Tuesday, February 12, 2013

# kecah!!!

This might sound terribly funny or maybe foolish but for us it was terrify on the first place and it took all the way with laughing until we reach home.

Ok..this is how the story begin

Di suatu malam ketika saya sedang berada di dapur tengah siat kulit sotong nak buat sotong masak kicap, saya berdiri di sinki dan meneruskan kerja

Sedang saya mencuci sotong tiba-tiba saya di kejutkan oleh suami yang datang meluru membawa sesuatu. Saya lihat ia seakan sebunjut kain kecik yang terikat rapi dengan benang hitam. Macam sup bunjut tu…

Suami : mira..tengok ni, setahu abg, abg tak pernah pun ada simpan benda lilit-lilit macam ni…

Saya : what? Apa ni? Eh macam saspen je..

Suami : ok jap abg nak bukak

Saya : ok tengok la apa yang ada

Suami pun mendekati meja makan dan membuka ikatan benang pertama.ikatan bunjut ni Nampak kemas sangat sampai la terbuka..balutan pertama terbuka. Nampak balutan kedua. Kain merah!

Saya : abg!!! Jangan buka!! Ini sudah misteri!! Entah-entah ada benda tak baik dalam ni.

Suami : kadang-kadang orang nak hantar santau angin pun boleh kan anta benda-benda kotor macam ni?

Saya mengangguk dengan yakin.

Suami : kejap abg nak ambil gambar. Ini bukti ni kalau ada apa-apa jadi pada kita.

Saya : abg, apa kita nak buat sekarang?

Suami : kejap abg nak fikir..

Saya : abg, jum la kita pergi jumpa ustaz ishak.

Suami : esok malam kita pergi

Saya : eh jangan la esok. Kita pergi kejap lagi. Lepas mira siap masak kita siap-siap terus pergi

Suami : ok abg nak call ustaz kejap.

Saya : ok..sambil panaskan kuali

Tiba-tiba emak call

Emak : alonggg kau tak jadi balik ke? Alaa mak ingat sophie nak balik dah malam ni, laju-laju mak siapkan hantaran ni,sekali tak balik pulak.

Saya : alaa mak..tak jadi lah,.shahrill cakap dia nak jaga sophie so tak yah le balik. Nanti dia nak 
pergi bank dia bawak sophie sekali

Emak : eh boleh ke? Adoi bahaya laaa jangan la pandai-pandai kang memanjat la keje sophie tu dalam kereta.

Saya : boleh mak…kami dah figure out dah macam mana, bawak la set kitchen dia tu letak kat bawah lepas tu dia ralik la main masak-masak.

Emak : iyelah ok lah baik-baik jaga anak. Mak nak cite ni..pasal..pasal yadayadayada~~~ eh..kau tengah masak ye?

Saya : ye mak. Along tengah masak ni. Lepas ni kami ada hal sikit so along kena masak cepat-cepat ni. Nanti kita sambung lagi.

Emak : alaa tapi mak nak sembang lagi..kau ni nak cepat-cepat pulak. Korang nak pergi mana ni?

Saya : ade laaa…tak de…nanti kita sambung tau

Emak : yelah. Eh kau jaga anak baik-baik. Nanti ahad kau balik kan? Amik mak

Saya : hahaha ye amik laaa adik kan nak skolah. Mak bergumbiralah kat umah tg malim okei

Emak : oklah bai.

Kami suami isteri terus bersiap makan dan pakai saja tudung mana ada dengan seluar Aladdin. Tanpa tutup tv dan buka semua lampu di rumah. Kami keluar untuk ke kajang dan berjumpa 
dengan ustaz ishak

Dalam perjalanan

Saya : abg, abg yakin ke bunjut tu bukan hadiah dari jeans replay abg pakai ni ke? (hahahaha)

Suami : eh mira ni..tak de keje nye kilang replay nak anta bunjut gini masuk dalam poket. 
Bukan nye abg baru beli seluar ni, cuci pun dah banyak kali. Cuma kalini la abg nak cuci abg keluarkan barang dalam poket keluar pulak benda ni. Abg yakin ni benda lain.

Saya : ok lah macam tu. Let’s proceed

Kami sampai di tempat ustaz ishak seawal pukul 9.30 malam dan mendapat nombor 21. Masa ni sophie dah tidur tak sedar dunia sebab tadi siang kami melawat anak sedara dekat DEMC sebab kena food poisoning. Jadi sophie tidur pun tak tentu.itu yang dia kemain tidur tak sedar apa-apa.

Giliran kami pun sampai pada jam 11.30 malam.

Ustaz: haa ada apa masalah

Suami : ini ustaz, kain yang saya bagitau tadi

Ustaz: oh kamu yang call tadi ye

Suami : ye ustaz

Ustaz pun membuka habis kain hitam dan merah tersebut. Dia merenung kain yang di buka sambil pejam mata. Lepas tu dia buka mata. Dia pandang kami berdua.

Ustaz : ini macam kain lap kereta jeee

Suami : ha? Ye ke ustaz? Abis tu kenapa ada ikat-ikat cantik macamni?

Ustaz : siapa yang ada dalam rumah?

Suami : saya, isteri dan anak saya

Ustaz : Mana kamu dapat kain ni?

Suami : dalam seluar jeans

Ustaz : seluar duduk mana?

Suami : dalam bilik

Ustaz : siapa duduk dalam bilik?

Suami : isteri saya

Ustaz senyum..tak ada apa ni.. ustaz tengok tak ada isi dalam benda ni. Kamu pun tak ada gangguan. Rumah kamu pun sama. Anak kamu pun ok.

Suami : oh bagusla Alhamdulillah.kalau macam tu takpela ustaz. Terima kasih banyak-banyak

Ustaz : tapi lain kali kalau kamu jumpa benda-benda yang berlilit kain macam ni jangan di buka di dalam rumah. Ambil pun guna plastic. Kalau kamu buka awal-awal baru datang sini serupa tak payah datang jumpa ustaz. Ini bukan apa..kalau bungkusan yang di isi tu ada jarum ke, kuku ke, paku ke..itu yang bahaya. Kita boleh matikan bisanya kalau ada yang berniat jahat pada kamu sekeluarga. Ingat, jangan di buka kalau jumpa benda pelik-pelik lagi.

Kami : ok ustaz,.terima kasih.

Dalam perjalanan pulang…

Suami : wah lega rasa..hihi kemain la ingat apa la tadi.

Saya : hehehe Alhamdulillah

Suami : tapi abg pelik la..dari mana datang benda ni.takkan datang sendiri? Abg tak ade kerja nak simpan sampah dalam seluar

Saya : entah la abg..mira pun tak tau

Tiba-tiba

Suami : mira, kunci rumah ada kat mira kan?

Saya : eh tak ada. Ada kat abg rasanya. Ok CHOP. Abg bawak kunci rumah yang mana? Strawberry atau robbery?

Suami : yang mira punya la. Takkan nak amik kunci yang mak simpan pulak (he mean the robbery keychain)

Saya : HAHAHAHAHA. I think I know where the bunjut comes from

Suami : what? Dari mana? Sambil gelak

Saya : dari robbery keychain mira lah kot!!

Suami : abg kan selalu letak kunci dalam poket ni. Kadang-kadang tu bergesel. Eh pasti ke?

Saya : mira dah tak tahan nak gelak dah ni. Mira rasa pasti ni mmg bunjut robber mira. 

Hahahahaha

Suami : adoiii buat malu laaaa jumpa ustaz sampai 2 jam tunggu. Sekali bunjut keychain yang bikin panas lagi misteri.mesti ustaz cakap dalam ati “kita ni kuat sangat tengok movie ni”

Itu tak apa lagi.

Sekarang ni…

Kalau mak balik nanti mak tanya mesti pecah perut aku nak cerita apa yang ade hal sangat tu khen.kecah je.konon la rahsia sangat khennnn

Kalau suami pegi letak gamba tu dalam whats app family pastu bgtau kami jumpa ustaz mesti keca la nak cakap cemana bila semua tanya “apa ustaz kata”

HAHAHAHAHAHAHHAHAHA

We act silly sometimes! this time is super silly! But we love each other so who cares! Hahahaha

Ok habis..letih dah jari aku menekan keyboard ni. Selamat hari rabu!

ini lah keychain yang misteri sangat tu! ( I posted it before in my instagram) memang masa balik tu kami tengok dah tak ada bunjut dia. menangis gelak tak mau abis.hahahaha

 



the red alert

..wave 4..

:)