Thursday, January 17, 2013

# in the land of blood and honey

 
aku percaya ramai antara kita dah lama tengok cerita ni.filem ini di terbitkan pada tahun 2011. ia adalah cerita arahan Angelina Jolie. bagi aku Angelina Jolie adalah actress yang berani untuk menerbitkan filem ini.

semalam aku ada bagi tau kan nak cerita satu perkara? ha ini lah dia. sebab harini hari Jumaat dan ada rehat lama sikit jadi masa ini aku gunakan untuk menaip tentang cerita ini.aku tersangkut dengan filem ini di channel HBO 3 hari lepas. dan kesan nya makan masa 2 hari nak hilang. mungkin aku yang terbawa-bawa dengan cerita ini.bagaimana perasaan kecamuk itu hilang? dengan cara aku meluahkan rasa sedih hati aku terhadap filem ini pada kak rini dan emak hahaha. lega hati perasaan emosi segala.

filem In the land of blood and honey ini menceritakan kehidupan rakyat Bosnia Herzegovina yang di tawan tentera Serbia. menceritakan kehidupan seorang rakyat Bosnia bernama Ajla (Zana Marjanovic) yang dulu nya mempunyai kehidupan yang baik dan bahagia bersama adik nya Lejla (Vanessa Glodjo). Lejla ini ada anak. 3 orang. 3 3 lelaki. 2 dah besar. 1 baby. still baby.perang antara Serb dan orang Bosnia bermula bila tercerus nya serangan bom di sebuah kelab yang Ajla pergi. masa tu la bermula nya Perang Bosnia.

Ajla dulu nya ada bf. Bf dia orang Serb. Nama bf dia Danijel (Goran Kostic). sebelum jadi nya perang ni..tiada sebarang masalah antara orang Islam dan bukan Islam. masih boleh berniaga dan tinggal dalam bangunan yang sama. tapi lepas terjadi nya perang bosnia..semua nya berubah. hampir 80-90% rakyat bosnia di tawan. lebih kurang 50,000 wanita di jadikan tawanan seks dan rakyat lelaki nya di bunuh. Danijel ini anak kepada General Nebojsa (Rade Serbedzija). Dalam erti kata lain nya, Danijel juga adalah tentera Serb yang menyerang orang Bosnia. Danijel ini mengepalai serangan dan bertanggungjawab dalam penyebaran empayar jajahan Serb. 

Bila Ajla di tawan. Dia dapat bertemu dengan Danijel. dan di sebabkan dulu mereka pernah bercinta, Danijel dengan segera melarang orang bawahan dia untuk tidak menyentuh Ajla. secara automatik, Ajla di jadikan perempuan simpanan kepada Danijel. Ajla di layan dengan baik oleh Danijel. Danijel juga dalam dilema sebenanrnya. dia sendiri tidak pasti dengan tindakan dia menyerang saudara satu negara dan menembak orang Islam yang tidak berdosa. Tapi dengan psychology ayah dia yang memang zalim. Dia tewas dengan logik kemanusiaan. 

hati aku berkecamuk bila aku dapat rasakan macam mana perasaan adik Ajla (Lejla)yang kehilangan anak dia yang masih baby tu. tentera Serb campak anak dia dari tingkat atas bangunan. Boleh kau bayangkan tak betapa hancurnya perasaan seorang ibu? Lejla masa tu pergi menyelinap masuk ke kedai ubat untuk mengambil bekalan ubat untuk keluarga dia. bila dia balik semua orang berkumpul di rumah dia. dia dapati pengasuh anak dia tengah menangis tak keluar suara. dia hanya dapat cakap "aku dah cuba pujuk mereka tapi mereka tak mahu dengar, aku dah merayu" dan dia terus menangis. Nejla berlari ke beranda rumah dia dan tengok ke bawah. dia nampak anak dia dah terbaring kat bawah. anak dia yang baby tu. Ya Allah.. menitik-nitik air mata aku masa tengok cerita ni. Nejla berlari turun tangga bawa selimut dan sampai di bawah dia peluk anak dia yang dah terkulai dan dia meraung sekuat hati. 

masa ni aku berdoa supaya semoga tuhan terbalik kan tanah orang serbia dimana tempat dorang duduk sekarang ni supaya semua nya tinggal debu.

Nejla seterusnya menjadi salah seorang anggota serangan hendap Bosnia yang membunuh tentera Serb. dendam dia sampai mati, kalau aku pun sama.
 
selepas berlakunya pembersihan etnik di mana tentera serbia membunuh orang lelaki bosnia untuk memusnahkan bangsa dan agama, Ajla membuat tindakan berani dengan memberitahu kepada Nejla dan kumpulan serangan hendap Bosnia supaya mengebom gereja tempat Danijel berkumpul selepas menyerang orang Bosnia .masa ni Ajla masih di kurung oleh Danijel dan di beri kerja sebagai pelukis.  malam sebelum Danijel keluar menyerang orang Bosnia di barisan hadapan, Danijel ajak Ajla keluar ke muzium lukisan dan dia memberitahu bahawa gereja tidak akan di bom kerana ia akan menjadi isu antarabangsa. ketika ini US dan negara United Nation yang lain tidak mahu campur tangan terhadap serangan ini.

Disini la berakhirnya hayat Ajla bila Danijel terselamat dari serangan bom di gereja tempat dia berlindung. Danijel ternampak adik Ajla (Nejla) di luar gereja sebaik gereja di letupkan. Danijel segera pulang ke markas dan bertindak menembak Ajla di kepala. sesungguhnya Ajla masih sayangkan rakyat dan tanah air nya. pergi mati lah Danijel walaupun kau layan Ajla dengan baik tapi hakikatnya kau tetap pembunuh dan di kecam oleh dunia. bapak kau lah yang no. 1 di kecam dunia.

bila Ajla mati...Danijel menyerah diri di sempadan kawasan kawalan tentera United Nation. dia berlutut dan berkata " nama saya Danijel Nebojsa dan saya ialah penjenayah perang" dia ulang ayat yang sama sebanyak 3 kali dan di tahan akhirnya. mungkin sekarang danijel tu dah melarat kan? tuhan laknat.

filem ni bagi aku terlalu berat sebab ia melibatkan isu kemanusiaan. aku jadi sedih sangat-sangat. terfikir melalut lalut. sampai rasa kusut. aku tak tahan dan bercerita pada kak rini dan emak. memang hebat filem arahan Angelina Jolie ni. thumbs up to her courage yang berani menerbitkan filem ini. siapa nak tengok? sila check channel HBO. mesti ada ulangan. 

ini sedikit info dari wikipedia tentang perang bosnia. kepada sesiapa yang rajin nak baca.tapi kalau engkorang ada migrain tak payah la tengok cerita ni. nanti tak boleh tido engkorang salahkan aku pulak,.hahahaha.


  




# Friday the 18th Jan 2013

Aku..ada soalan nak tanya korang..

Have you guys ever experienced this before?


Dimana..


Satu pagi engkorang bangun tidur dan realize dah lewat. Sepatutnya kau bangun pukul 6.30 pagi tapi kau terbangun pukul 6.59pagi dan lepas tu kau bergegas ke tandas untuk mandi dan ambil wudhu’. Kau siap-siap solat dan pakai baju nak bersiap ke office. Ambil gambar satu dua mana yang paling comel nak letak dekat instagram (hahaha). Keluar bilik kau sempat nampak emak kau tengah buka buku ensiklopedia buku masakan dia. Dia sempat tuangkan kau air Nescafe susu.


Kau minum sikit dan 3 4 kali sip dan lepas tu kau cakap kat dia kau dah nak pergi kerja. Kau cium pipi dia 3 kali dan sesampai depan pintu tu emak kau Tanya “semua dah ada ya?, tag kerja,handphone,wallet?” kau pun menjawab “dah ada mak, ok bye!”


Kau memandu ke office sambil dengar lagu “I need a doctor” buka di youtube dalam handphone. Oleh kerana dah lambat sampai di office dalam 8.15 pagi kau terasa mungkin tak sempat nak makan di mamak. Oklah kau pun berjalan ke 7e. beli roti kastard ala jepun kegemaran dan sandwich. Beli juga air tin kopi O ais. Kebetulan jumpa rakan office dan kami bercerita sebentar tentang mahalnya sandwich di 7e ni. “lebih baik aku meniaga sandwich pastu letak kat 7e “ kata Zul. Sambil pilih air kau tinggalkan rakan kau kat rak sandwich dan dia pulang dulu.


Setelah sampai office kau makan sandwich dulu dan kau tak makan lah lagi roti kastard tu. Air Kopi O ais tin tu dah lama habis. Tiba-tiba kau teringat PDF file PC kau ni belum update lagi dan kau minta IT datang periksa. Lama juga dia buat PC kau ni. Sampai dah nak abis masa kerja dah. Sekarang masa rehat. 


Sedang Man IT tu periksa dan update PC kau…tiba-tiba kau menggelabah. Hati kau berdebar – debar macam nak berlari masuk surau.


Apa yang kau risaukan?


Kau risau satu perkara.


Kau tertanya-tanya.


Aku dah solat Subuh ke tadi? 


Sampai kau call emak di rumah untuk tanya. “mak, along dah solat Subuh ke pagi tadi? I mean harini?  


Mak jawab “kau ni pelupa nya Long..kau dah solat lah tadi. Apa yang kau risau sangat ni sampai begini pelupa?


Aku tiada jawapan.


Selamat hari Jumaat kawan-kawan.


Mungkin aku perlu pergi berjalan mana-mana weekend ni.