Wednesday, February 6, 2013

# duga




Harini dah 7hb. Hari gembira buat sahabat aku bernama Nurul Fairuz Diana. Fairuz dah Selamat melahirkan anak lelaki nya pukul 2.15 pagi tadi. Baru tengah hari smalam kami whats app dan dia cerita kalau boleh nak pujuk anak nya bersalin esok atau awal minggu depan. Tahu-tahu beranak dah dia. Hehe. Gambar tak dapat lagi ni nak tengok tapi in sha Allah aku akan melawat la baby boy acik fairuz kita.

Semalam kami suami isteri di kejutkan dengan berita dari Maybank yang kami tak dapat pinjaman rumah tu. Sebab nya? maybank tak confident nak kasi kami loan..sebab status suami yang bekerja di oversea dan HQ office nya tiada di Malaysia. Jadi mereka tak yakin la nak bagi loan. Satu kekesalan juga sebab hanya rely on satu bank sahaja untuk  apply housing loan. Harini baru la nak litang pukang nak apply loan rumah dekat bank yang lain. Harini lah jugak suami nak ke pajabat tanah hulu Langat nak check CF rumah. Rasa macam terkilan sangat ni kalau melepas rumah tu L nak nye pula tuan rumah tu baik. Dia siap tunggu loan kami lepas. Semalam dia msg bagitau minggu ni ada buyer yang betul-betul berminat nak rumah tu jadi dia terpaksa la go for the first applicant kan. Adatlah orang berniaga. Kita pun tak boleh nak salah kan dia. Tapi bagi pihak kami, kami akan usaha dulu baru lah kami rasa takpela, mungkin bukan rezeki. Suami akan bincang dengan tuan rumah plan nya nak letak booking dulu dan once loan rumah lepas..terus setelkan the rest. Tengok lah macam mana. Kita kena pergi dulu Pejabat Tanah Hulu Langat dan baru cerita panjang.

Nampak nya macam ada sinar harapan kerja baru. Belom lah lagi ke tahap interview tapi response dari manager Senergy dah di terima. Dia akan call minggu depan untuk further discussion. Sebab nya minggu depan dia akan bekerja dari rumah jadi gap masa tak jauh mana kalau nak buat phone call UK - Malaysia. Soalan terakhir untuk di jawab semalam, can you work in UK? My answer is.. yes. Yang ini pun sama, kita tengok lah feed back nya macam mana. Sebab kalau dapat offering ni, banyak juga kena ambil kira, my msc, my daughter, my house, my car. Ok sudah. Tak payah fikir dulu. Dah jadi baru kita fikir here and there.

Okay…hari ni dah Khamis. Pitams. Esok dah Jumaat. Oh cepat masa! Dulu aku asik pikir nak cuti je. Sekarang dah ada task rasa tanak cuti.

82 hari.