Sunday, January 13, 2013

# baru ambil

kad matrik sudah ada.tapi doctor takde pulak tadi.beliau ke Sarawak ikut student pergi fieldtrip. esok dan the rest of this week dia ada. nampak nya aku akan ke um sekali lagi minggu ini. aku lah tuuu....student tua. hahaha



 

#Beautiful monday 14th January 2013

eh..jangan takut dengan template baru tu.ya anda masih berada di blog yang sama hahaha. tetiba nak rasa gedik kan nak letak gambar kawin pulak kat blog :D actually gambar yang ada ni tiada di mana-mana median sosial yang aku pernah letak. sebabnya tak sempat lepas tu dah lupa lah.since dah ada blog why not aku syok sendiri di blog sendiri. takde la satu dunia nak tengok sebab bukan semua orang pun tahu aku ada blog. kiranya memang takkan seramai kawan-kawan kat facebook lah akan nampak ni hehe

banyak perkara berlaku minggu lepas sampai aku tak sempat & tak ingat nak ingat semua. start dari minggu ayah mertuaku sakit dan sekarang dah beransur pulih Alhamdulillah... :) sekarang ayah mungkin kena stay lagi beberapa hari untuk betul-betul recover dari kuman super jahat bernama Durian Malai. have you heard of that "kuman" before? adakah ia Kuman? Bakteria ke? Virus ke? aku tak bertanya kepada doctor sebab aku tak jumpa doctor jadi hanya dapat infomasi dari adik-beradik sahaja. bila aku tanya depa nama scientific nye apa depa tak tau pulak nak pronounce cemana so tak apelah.janji kita tahu la nama melayu nye Durian Malai. pelik kan? tapi biarlah..janji Durian Malai ini tidak menyerang lagi. amin

kemudian datang pula masalah aku dengan tidak sengaja terlanggar kereta gadis cina di roundabout Pudu. hangen satu badan di buatnya bila aku sangat yakin jalan bulatan ni memang tak ada kereta. by the time aku kedepan nak masuk simpang rupanya orang ni tak berjalan pun. sia-sia je aku melanggar kereta orang dan kena membayar 300. benci betul. padahal tak de lah crash mana kereta dia. kereta aku yang agak sedih memandang dengan masih tertangguh cuci, kesian... Jumaat lepas yayang kena lah balik dan tolong hantarkan kereta. Alhamdulillah kereta pun dah ok. tinggal sekarang to do list hantar pergi service dan cuci kereta. oh mira kau tolong lah cuci kereta tu sebab dah sangat comot kesian dia :(

pagi ni aku drive dengan super hati-hati lah dan memang aku nekad dalam hati.kalau ada orang stop dekat roundabout masa kereta tak ada memang aku hon dari belakang. nak kena perhati sampai 3 minit ke baru kau nak bergerak dari simpang? memang tak ada kereta ok memang tak ada. aih manusia macam-macam ragam ada.

Jumaat lepas juga bank dah call minta bank statement aku selaku join name dan s&p rumah. minta-minta lepas lah loan rumah kami tu. tak sabar nak berumah selesa sikit. bukan lah duduk di rumah sekarang tak selesa,tapi rumah atas tanah memang kau tak payah fikir lif rosak (macam harini). tak payah fikir mana nak parking dan sebagainya. bilik pun seluas-luasnya ada.rumah tu ada 6 bilik tau. suka nyaaaa kalau dah dapat rumah yang kita nak kan? wish me all the best for that. amin...

persiapan untuk Alang belum lagi aku dapat update sebab kami ada masalah teknikal.Mesin jahit yang kami nak guna nak jahit langsir macam berdegil pulak. sudah nya kena hantar la service dulu. Rumah Pandan hanya ada 1 je mesin jahit tapi kat rumah Hulu Bernam ada 3 mesin jahit. Jadi plan aku selepas ini ialah menghantar mesin jahit sakit di Pandan ni untuk service dan mungkin nak bawak mesin jahit turbo ke sini. boleh juga aku buat bisnes nak jual baju kurung moden and kurung siap kemudian-kemudian hari. tapi nak guna kena lah belajar kan? bila kau nak belajar ni? plan kemain gah sekali tapi jangan propa je. kena baling dengan telur nanti (tanda protes).

aku belum tulis lagi azam tahun ni kan? sebab aku takut tak tercapai hahaha.tapi satu hari nanti dalam salah satu entri aku mesti tulis. so kena start lah tulis sikit-sikit nanti heeeee

selamat hari Isnin! sekarang baru pukul 10.20 pagi?? apesal rasa macam selow sangat??