Tuesday, January 29, 2013

# kira

lama rasanya tak tulis apa-apa. nak cakap banyak perkara berlaku these few days pun tak juga jadi automatik terbantut nak cerita apa. cuma nya ada lah satu dua nak aku kongsikan. dari semalam sofiya demam. harini demam lagi. sekejap temperature ok siap berpeluh-peluh dia. sekejap badan panas sangat-sangat pula. pagi tadi dia bangun pukul 4 pagi dah tanak tido sebab panas badan agak nya. nasib baik wan dia ada. memang dapat layanan first class la nak merungut sakit kepala ke sakit badan ke kan. it is always a good thing to have your mum around :) tapi sadly...sofiya tak dapat lagi nak main pelampung baru ayah beli. pelampung lama dia yang hanya bertahan about 2 weeks dah selamat kempis sebab dia gigit. bahagian yang di gigit tak dapat di kesan maka ayah beli baru, kali ni jangan gigit lagi sudah la ye sayang.

sofiya sekarang dah 1 tahun dan 4 bulan. exact counting nya aku tak ingat lah tapi yes she's that age now. one thing I am proud to talk about my daughter is..she began to remember and digest and start to count from 1 to 10 without fail. rasa macam wah pandai nya anak ummi! ya I know, ada sesetengah budak dah boleh counting numbers lagi hebat dari tu pada usia satu tahun pun tapi bagi aku sofiya sudah ada learning progress yang impressive :) dia start sebut dengan penuh 2 hari lepas.. 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. senyum di buatnya. 

bila tanya "sophie where's your hand?" dia akan angkat tangan sambil jawab yayyyy (angkat dua2 tangan), ok now where's your hair? dia angkat rambut dengan dua-dua tangan as well. yea at least.. she began to understand apa kita cakap kan? and pronounce ummi to uwwi pun dah tukar. she can pronounce it much better.. it's ummmi. M dia dalam sikit so jadi "ummmi"

anak....anak.....

engkau lah permata hati.

engkau lah kegembiraan kami.

ummi sayang dia :)