Thursday, February 14, 2013

# sempit

Untuk pertama kali aku tersedar betapa aku menghargai apa yang aku usahakan sekarang. Tadi masa nak ke office aku ke bilik tengah dan sibuk mencari baju. Aku terjumpa sehelai baju yang dulu memang selalu aku pakai. Sebelum belum betul-betul bertudung I would say. 

Aku ambil baju tu. Aku padankan ke badan. Tiba – tiba rasa macam kecil nya baju ni….kenapa aku boleh pakai baju yang macam ni kecil? Aku rasa malu sangat. Malu dengan diri sendiri. Sedih pula rasa.

Hari ini aku bersyukur, kerana aku di temukan jodoh dengan suami yang membawa aku ke arah kebaikan. Yang membawa aku ke arah bahagia mencari Tuhan. Tak ada suami terbaik dari suami sendiri. Bersyukur lah.

Hari ini aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi aku peluang untuk membetulkan kekhilafan diri. Tuhan masih membuka hati aku untuk melihat betapa khilaf nya aku mendongak dunia. Alhamdulillah.. kaki masih bertapak di atas tanah. masih nyata. Sedar sebelum terlambat. 

Dosa kita umpama gunung. Lebih tinggi lagi dari Everest. Syukur. Aku tak tersungkur. Masih boleh melihat apa itu dosa apa itu pahala.

Oh Allah Almighty, how I am grateful to see the light to see You.

Thank you.

Thank you Allah.

# statement

sempena hari khamis yang suka hujan ini

aku ada satu pengumuman nak buat

hari ini terasa indah dan damai

nak nya bila dah nampak semua barang dah mulai di kemas

satu satu barang dah di mula angkat

dan hari ini mulai terasa lega hati

hati bertambah lega lagi bila aku hanya mendengar suara pekikan dari kejauhan 

sungguh indah bila boleh membaca report-report dengan penoh damai

tanpa mendengar dengusan nafas seakan tak puas hati di meja sendiri

tanpa mendengar kecohan banyak nya kerja hari ini

tanpa terkejut mendengar gagang telepon di hempas sekuat hati

tanpa terkejut monitor ku di gegar akibat hentaman kerusi gara-gara sakit hati

tak perlu lagi

ya! ia sudah berakhir! 

ohhhhhh
 
terima kasih anda!