Tuesday, December 31, 2013

# cheese

hello ladies!

selamat hari baru di tahun 2014. pagi ni korang makan apa? tadi aku makan macaroni cheese pukul 11.59. ya lagi satu menet masuk tengah hari. nak buat macam mana kan. dah memang bangun pun nak separuh hari lol. harini aku nak kenalkan korang jenama cheese kegemaran aku. yang di holland aku makan dua cheese ni. 

cheese ni ada je di jual di Malaysia tapi aku mula makan di Holland. sebab sana harga nya lebih murah kan. dah nama makanan rugi omputih haruslah ia lagi murah berbanding negara asia. kalau di Malaysia pula kegemaran aku ialah cheese slice berjenama Ballanthyne.


kenapa aku suka Ballentyne bukan Kraft atau cheddar ke apa jenama? sebab ia masuk ke tekak aku. rasa dia tak lari sangat macam cheese dalam burger McD tu. tak masin merepek dan lemak dia sesedap rasa je. 

korang tak caya apa aku cakap? pergi beli dan rasa sendiri. dia datang dalam bentuk 2 pakej iaitu pakej nipis sikit dan tebal sikit. nipis murah sikit dan tebal tebal la sikit harga nya kan. hahaha

itu saja entry untuk hari ini.

selamat bercuti ladies! selamat tahun baru! 

# mirror

harini semangat benor acik menaip kan..yelah harini aku all day ada di rumah side petang sambil menunggu orang table top datang nak ganti granite aku yang retak tu. 

haritu kawan kawan yang sama sama mendeco rumah sekarang ni ada bergossip kita pasal design langsir pilihan hati. ahaaa to tell you guys, I have found mine! 

tapi design nya bila dah siap nanti baru lah aku tampal sini sebab sekarang kain langsir belum turun dari kapal terbang lol.

bila kita nak up entry bilik dekorasi ye.. hm tunggu la lagi sehari dua lepas aku melawat ikea. tadi ada jumpa satu stand mirror yang sesuai untuk kita letak dalam bilik adik bujang. 

ini haaaaa


beautiful isn't it? ha di Ikea kita boleh dapatkan nya dengan harga RM 199. belakang mirror ni anda boleh sangkut kemeja di belakang. oh tak sabar nak ke Damansara hahaha..

till then!



Monday, December 30, 2013

# Owl at Cotton On

semalam ke Cotton On I dapat this two Owl for RM38. last July I went to this shop they are selling this at RM55. Worth of buying. Thank you to my sophie kerana mengamuk nak dua dua. terpaksa ammi tanya berapa harga owl tu sekarang and adik menjual tu kata "It's 19" umpama Jaw dropped and I buy two terus, hahaha




# Setia City Mall again

How are guys doing? ini dah hari terakhir tahun 2013. esok kita dah masuk ke tahun 2014 ye. mulakan tahun baru anda dengan senyoman okay! semalam we did went out to do some shopping for my little one, Sophie. aku sangat la suka pakaikan Sophie baju brand dari Bangladesh ni iaitu Cotton On Kids. Mungkin sebab harga nya juga berpatutan jadi memang kalau nak shopping baju hari hari Sophie, aku akan ke Cotton On saja. 

semalam sambil sambil mencari baju anak, aku come across cadar dan bantal yang tengah ada offer sana sini. mula mula nak ambil comforter set brand Italia tu sebab kain nya satin silk, sekali semua warna pun gelap gelap je. dah la katil aku pon warna kayu dah gelap,macam tak mantul lah pulak warna nya kan. so I end up buying brand cadar yang selalu menjadi pilihan emak dan angah iaitu Akemi. Aku jarang beli brand ni sebab selama ni aku lebih suka set 100% cotton macam Chester atau Aussino. Tapi kalini nak merasa tidur atas satin pula sebab masa wedding angah aku tengok cadar angah marvelous sangat color color satin ni. oh lupa pernah la aku beli satin dulu warna merah dan sekarang semua orang pakai hahahha. 

This time, my bedroom set will be use be myself only :P so boleh la excusive sikit hahaha. bukan nak kata brand yang jual 100% cotton ni tak exclusive..bukan begitu. I even had my wedding bedroom set masa kawin pakai Chester comforter set and I pay RM1080 for the comforter set. Sampai sekarang aku pakai lagi bila balik TM. Kualiti comforter cotton ni memang baik lah I tell you. Dah 3 tahun aku kawen and that set is still in a good shape. kalau aku jumpa gamba bedroom masa kawen dulu aku tempek sini nanti ya. 

Up till today aku masih membeli Chester for all my bedroom usage. cuma kalini lah tukar sekejap rasa macam mana hehe. Siapa siapa yang berminat nak cuba chester you ladies boleh cari dekat Viva Home, Cheras. sana dia ada butik dia sendiri and you can choose whichever that suits your taste in comforter design and color. Take a walk at Viva Home Cheras and see it yourself! Kalau ke Aussino, you all ladies harus lah ke Midvalley sebab senang sangat jumpa nya dekat Mid dari mall yang lain. 

Buat masa sekarang, set aku dan afzal dah ada yang baru..still looking for a set untuk set up bilik emak pula di atas. bilik emak pun belum start mengecat lagi, phew~ 

oklah ladies, selamat bekerja dan selamat menjengah ke tahun baru 2014! :D

Sunday, December 29, 2013

# Iheart Organizing

oh My...tadi baru take a tour of a few pages at Iheart Organizing.. my best buddy was right, memang lawa gila la design onwer Iheart Organizing ni. I am so in love! Thank you guys for sharing the idea of visiting this Iheart blog. memang inspiring. tengok rak dia beli untuk susun barang tu..yang wrap from Martha Stewart tu..terus rasa ah aku nak pi jalan Ikea la sat lol. ya lah, its been a months we haven't yet visited Ikea sebab super duper busy. bila plan nak pergi mesti ada je yang akan come up dulu. tapi this trip memang kena ke Ikea sebab kami nak membeli inlet barang barang yang nak di susun dalam kc. separator, bottle2 rempah ke apa ke, rak yang macam macam lagi la kena cari. guess i need to wait for my husband jugak la ni. anyhow itu je nak cakap haaa. please visit Iheart Organizing untuk idea idea menarik untuk kediaman anda. baru teringat kan, aku tengah browsing dressing room concept, mari google semula ke Iheart Organizing! 

# transfor

tak de apa nak share kalini. cuma nak update untuk diri sendiri yang aku dah berjaya menyiapkan satu bilik paling kecil di tingkat atas. siapkan interms of mengecat dari warna lama bilik tu hijau kuat padam kepada warna pilihan hati- Tulip. sekarang masih stage nak masukkan apa yang perlu seperti nak masukkan meja study dan kerusi study untuk adik. the rest as additional seperti bean bag yang afzal soooo beriya nak beli katanya dan meja solek simple sebab dia pun anak bujang kan, takde la nak kemaruk sangat nak cermin berdeco deco ke apa. 

apapun nantikan update bilik pertama hasil mengecat dan sedikit tambah tambah mana perlu sebelum full decoration berlangsung - right after my husband is home :)

till then, selamat bekerja ladies :D 

Happy Monday!  

Wednesday, December 25, 2013

# natal

Hello Ladies,

Ya I know it’s been ages..lol..dan aku buat buat tak bersalah terus hey ladies to all of you. Selamat menyambut hari natal kepada kawan kawan kita yang celebrate raya ni. Hari Rabu maksud nya semua yang kerja bercuti kan? Maka apakah aktiviti korang harini?

Aktiviti aku adalah mengemas saki baki baju yang terlepas pandang dari let go. Sebelum aku pindah ke Kajang, aku dah pun buat cleaning pada baju baju aku. Sebab nya aku dah tak pakai baju baju tu jadi ada baik nya pass kan aja pada mereka yang mahu. Sorry la untuk baju baju yang first trip tu aku dah sedia masuk plastic. Siap dengan plastic tudung dan baju baju berasingan. Jadi sebab ada berpuluhan helai jadi aku tak kuasa la snap gamba satu satu. Cuma kalini sebab tinggal beberapa je yang nak di let go, aku tetiba rasa rajin dan snap gamba satu dua sebelum let go semua yang di pakai ni.


Inilah dia baki yang tinggal untuk let go.

Kalini baju tshirt dan jeans tinggal satu dua je sebab trip first dah let go dalam 3 plastik guni hehehe. seterusnya...aku meng filter baju tradisional iaitu baju baju kurung dan kebaya pendek. maklumlah..dulu aku ni memang suka pakai kebaya pendek. sekarang dah rasa tak berapa nak sesuai dengan jiwa mak.. kena let go lah, malas nak penuhkan lemari buat padat takde fungsi buat ape khennn


kat bawah ni hanya sebagai kenangan je la sebelum let go baju baju kat atas tu..ini lah cara jika baju baju di atas ini bila di pakai. to all my clothing and tudung, thank you for your service. semoga kalian tidak akan di sia sia kan dengan tuan yang akan datang. oklah esok insha Allah kita akan berjumpa lagi (ala ala janji ahli politik :P)  okay bye!






the red alert

it's  a wave 12. ohhh dah nak penutup nampaknya hehe. apapun enjoy lagu ni kawan kawan. happy working as well. hehe