Thursday, February 7, 2013

# Kingdom

tadi syima call saya. dia cakap dia ada kawan pandai pakai software Kingdom! rasa nak melompat bintang ni. kalau dia sudi ajar saya akan ke UKM minggu hadapan! 

tadi juga syima ada bagitau saya, dia ada kawan tengah buat phD kat ukm. orang Libya Oil. kalau dia tau pasal static model minggu depan juga saya akan ke UKM

tadi saya buka email siswa. dah ada email pasal progress report dah boleh mulai di hantar dari 15 Jan 2013. gila kau belum siap apa-apa lagi ni?! proposal sepat pun kena buat sekali lagi sebab aku tak buat simulation, aku buat static model. nak menangis niiii nak menangis

maka aku tau la apa nak buat weekend ni. buka buku siapkan report dan literature ok! minggu depan pegi jumpa Dr. Ralph dan Dr. Meor. tak payah nak fikir apa nak buat 4 hari ini. tu ada dua buku seberat separuh kilo boleh bawa pulang dan baca cuti panjang ni. 

ok weekly report opis dah sampai. isi-isi lah ini dulu baru kau nak pening pasal perkara lain.



 

# Oil field wives and mommies



Oil field wives and mommies


Tadi masa saja cek dekat facebook, ada Nampak satu notification pasal page “ oil field wives and mommies” wah tajuk dia pun dah tahu mencabar. Kalau di baca ayat-ayat semangat dekat page ni rasa sweet je hihi. Ya, aku juga di dalam lingkungan mereka. Aku juga isteri dan ibu kepada suami yang bekerja di dalam bidang minyak dan gas. Oil field husband. Kisah hidup rumah tangga yang di lalui oleh semua orang takkan ada satu yang sama. Tapi untuk aku yang bersuamikan lelaki yang menghabiskan separuh hidupnya di pelantar minyak dan padang pasir. Ini lah laluan hidup yang Allah beri pada kami. Setiap manusia di kurniakan ujian dan dugaan hidup masing-masing. Kalau ujian hidup aku sebagai isteri oil field, orang lain pula ada bahagian mereka masing-masing :)


Aku masih baru dalam hidup rumah tangga. Tapi harapan dan doa aku, semoga rumah tangga yang aku miliki hari ini adalah rumah tangga yang aku miliki sehingga saat terakhir aku di dunia. In sha Allah.


Jumaat dah ha harini. Esok cuti. Sabtu Ahad Isnin Selasa. 4 hari in a row! Hehehe. Mana nak pergi? Tak tahu lagi. Rasa macam nak memerap  je dalam rumah. Oh sekali lagi kami tiga beranak semalam tertido secara tidak ready. Semalam kami suami isteri tertido sampai lupa tutup lampu. Yayang kemain la konon tak mengantuk katanya tapi esok pagi dia cerita tiga kali terjatuh handphone masa tengok ebay. Entah jatuh atas pipi aku ke apa ke tak tahu la tu. Sebab bila aku tanya dia kata, alah sipi je bukan kena betul-betul pun atas muka, hamboih!  Malam tadi pula dah siap-siap tutup lampu konon nya nak tidurkan sophie, sekali dengan ummi ngan ayah tertido sama sampai subuh. Bergelimpangan ummi ayah sophie tido hahaha. Janji sophie tido tengah-tengah takde terjatuh. Dia di zon Selamat :D


Selamat bekerja. Even harini aku takde motivasi. Tapi aku kena kasi motivasi pada korang untuk terus bekerja. So chayok!!! Hihihi