Monday, March 25, 2013

# berenang

kalau ikutnya minggu ni nak cari kelas berenang dengan kak rini. sebab nya dengar kata dari yani geng kami di opis ni berenang membantu membentuk kontur badan, bonus lagi..boleh berdiet dengan berenang. berat badan boleh turun kalau kau gigih berlatih ni. ada satu yang aku survey last week. tapi jauh la sikit. di Pusat Akuatik Shah Alam sana. rasa macam kurang berbaloi pulak nak berulang setiap weekend selama 8 sesi permulaan. 

jadi nya hari ini aku akan cuba survey kalau ada di UM. mana tahu ada coach wanita yang sudi ajar. kami bayar la yuran melatih. rutin jogging tu ada tapi ada pun masa weekend yang tak busy lah. kalau busy macam last week. aku dapat jogging pun hari Sabtu je. hari Ahad dah ke Tg. Malim. 

ada satu perasaan tambahan hari ini. aku rasa nak pergi facial. agak-agak kat area office kita ni ada ke spa ke pusat salon ke aku nak tenyeh muka ni. kalau ke spa kang berabis banyak pula jadi apa kata kita ke salon tenyeh muka saja. hati aku ni risau ni suami baru nak renew work permit dia. harini lah expired work permit dia tu. minta-minta semua nya berjalan lancar lah. boleh kerja dengan aman.

lupa...hari ni kena call tuan rumah untuk minta kunci rumah. sayalah tuan rumah baru. jadi tak tau lah tuan rumah lama dah abis mengangkut barang atau tak tu. kami nak pindah cepat sikit sebab ada banyak sangat kerja renovasi kena buat. nanti makin lambat buat makin lambat afzal tukar sekolah. dia nak PMR. kesian nanti nak exam jadi orang badwi pulak.

lepas tu rasa nak makan nasi arab Damsyik dekat Senawang tu. situ sedap lah nasi nye. aku ni sekarang office dah jadi rumah ke dua jadi kalau hari kerja tu nak plan bawa mak & adik & sophie keluar makan tu macam mustahil je. kalau aku cakap pun malam ni kita pegi sana sini, mak & afzal macam dah paham dah..yelah kita boleh pergi harini kalau along balik awal lah. kesian aku kena perli. tapi nak buat cemana. kalau tak siap kerja asik kena basuh je dengan demok ngan mini bun. susah. depa tak ade life. memang hidup untuk kerja je semata.tak ape lah khen nak tido mandi pun kat opis ni. hahauhahau 

happy tuesday guys! 

    

# sayang

semalam emak tanya aku.

dalam ramai-ramai yang kau jumpa..mana kau paling sayang

tak terkedu mana pun

confess saja apa yang ada dalam hati

siap bergurau pulak main carta teratas sampai tercorot 

itu emak kau pun bukan mak mertua

kalau mak mertua siap siaga lah berambus dari rumah dia hahahaha

itu kalau kau kata bukan anak dia lah yang kau paling sayang..

kalau kau kata anak dia kau paling sayang tak payah lah risau kan hihi

i love her.

she is the best friend of mine..  

aku harap bila aku dah tua nanti pun aku akan jadi sporting macam mak aku. baru lah sophie tak boring nak sembang ngan ummi boleh cerita macam-macam. best gila ada emak macam mak.

i love you mak!   

# propa

pada sesiapa yang telah bermimpi akan dapat gaji baru pada bulan 3 nampak nya harapan anda musnah. 

aku tak sure lah siapa yang menipu dan tertipu dalam hal ni tapi bagi kami yang dah mangli dengan isu ni.. ia sudah biasa

cukup biasa

alahai sayang

dah nama nya makan gaji

kalau nak tunggu kau di adili kiamat pun belum tentu

jadi tak perlu fikir banyak. belajar lah pandai-pandai..mesti kau dapat apa kau mau.

jangan sedih lah....

organisasi kita ni memang ramai kaki propa

tak tau ke? 

kena banyak belajar kalau nak duduk sini 

     ok jom packing

bai!