Monday, February 18, 2013

# chermin

sebaik pulang dari office, aku ke bilik tidur nak solat maghrib. dengan berpakaian serluar track dan kemeja yang di pakai kat office tadi perbualan ini bermula.

suami : mira asik bising je cakap thigh mira besar, mana ada besar. abg tengok tak de besar pun. mira ni risau lebih laaa

mira : memang la abg cakap peha mira tak besar, kan mira tengah pakai track suit ni, kalau pakai legging baru abg nampak chicken thigh ni -_____-

suami : itulah tandanya seluar yang mira pakai sekarang ni ketat-ketat. itu pasal lah dah tak muat.

mira : ketat-ketat?? ye ke? bukan ke kita yang sama-sama cari seluar kerja mira? and now you are telling me that seluar mira ketat-ketat? >.<

suami : eh bukan lah macam tu...

mira : bukan pulak (rolling eyes) abg tau tak...seluar mira tak de masalah pun. tapi sampai kat thigh je dia ketat. kat situ je. tak suka la! stress tau. 

suami : hmmm oklah tell me what do you think.

mira : mira nak buat lipolysis.

suami : bila mira nak buat? 

mira : bulan depan.

suami : mira nak buat ke? mira pasti? mira tak takut ke? sakit nanti...mira tau tak..nanti dia akan cucuk semua tempat kat peha mira bagi lemak tu pecah.haaaa scary gila (buat muka scary)

mira : I'm not scared.

suami : (straight face)

mira : by the way....how do you know about all this procedure?? em?

suami : you told me before about your ridiculous wish ni. so I must read it before I said yes.

mira : oh..(prihatin juga)... mira ingat nak pegi LWM lah

suami: lah nak buat apa pulak? abg dah banyak kali cakap mira ni risau lebih laaaa. 

mira : pakai telekung, solat maghrib. tak tau aku nak respon apa dah.

cerita lain di dalam kereta ketika tunggu alang & afzal membeli waffle di one shamelin

lokasi : parkir kereta

mira : emak..along rasa tak boleh nak handle dah tengok ni (tunjuk thigh)

emak : dah kenapa dengan thigh kau?

mira : too big

emak : exercise lah....

mira : nak buat lah ni

emak : nak buat . nak buat. abis zumba kau bila nak start nye? ini mak dengar nak jogging pula dekat tasik pandan tu. rajin-rajin lah

mira : dah nak buat cemana? shahrill tak mau beli treadmill. dia cakap space tak ada kat rumah tu. geram je along

emak : skipping ada. mula-mula lah skipping

mira :  mak..along nak pergi lipolysis lah. 

emak : apa? kau nak buat liposuction tu ke? dia potong sana sini tau. 

mira : mana ada potong. itu suction memang la potong. ini cucuk-cucuk je

emak : lepas tu jadi apa? 

mira : lepas tu jadi kecik la. hihi

emak : habis kalau artis-artis tu macam mana boleh maintan macam takde apa jadi padahal beranak dah?

mira : itu sebab depa buat liposuction pastu buat body contouring. baru menjadi.

emak : oh gitu. kau tanak buat gitu? macam artis ha. jennifer lopez. tapi artis kan beranak sekali dua je. lepas tu tak ada dah.

mira : mak ni............. @___@ over pulak.