Monday, March 11, 2013

the red alert


it's a wave 5!




 

# survey

sebelum aku membeli barangan secara pukal macam beli elianto dulu, ada baiknya kalau aku nak bertanya pada kawan-kawan pasal survey ni. kalau ada yang berminat boleh la bagitau aku. nanti aku masukkan sekali dengan aku punya. shipping pun jadi murah kan sebab kira sekali :D

maka ini ialah soalan acik.






sekadar bertanya kan? tak ada salah nya :)

tu saja buat masa ni sebab soalan lain aku tanya kemudian pulak

ada lagi plan ni nak tanya tapi nanti kang tak jadi aku diam orang tanya aku 

tak tau nak jawab apa 

so ini saja dulu soalan saya

terima kasih 

bai


# peplum

pagi ni dah sibuk ukur baju. ukur badan nak buat baju peplum. design nye kemain cantik tapi kalau aku yang pakai tak tau la gaya cemana jadi nye

cantik nya Izara pakai baju ni..acik jangan fikir dulu, biarkan je dulu, senyap!

 

baju peplum ni kena pakai utk wedding Kak Tini sabtu ni. Kak Tini ni ialah kakak ipar aku. Kakak kepada suami :) jodoh dia sampai so kawen la dia ha.

pagi ni makan donut sambal dan karipap. belagak beli sampai 6 biji tapi sekarang hanya habis makan 3. lagi 3 kau nak kasi siapa? dasar tamak. kan dah membazir ni.

baru lepas membeli telekung travel dari blog ayeen. ayeen craft. kalau ada yang berminat boleh la tanya adik ayeen sebab yang handle pos pos telekung ni adik dia. akhmar namanya.


ni petang ni nak present ni. knowledge sharing on sequence strat tapi aku tak re-check lagi presentation pack. jangan malas!

eh bila nak start menjahit??

# nota

harini habis dah aku siapkan ppt sequence stratigraphy. tapi nak baca sepuluh kali lah baru boleh faham. apapun Alhamdulillah progress 0.1 dah bermula.

esok petang ada sharing knowledge. 430 petang. harap harap hanya college G&G jela yang datang untuk sharing knowledge. aku bukan nak jadi kera sumbang tapi untuk ayat ini tidak jadi belagak, tapi kalau kau background RE atau PE, susah nye aku nak cerita jalan cerita sequence strat ni, benda ini perlukan pembacaan bukan main predict dan kau main tanya je.

satu soalan akan membuatkan kita membuka skop lain dalam pembelajaran. beruban aku di buatnya.

oh ya sekarang tengah semangat renovasi rumah. semalam ke rumah kami dan jumpa kontraktor untuk dapat qoutation harga berapa nak bayar untuk renovation kami tu. harga akan di bincang minggu ini,lagi cepat lagi bagus.

aku nak balik dah ni,kalau rajin lepas ni malam-malam aku akan menaip dulu sebab sekarang nak menaip di office adalah mustahil. sampai-sampai je office kepala aku dah tak fikir lain dah, terus buka nota dan start description. *lama lama boleh insane*

tapi itulah namanya kerja. belajar at the same time. ibu at the same time. wife at the same time. daughter at the same time. ha kan dah nak kena dengan nama blog aku ni. mengah mak tau ke. 

oklah, jumpa malam esok pulak hiihii, dah tukar jadual dah kita.

bai.