah aku nak cari susu soya agaknya hahaha. Pelik pelik je.. aku gerakkan emak dan tanya emak dengar ke apa yang aku dengar ni..mak kata mana ada. last last mak sendiri kena prank 'hantu soya" hahaha itu menyusul kemudian hehe

Lagi laaa aku stress. Stress tau.

Alamak..macam kena buat keratan 3 je ni. Hahaha

Oklah jap jap pasni aku sambung lagi

Ok..now kita sambung..di sebabkan kejadian yang memeningkan kepala ni..aku bercadang untuk berjumpa dengan seorang nenek yang aku selalu refer kalau bab bab pening macam ni. untuk pengetahuan korang lah kan..dulu pun aku pernah je jumpa ustaz dan minta kan pendinding rumah, kali kedua aku berjumpa ustaz,ustaz kata rumah aku  ok. jadi aku yakin macam tak ade ape la dengan rumah aku duduk ni. 

cuma kali ni..bedanya..aku berjumpa nenek pula. jangan salah faham okay. dia adalah seorang nenek. nenek yang tahu serba serbi inshaa Allah sebab hidupnya pun sudah cukup lama. jangan main main lah dengan dia, kau menipu pun dia tahu hahaha

masa aku bercerita pada dia..katanya..hmm rumah kamu ni berkongsi dengan dia. Dia ni suka menyamar ni selama ni, samada kamu perasan atau tidak saja..."amoi" 

Gulp.

nenek kata bukan kamu tak cuba halau dia dulu..pernah mintak kan ustaz pun garam dan lada hitam nya, tapi tak kena pada dia. dia elok saja bergantung atas siling rumah kamu tu. menggelakkan kamu sebab tak kena mata dia. kamu pun masa baca ayat 3 Qul tabur di sudut sudut rumah sahaja. lain kali lambung sekali menghala ke atas. biar bertabur di lantai, dia tak berani nak tepis pun, panas garam dan lada hitam tu. kena sekali ayat ayat suci. memang dia akan terbang keluar nanti.

ingat..masa kamu lambung garam lada hitam tu ke siling, baca al fatihah, 3 Qul, ayat kursi dan selawat. habis baca kamu bagi amaran pada dia, jangan ganggu aku lagi, jangan ganggu ahli keluarga aku lagi dan keluar kau dari sini..in shaa Allah..dia tak berani masuk lagi.

sebaik balik dari jumpa nenek..itu lah masa aku tengah sibuk menaip keratan 1 nak masuk keratan 2, telinga kiri aku duk pusing lagu cha cha cina. padahal si afzal tengah buka lagu Royal. rasa nak mencarut je. tapi sebab aku dah tahu..aku buat do no je. janji sampai rumah pandan nanti, siap lah dia.

jadi sesampai nya aku ke Pandan semalam, aku buat exactly yang nenek pesan dan malam tadi sudah mula dapat tidur lena. semoga aku akan terus tidur lena tanpa gangguan lagi lepas ni in shaa Allah. 

apa cerita hantu soya?? ia ada kaitan dengan apa yang berlaku. kelaka tak masuk akal tapi emak macam trauma asik ulang cerita yang sama LOL

ok lah kawan kawan, naik kebas jari aku. 

Bai! 



Friday, November 8, 2013

# sakit telinga

bila adik pasang lagu Royal. sembang sembang pula dengan erul. adik sepupu si anak cu. sibuk menaip keratan 2 malam tadi. lagu Royal yang kau pasang adik jadi lagu lain. lagu cha cha radio lama. bahasa cina. aku tanya kau ada pasang lagu lain ke selain dari lagu Royal tu? kata adik tak ada. aku tanya erul kau pasang lagu apa tadi? erul kata tak ada lagu apa yang dia pasang.

telinga kiri jadi panas. pukul 3 pagi baru berjaya melelap mata. lepas aku lupa ayat kursi keberapa berhenti dan tidur lena. Alhamdulillah.

main main dengan aku ya?

tunggu aku di Pandan.


Thursday, November 7, 2013

# keratan 1

Khamis malam Jumaat

Malam malam yang indah ni merupakan malam yang best untuk kita berkongsi cerita. Cerita yang aku bakal ceritakan ni bukan lah rekaan semata mata, kau ulang sekali lagi ayat aku ni IA BUKAN REKAAN SEMATA MATA. Dalam erti kata lain nya, ia merupakan kisah benar berlaku di depan mata ku sendiri.

Cerita ini di bahagi kepada dua. Keratan satu dan keratan dua aku bahagikan. Bagi adil saksama.

Keratan 1;

Kami pulang ke kampong halaman di Hulu Bernam, daerah Hulu Selangor. Sini lah rumah aku. Sini lah tempat aku di besarkan, pulang ke rumah yang dah agak lama kami tak tengok. Dah lama tak menjenguk rumah dan plan kami anak beranak nak membaik pulih rumah kesayangan kami, Al-maklumlah..rumah yang dah lama tinggal ni usang nya nampak semacam sikit. Lain dari kebiasaan.

Sebaik sampai di rumah kami..kami mulakan dengan membuka pintu rumah kami ni, sapu..kemas kemas, mencuci pinggan yang ada, ketara la habuk nya tu,memang bahaya nak terus minum je masa mula mula sampai rumah dah lama tinggal ni…

Kami berkemas dalam masa 4 hari dan siap panggil tukang nak repair atap,siling..kebanyakan nya juga nak cantikkan bilik aku yang dekat atas rumah. Ya..rumah ni ada setingkat  setengah. Bilik aku tu mula arwah ayah buat masa umur aku 12 tahun, pintu di ganti baru. Tinggal appointment tukang cermin nak ganti cermin lama yang dah 15 tahun usia nya. Appointment dengan electrician untuk pasangkan aircond. Selebihnya, almari baju dah pun aku beli sekali. Cermin muka dan meja mekap. All ready.

Hari kedua nak mengemas cu kami datang ke rumah, sama sama nak mengemas sama. Anak cu ambil bahagian memotong rumput tepi rumah. Cu aku pulak ambil bahagian mencuci depan rumah, cu ni suka menebas rumput. Habis sekali dengan pokok pisang depan rumah di tebang nya. Masa tu kami ni tak perasan lagi cu dah habis menebang pokok pokok pisang depan rumah ni. Memang Nampak terang sangat lah…luas dah depan rumah tak de pokok panjat dinding rumah. Pokok besar pon dah kena tebas.

Pokok pokok depan rumah aku ni merupakan pokok yang “permanent” especially pokok popular depan rumah aku ni pokok pisang. Pokok pisang ni ada 3 beranak. Memang makan tahun lah dari zaman aku sekolah sampai tua dah beranak satu ni pokok tu takde silih ganti. Dia tetap serumpun. Kadang kadang bertiga naiknya, kadang kadang berlima. Tak pernah berhenti berbuah. Sekali berbuah dah nak masak esok nya kami tengok takde dah buahnya, siapa yang duk ambil buah ni? wallahualam…

Satu masa dulu..ayah pernah tebang pokok pisang ni sebab dia menutup pandangan depan rumah ni..takde lah dekat sangat pokok pokok ni Cuma kalau takde Nampak lagi terang lah rumah kami.. masa tu salah satu dari pokok pisang tu tengah berbuah, and for God sake memang selama pokok ni berbuah kami tak usik buah dia.

Nak jadi cerita masa tu ayah nak tebang pokok pisang ni, dia buang sekali buah pisang yang ada dekat pokok pisang tu. Maknanya kami tak ambil apa apa dari cik pisang ni..rumah Nampak terang lah. Esok nya pagi pagi ayah keluar rumah dan agak terkejut tengok pokok pisang yang dia tebang petang semalam tegak berdiri balik siap ada balik buah dan jantung nya sekali. Sejak haritu ayah pesan pada kami, jangan jalan jalan sangat depan rumah ni..pokok pisang tu jangan usik sangat, orang punya ni. Sejak dari haritu kami tak usik usik pokok pisang tu. Dah 28 tahun dah umur aku. Bila aku start ada memori dalam kepala aku ingat pokok pisang ni hidup masa aku umur 12 tahun jadi dah 16 tahun kau hidup cik pisang. Ia masih disitu kadang berbuah kadang tidak tapi dia tak pernah berubah tempat.

Hanya minggu lepas lah sekali dalam sejarah, pokok pisang tu di tebang buat kali ke 2. Aku pergi depan rasa speechless. Emak pun sama. Tak terkata apa. Sebab pokok pisang umur 16 tahun tak mati mati atau reborn tu dah kena tebang selamber dengan cu. Dalam hati ada sedikit berdebar lah. Tapi tengok pokok pisang tu dah taka da, senyum juga.

Esoknya kami tak perasan apa apa..sehari selepas pokok pisang tu ditebas.. semua ok saja. Hingga lah malam selepas pokok tu di tebang, kami bercadang ke rumah cu..saja melepak. Dari pagi duduk rumah cu sampai la ke malam hari. Dalam pukul 1230 kami sampai rumah dan kami perasan sesuatu.

Aku siap tak tutup lampu kereta nak kepastian. Aku ni sakit mata keapa?

Guess what.

Pokok pisang togel semalam tu siap dah bertunas balik ada daun. Niceeeee

Masuk rumah macam tak Nampak apa apa. Masuk rumah rasa macam nak bercerita tapi hati tak sampai. Kang mata tak sanggup nak membuta payah juga. Maka kami diamkan even kami tahu something is wrong there………….

Dalam perjalanan nak balik kl..terpetik ayat ayah……….kita jangan usik lagi pokok pisang depan rumah kita tu..itu orang punya……………….

J

Selamat tidur lena.

Keratan dua aku sambung esok ka lusa ka. Tengoklah.

Kbai!



  

Wednesday, November 6, 2013

# mood

sekarang ni aku tengah mencari mood yang sesuai nak menaip. sebabnye nama je duduk rumah tak kerja, tapi kalau nak tau duduk rumah ni aku lagi busy. busy menguruskan rumah dan anak adalah satu kerja yang wayyyyy tak cukup masa sampai nak hadap laptop pun aku takde masa. ni sebab aku balik tg malim kejap dan emak tolong mandikan sophie boleh la aku pinjam tab dia jap nak taip blog sikit.

i will write the rest soon. cerita macam berderet deret tapi kalau kick start tu takde jadi tak terkeluar isi cerita hihi :)

btw..minggu terakhir oktober dan november ni aku banyak menghabiskan masa dan wang menghadiri temuduga. minggu lepas ke petronas dan nampaknya interview went well.

cuma.....

keputusan bukan seminggu dua. siap manager bagitau awal awal proses makan masa up to two months! itu baru phase 1. structure interview akan menyusul dan masa tu la pun kalau nak nego berapa gaji kau mahu.

interview phase 1 tidak bertanya kan adakah aku selesa jika terima sekian sekian gaji..sebaliknya soalan berbunyi.. kalau gaji u dapat nanti lagi sikit dari gaji u sekarang are u willing to join us? alamak...macam dejavu like what my husbnd said was true...

apa pun hati terobat bila manager kata tapi takpa nanti masa structure interview you boleh nego brapa you mahu. terdetik pulak nak tanya "adakah saya dapat ke structure itu?" hahaha

tunggu dan lihat la sebulan dua ni. if they come back..Alhamdulillah :D

apapun minggu ni belom start pon tengok company lain. gile la pemalas. eh bukan malas tapi kena curi masa.

tunggu feedback dari sabrina juga. thank you.

oklah nt kita sambung lagi. selamat bekerja u ols.

kbai.. :)