Monday, January 7, 2013

soalan

pertama sekali..aku minta agar soalan aku ini tidak di salah erti atau di tertawakan. sebab aku sangat curious sekarang ni. berdebar pulak nak tanya. emmm. oklah macam ni soalan aku. korang ada hadapi masalah jari menggemok? oh my God I have spell out the word!! 

 -____- ye..jari menggemok...

jari akan menggemok bila kita pun sama menggemok kan? betul tak apa aku cakap ni? rasa nak campak je cincin aku sekarang ni dalam kolam :( mendadak sangat kah berat badan ni sampai cincin pun aku tak muat! huaaaaaaaaaaaaa! kalau nak pujuk hati senang je. alah ini cincin mak kau buat masa zaman anak dara memang la tak muat dah. cincin halus tapayah la pakai lagi kan. 

tidak.

inilah tanda nya aku kena ambil tahu dah ni oh tolong lah takut sikit - kenapa lah aku ni tak ada perasaan lagi pasal isu gemok ni - yakin sangat tak mengepam ke apa? - konpius dengan diri sendiri.

ini aku dah menari zumba selama 15 minit dan drive selama 1 jam 30 minit ke opis melalui jalan raya jem super ridiculous nampak nya macam dah longgar sikit cincin ni. 

atau adakah?

jari kita KEMBANG masa pagi-pagi kita bangun tidur tu? sebab pagi tadi pukul 640 pagi aku try pakai cincin ni tak muat. sumpah tak muat. dapat masuk separuh jalan je ke jari ni. afzal lah si mata saksi. sekarang dah muat pulak.

ini realiti atau psikologi? 

ke apa ni?

oh sungguh aku tak faham apa jadi hari ni.

mungkin aku terlalu banyak berfikir

kot.

jom lah makan cokelat ke apa.

selamat hari selasa geng!