Sunday, February 17, 2013

# 4 hari

lagi 4 hari nak pergi Rantau Panjang

hari besar adik lelaki dah nak sampai

lagi 4 hari rombongan Cik Yah akan bermula

malam Jumaat kami akan bertolak

tak dapat aku bayangkan betapa kecoh nye keadaan dalam bas yang ada dua-dua side keluarga

side emak ada

side arwah ayah pun ada

zaman aku kawen dulu aku naik kereta tak join depa naik bas

skrg turn aku pulak ahli rombongan 

tambah 2 ahli

suami

sophie 

:)

4 hari lagi....

# sungguh dilema

suatu perbualan di pagi hari isnin ketika aku ada di office sedang membuka buku high resolution biostratigraphy di depan mata dan sambil-sambil itu sibuk mendail no. kawan lama - Hani

hani merupakan sahabat masa aku belajar di ukm dulu. secara surface nya kami ni di lihat memang macam kawan biasa. tapi hakikatnya memang banyak kami berkongsi cerita. zaman ni semua orang ada geng masing-masing. termasuk lah juga aku dan hani. hani ada kelompok kawan dia sendiri dan aku ada kelompok kawan aku sendiri.

surface nya kami ada kawan masing-masing

subsurface nya.. kami juga berkawan di dalam maya dan selalu bermesej 

:)

dulu, aku selalu refer pada hani kalau bab bab nak sambung blaja ni. selain hani, aku juga selalu refer pada teman tepuk tampar aku iaitu fairuz. to be honest, mereka ni la yang banyak memberi pandangan dan rujukan. bab semangat waja pula aku serahkan pada kawan gelak menangis aku iaitu cik zu dan cik onn.   tanpa mereka ni hidup aku mungkin lonely. macam tak ada kawan. 

mencari kawan juga kena betul pada caranya. kita boleh ada sejuta kawan tapi tak ada seorang pun akan ada kalau kita sedih buat apa? so memilih kawan tu sangat lah penting. kawan gembira merata boleh cari, kawan nangis sama susah nak jumpa. paham tu?

Alhamdulillah..sekarang dah tua tua ni, kawan aku masih ada. kami masih bersama. walaupun setakat msg sekeping dua, atau sekadar buzz 2 3 kali di ym tu pun dah jadi, sebab aku tau mereka ada. tak lupa. apa-apa cerita baru kita kongsi sama. kan best ada kawan-kawan macamtuuuu. dah kawen pun ada kawan. nampak sangat kita sayang kawan,kawan pun sayang kita hehehe

**bila aku nak pergi lawat fairuz ni??* onn! kau nak pegi bila ni??

sebut pasal entri hari ini...dilema

aku nak cerita sesuatu. iaitu dilema student tua

siapa student tua? siapa? siapa? tanya kak rini (hahaha)

aku lah -______- siapa lagi

bercerita pasal student... ada yang hani nasihat kan aku sebelum melangkah lebih jauh..

kata hani tadi

...mula-mula biasa lah..kita akan rasa tergapai gapai sikit. sebab kita lone ranger, nak belajar pun sorang-sorang kan? memang normal sangat lah bila kita rasa macam lost nya..tapi kau jangan give up!!

...ada kes orang yang hanya bayar yuran tapi dia tak belajar pun. end up dia juga yang rugi tak dapat apa-apa. tapi dari kes yang macam tu lebih baik ambil cuti tangguh belajar je. itu lebih baik. tapi aku doakan kau tak ade kes nak sangkut-sangkut ni. kau akan ok.

...ada satu tahap kau akan rasa kau nak give dan kau tanak teruskan. jangan layan perasaan itu. kau fikir 3 benda je. usaha kau, kerjaya kau, family kau. In sha Allah..u will get thru that! I pray you the best.

buat masa ni belum lagi nak merasa simptom-simptom student tua tapi risau lah juga kalau dah tengah jalan nak meroyan merasa macam ni

hani sekarang ialah pelajar phD di UM. sedang buat microfossil vetebrat. I wish her all the best as well! 

selamat maju jaya lah kepada semua hehehe

chapter 1 dah mula. selamat merabun mata membaca jurnal.

bai.