Tuesday, January 22, 2013

# channel


siapa tengok cerita setia hujung nyawa? aku tengok tapi bukanlah penonton tegar. macam kapal selam. sekejap tengok sekejap tidak.sebab nya bos dah ada dekat rumah so kena la tengok channel dia pukul 7-8 malam tu. pukul 6-7 petang hari-hari wan conquer tv. dia dengan drama taiwan kegemaran dia dari tahun lepas lagi tak habis-habis lagi cerita nya. pelik aku, dari zaman suami belum kerja kurdistan lagi dah ada drama ni tapi tak habis-habis sampai 2013 ni. mengalahkan cerita sinetron dah. kalau ada emak-emak korang yang tengok cerita ni memang satu geng la dengan mak aku. tajuk nya family harmony. tapi cerita ni tak pernah harmoni. asal aku sampai je rumah tengok separuh jalan cerita pun aku paham dah..harini memang cerita pasal watak dia sorang je.esok yang lain pulak.lusa pulak..eh ada watak baru?? bila nak abis cerita ni? oh my godness aku baru buka website 8 tv dan dia bagitau COMING SOON ada pula FAMILY HARMONY PT 2??? pengsan!!


kalau yayang pulak dia suka conquer channel time aku balik kerja. serupa takde kerja kan buat camtu (cari pasal) masa nak tengok drama setia hujung nyawa tu lah dia nak tukar channel dia nak tengok. kalau dulu aku memang tak layan la cerita drama pukul 7 ke apa ke sebab aku lagi suka tengok channel masak-masak afc. pukul 7-8 tu cerita French food at home with Laura Calder. tapi dah masuk 2013 ni program dia dah tak ada. so kena la tengok cerita lain.





sekarang ni kalau yayang ada dia mesti tak tukar channel. dia mesti nak tengok the pickers, pawn stars & Kings of restorations. aku suka jugak cerita ni tapi kalau aku nak tengok drama aku tu kasi kasi la chance kan... (rolling eyes) 







sambil-sambil tengok tu mesti lah terdengar sound track drama setia hujung nyawa tu kan. terus rasa suka hihi. cari-cari rupanya ia lagu Najwa Latiff ye? tajuk nya AdaMu.ni aku ambil lirik dia dari blog arnamee.dekat blog dia ada sekali youtube korang boleh dengar lagu ni.



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan




 

# I warned you



To the one that holds her heart,

This is going to sound so very cliche, but if you break her heart, I will run you over with my car. Now I’m pretty sure you have no idea who I am, but trust me I know all about you. You see, I have many friends, in many places. And I just wanted to make sure that the one who is marrying the girl that I love with all my heart is in good hands. Since you have not received any threats yet, I guess you’re an alright guy.

But here’s a couple tips for you, always text her back, she gets really frustrated if you don’t. Don’t ever hang up on her without saying good-bye first, I’ve done that countless times and she gets really pissed off. She has certain days where she has to watch her shows like Pretty Little Liars and One Tree hill, make sure you don’t plan anything on those days. Surprise her, she likes them. She’s only ticklish in some spots and sometime she isn’t ticklish at all. She’s a fighter haha. And if she’s quoting Taylor Swift, either you’re in really big trouble or you’re making her happy.

And when you hug her, remember that you are hugging the most beautiful girl in the world and that you should always hug her back tighter. If she argues with about some ridiculous stuff, just don’t argue back. But give in to her sometimes cause she can be a real bitch when she wants to be. Don’t hurt her, that will be the worst thing that you will ever do.

You have no idea how lucky you are to call her yours. So cherish it. You have the honor of holding her hand. You have the privilege to kiss her when you want. You have the ability to make her happy. She isn’t just another girl, she’s that girl that can make you the happiest person ever if you give her the chance. She’s worth everything. Everything. Take care of her. I learned a lesson..In the end, I only regret the chances that I didn't take, the relationship that I was too afraid to have and the decision that I have waited for too long to make...




Sincerely,

The one who lost her
.

..hatiku KEBAS.. 

# January 22

bila tengok blog-blog mereka yang suka jadikan hobi sebagai sumber kewangan..envy rasa. serius. envy. tapi aku. kat sini lah juga.tak kemana lagi. plan 2013 ni ada banyak dalam kepala, belum sempat di tulis menjadi wish list tapi aku tahu ia banyak. takkan satu pun aku tak mampu nak laksanakan dalam tahun ni? tak mahu la memalukan diri sendiri :( 

ada hobi yang aku plan nak langsaikan tahun ini. dan harapan nya dapat lah tertunai tidak kira apa. punya masa atau tidak. aku nak ia di langsaikan.aku suka belajar make up. dan aku suka tengok hasil kerja tangan-tangan mereka yang gifted ni. contohnya blog fyna here yang aku selalu juga singgah. dia berseni orang nya. kalau tangan dia di atas alis mata orang yang di make up tu dah kira menjadi lah tu. tak payah risau :) dengan itu aku berharap aku dapat ke kelas make up seperti yang di plan. dah lama minta kebenaran suami dan dia pun willing nak kasi duit nak pergi kelas tapi masanya entah bila. aku tak suka berbincang tentang masa, aduhhh :(

ada juga ada tugasan dengan emak yang sampai sekarang aku belum punya masa nak mula. aku nak belajar menjahit! mesin jahit ada. tapi kalau tak guna lama-lama akan berkarat juga kan? so...kalau aku tanyakan soalan ini pada mak mesti dia akan jawab. mak tak nak tau bila. mak cuma nak tengok hasilnya macam mana. ok mak, give me sometime (and yeah again, you keep saying give me sometimes). but I'll make happen. yang ini kena tunggu modal sikit sebab aku plan nak buat baju siap ni. beli sekali banyak sikit kain-kain ela tu lepas tu jual. hehehe

masak..ini aku dah start. infact dulu masa pregnant tak ada la most of the time aku boleh ada di kitchen kan,tapi sekarang masa lebih flexi. cuma kena ada assist untuk sesiapa jaga sophie lah. sebab sophie dah laju bejalan sekarang ni. bab masak makanan hari-hari boleh la kita sharing-sharing di sini nanti 

cuma yang belum tercapai lagi....aku nak belajar masak kek dan pastri. tunggu stand mixer baru ada semangat nak cuba semua :D suami tak kasi beli dulu sebab dia cakap kitchen sekarang tak muat nak masuk apa-apa barang dah -____- oklah kalau kita dapat rumah sekamat tu aku nak beli semua barang yang aku dah plan nak ada dalam rumah tu ye. sayang kamu harus sedia! rumah tu dapur nya sungguh la besar. hai bermimpi mimpi aku nak kemas barang dalam rumah tu. minggu depan encik nazryzam maybank tu nak bagitau apa keputusannya. harap-harap semua ok! amin....

harini sibuk keluar masuk office je sebab nak hantar dokumen ke Talisman lah, Petronas lah, lepas tu makan awal. bila lunch aku tido dalam surau. dah masuk pukul 3 aku mula lah lapar. sibuk lah ke 7e membeli roti. ambil susu, roti sardin dan twiggies coklat. makan twiggies coklat tak kena tekak pula harini dah sibuk rasa nak muntah pula (sendiri tak faham)

aih ni nak tunggu pukul 530 pun rasa slow gila. apakah la minggu ni kan. langsung tak ada semangat kerja. sibuk countdown nak cuti hihi..lepas tu mula lah nak salah kan itu ini sebab kehendak hati yang aku nak tau tu masih tak tau lagi... tu pasal la tuuuuu hahahha

k kawan-kawan

bai.