Sunday, January 6, 2013

Jan 07 2013

cepat je masa berjalan..dah 7 hb dah.aku baru sampai kL semalam.ayah tak sihat.ayah mertua..ayah aku lama dah tak ada.ayah collapse lepas kena kancing gigi. sekarang ayah masih koma. yayang kena stay sana teman ayah. jadi sebab aku kena masuk kerja..aku kena balik. in sha Allah sabtu ahad isnin depan aku teman yayang and ayah kat sana. sampai harini belum ada lagi progress yang positif. ayah agak kritikal.tapi tak salah untuk kita teruskan berdoa dan berharap semua akan pulih seperti sedia kala.

semalam naik bas dari Kuantan - kL. pemandu bas pulak tak reti nak dengar arahan. seingat aku sebelum naik bas semalam yayang dah siap tanya bas ni akan stop kat mana? budak tu cakap pekeliling-puduraya-kajang-seremban. dengan confident aku naiklah. tapi lepas stop dekat pekeliling dia terus je melepasi simpang loke yew,hang tuah nak masuk ke tol sungai besi. dah rasa konfius terus lah aku tanya pakcik driver tu. dengan selambe kena marah ye. katanya kau tanya kaunter, kalau kau tanya boleh anta saya depan rumah ke? confirm la dia cakap boleh. lepas tu dengan marah-marah dia patah balik ke puduraya. hati aku ni jangan cakap la angen nye macam mana kan. sempat lagi masa nak turun bas tu pakcik tu sound lagi, ada mulut buat-buat bisu tanak bertanya dulu sebelum naik bas. 

amboih pakcik...senang cite kalau rasa tak boleh nak anta penumpang ke puduraya lah lepas ni, tak payah bawak bas lah. bawak teksi. satu penumpang mesti pergi satu destinasi je.confirm! aku cek tiket bas yang aku beli semalam tu. tak ada pulak no.phone kaunter kat kuantan. yang ada no. phone kaunter tiket untuk kL dan Ipoh sahaja. tak dapat la nak call bahasakan sikit orang kaunter sekali. melepas lah korang kalini. tapi next time kalau aku kena naik bas lagi memang aku akan ke kaunter sana nasihat sikit. walaupun anda bekerja di kaunter tiket bas. anda mesti mempunyai sistem komunikasi berkesan dengan staff lain terutamanya dengan pemandu bas. bukan aku nak cakap mereka tidak pandai,cuma kadang-kadang mereka perlu lebih guidance supaya lebih berhemah dengan penumpang.

jadi..aku akan meneruskan hari di sini dan bekerja seperti biasa. sambil-sambil tu tanya lah update ayah macam mana. yayang macam mana. selamat bekerja everyone. sama-sama doakan yang terbaik untuk ayah mertua aku ye. amin...