Tuesday, March 19, 2013

# luka

malam semalam lepas hantar suami ke klia..aku dan emak dan sophie bersama afzal balik la ikut jalan biasa.tiba tiba tengah besembang dengar bunyi macam berdetup kuat gila lepas tu bunyi tu mengikut kami sampai beberapa meter. I stop the car di tengah jalan sesak berhampiran bulatan cheras tu..depan shell tu..buka pintu kereta dan nampak tayar kereta belakang ku dah pecah :( :(
cuak nyaaaa. dah la suami dah duduk dalam flight. hati susah terus rasa nak call suami. nasib baik dia masih boleh jawab phone.katanya call la cik lan.baru la bergerak sikit kepala otak ku ini dan call ciklan. cik lan kata nampak tak stesen minyak? jauh tak? tak jauh.depan mata saja.tapi nak melintas sangat la susah ok. orang tak kasi jalan.nak perlahan kereta apatah lagi!!

melintas ke stesen minyak dan tanya untuk bantuan.sayangnya depan tu ada car wash dan yang nak membantu hanyalah seorang kanak-kanak sekolah yang I believe buat part time dekat situ. ada seorang lelaki india yang nampak macam dah matang tapi dia refuse nak membantu. sebab barang nak tukar tayar tu tak ada. aku pun bijak juga.haritu minyak break tumpah kena beg tools tu lepas tu aku malas nak cuci segera pergi letak dalam rumah. sampai sekarang tak turun turun lagi la beg tools tu. pergi ke stesen minyak konon la nak cari bantuan. sekali masuk ke dalam stesen minyak tu nampak dua acik paki. ok then kalau aku minta tolong cakap bahasa hindi pun belum tentu dia boleh bantu. melintas semula ke kereta bila nampak seorang pakcik polis berhenti dan membuka boot kereta keluarkan tayar spare ku.

pakcik ni sangat baik hati.dia bawak motor je malam tu tapi katanya rumah dia berhampiran.tunggu kejap dan dia akan patah balik ke kereta kami. tunggu la dalam 5 minit dan pakcik pun sampai. buat pertama kali la aku menjadi polis kawal jalan raya sesak atas arahan pakcik tu sebab bagi mengelakkan dia di langgar masa tukar tayar kereta aku. pasang kon dan lampu kelip kelip. tak sampai 15 minit tayar kereta berjaya di tukar. Alhamdulillah. aku kasi pakcik duit membantu sebagai tanda terima kasih. nasib baik..kami dalam lindungan malaikat sebab tak terbabas makan jalan. Alhamdulilalh masih sihat dan boleh bangun teruskan kerja. Alhamdulillah ada bantuan yang datang di kala susah macam ni masa suami tak ada. syukur...

pagi ni aku ke bengkel-tukar tayar- memang nampak luka tayar tu-koyak habis

tapi hati masih berfikir fikir lagi.nasib baik kami selamat...

kawan-kawan

berhati hati lah di jalan raya ok.

selamat hari Rabu!