Tuesday, February 5, 2013

# stoneheart



Ini bukan kerana sakit hati sambil menaip. Ini kerana jalan cerita nya susah nak cerita sampai hati jadi batu. Suatu pagi kau ke pejabat seperti biasa, tak ada apa yang mencurigakan. Semalam ada teringat ada bertanya pada team leader tentang appraisal tahunan. Saja Tanya..sebab nya department lain semua dah buat dan dah hantar pun appraisal masing-masing. Tiba esok nya kau bukak outlook di office dan Nampak satu email bertajuk face to face career meeting. Di penghantar email ini tidak lain dan tidak bukan team leader yang kau Tanya semalam lah pasal appraisal tu. Tapi isi email tu agak lain dari biasa. Dia diberi mandate dari management untuk menyampaikan nya kepada aku. Dalam hati dah terdetik ini mesti ada sesuatu yang tidak kena. Aku malas nak fikir panjang dan aku anggap ya ini lah nama nya perbincangan masa depan career di sini. Tanya kepada team leader bila nak buat bincang nya? Dia membalas mungkin tidak hari ini sebab kerja tiba-tiba banyak. Maka perjumpaan itu tertangguh. Seharian kerja seperti biasa dan satu hari berlalu. 

Esok nya sampai hari di nanti. Tapi jumpa nya lepas makan tengah hari. Baik aku ikutkan saja.
Maka dengan lega lepas makan nasi di kopitiam, aku terus jumpa dengan team leader di tingkat 3. Masuk bilik kaca. Tutup pintu. Cari kerusi yang sesuai dan mulakan cerita.

Team leader A: harini ko ok? aku harap semua ok ye?

Team leader B: ha kalau kau sejuk boleh tutup aircond atau tambah sikit suhu bilik ni sebab aku panas ni. Saja nak sibuk sama nak kasi mandate.

Tudung purple :   ok je Cuma aku selsema harini. Iya lah tingkat bawah tu sibuk renovate sana sini memang nak demam lah duduk dalam habuk.

Team leader A : ok..seperti yang kau dah sedia paham, aku panggil ni bukan lah so called appraisal. Tapi ini namanya mandate dari management kepada kau. Aku hanya the messenger jadi please…do not shoot the messenger. I just convey. Hehehe. Ok well, kita sambung lah. Aku telah di beri mandate daripada boss sebab boss terima complaint pasal kau.. dari management. Again I remind you, aku hanya lah messenger.

Tudung purple : boleh aku tahu apa yang tak kena?

Team leader A & B : ceritanya panjang. Ada yang aku rasa tak masuk akal dan ada yang aku rasa macam baiklah .. sebab ini lah namanya kerja. Selagi kita bekerja.. dugaan merata. Aku pun pernah berada di bawah sekali dalam hidup. Tapi percayalah. orang yang merasa berada di bawah adalah orang yang bertuah dan akan naik somewhat said Berjaya. Hanya masa yang akan tentukan.

Tudung purple : diam dan pandang meja kaca.

Team leader A & B : kau nak menangis ke? Nangis la dulu. Kalau kau nak marah kami pun xpa sebab kami rela jadi your punching bag sekarang. Kami pun boleh jadi cheerleader kalau kau nak.

Tudung purple : aku tak mau apa-apa. Aku cuma nak betulkan apa yang tak kena. Boleh bagitau aku apa yang tak kena?

Team leader A & B : kau di beri masa 3 bulan untuk tunjukkan adakah kau betul-betul layak untuk position ini. Senang cerita soon kau akan nampak numbor dalam payslip kau akan berubah. Apa yang kau pernah share kan ngan aku dulu in sha Allah itulah nombor yang akan ada dalam payslip tu. Tapi semua yang datang tidak akan datang dengan percuma. Semua yang datang mesti datang dengan usaha sebagai pulangan.

Tudung purple : Tapi kenapa 3 bulan? Task apa aku kena buat?

Team leader A & B: task ni akan membuktikan value kau di sini. Kenapa management nak berpandangan macam tu pada kau , aku rasa itu semua hanya persepsi. Anyhow, kita tak boleh nak paksa orang suka kita. Kau cuma perlu ikut aku. Tu saja. Kau tahu kan esok kita ada training ffA GeoTeric?

Tudung purple : Tau. Aku ingat lagi software tu.

Team leader A & B : sekarang ni..aku nak kau jadi champion expert untuk software tu. Esok trainer tu datang, kau tanya dia sebanyak mana kau nak. Lepas tu nanti company kita akan beli software tu. Kau kena pakai dan kalau kena tunjuk balik kat kitorang macam mana nak pakai software tu.

Tudung purple : I’ll try my best. In sha Allah

Team leader A & B : dan lagi satu.. kau kena buat geomodel lepas ni. Kau kena jumpa principal geomodeller yang ada ni untuk menuntut ilmu dengan dia. Ingat, kau buat semua ni untuk diri kau sendiri, bukan untuk company. Bukan untuk kami jugak. And in sha Allah, you shall leave with dignity. Kalau kau stay dan ajar budak-budak baru masuk lagi bagus. Remember, you are the champion expert of GeoTeric soon.

Tudung purple : tak cakap apa-apa…………….3 minit. So..it’s 3 months right? 90 days. Tolak cuti sabtu ahad, 84 hari.

Team leader A & B : angguk kepala

Keluar bilik kaca dan mulakan pangkah calendar. Sekarang sibuk nak mintak data tapi belum dapat jawapan. Damn.. aku ada 83 hari lagi nak siapkan task ni.

Tak ada air mata. Tapi hati jadi batu sebab benda yang tak perlu. Kalau besar sangat gaji kau nak kasi aku dan kau rasa aku tak layak. Then buat apa nak kasi aku kan? Atau kau sengaja nak cari pasal nak suruh aku berambus dari sini. Siapa yang kerja untuk siapa ni? Aku selama ni bekerja dengan direct bos dan team leader je. Kenapa ada orang lain yang sama naik nak judge apa ada nya aku.

Malas dah nak sedih. Lebih baik aku focus dengan geomodelling ni. Dah siap siaga semua nya aku ada sudah plan sendiri. Paling tidak pun aku bersyukur, aku belajar dalam hidup ni ada terlalu ramai manusia untuk aku fahami rentak nya. jadi untuk menambat hati semua adalah super mustahil. Maka jadi lah diri sendiri dan hargai lah diri sendiri. Maju kan diri sendiri dan sekarang ni la masa untuk kau mula kata. I know what I know and I will teach what I know.




# ffA GeoTeric

tadi ada introduction and training pasal satu software ni

namanya GeoTeric

bagus software ni

nak nya pulak aku kena jadi focal person untuk software ni once ia di beli 

tak sabar nak pakai

nak explore

sebab software ni belum masuk pasaran Malaysia lagi

ia bagus untuk support seismic interpretation 

90 hari 90 hari 90 hari

let's start counting! 

# angan

biar badan kecil tapi angan besar

tapi jangan harap angan besar saja usaha tak nampak kan

angan-angan nak jadi lecturer

nak mengajar

sebab dah lama sangat kena ajar

sampai rasa ini giliran aku pula nak ajar *boleh macamtu?*

usaha usaha usaha

in sha Allah, Allah tunjuk jalan untuk kita

aku punya luahan hati

tapi nanti lah

sebab belum sedia nak tulis panjang-panjang

nanti datang awan nano pulak dalam office

datang pula bos lepas tu dia tanya 

"mira, awak pakai minyak angin kat dahi ke? napa mata berair?" 

itu tanda bos nak tanya tapi dia tak tau apa soalan sesuai untuk dia tanya 

nak tanya 

"mira,awak nangis ke?" 

mungkin dia rasa tak sesuai, dah macam kawan karib pula bertanya

hahahaha

dari aku sedih terus rasa nak gelak sampai keras otot perut

esoklah kita cerita

kena kumpul semangat bagi hati bekobar nak datang pijak lantai office

bye bye