Monday, April 29, 2013

# theory

saja nak cerita. sepatutnya kami ada orang baru nak masuk department ni. mula-mula dorang kata akan masuk ke GPE.tapiii minggu lepas ketua kata dia akan masuk ke department RE. hm kami tanak terlalu musykil lah sebab memang selalu pun kata-kata orang kita tak boleh nak expect percaya 100% kan...tengah kekalutan sebab salah sorang team kami dah di hantar ke department lain. maka kerja memang makin bertambah lah. kami ada request nak orang yang di gantikan tu di ganti lah dengan staff lain. tapi rasanya bos macam tidak setuju, bos lebih bersetuju kepada konsep fully utilize. maka cadangan nak cari orang gantikan tempat abg shem kami tak ada lagi lah buat masa ni.

nak di jadikan cerita ketua kami ada cerita pasal seorang team baru yang bakal masuk. perkara ni aku dah tahu dari minggu lepas lagi tapi aku buat acuh tak acuh saja. iyelah sebab masa tu aku tengah melayan sakit hati siapa tah manusia yang suka hati membuat spekulasi dan aku dapat tahu management tengah plan something behind my back, nak jadikan aku senasib dengan team yang telah di hantar ke department lain tu lah tu.tak ada discussion atau apa. tahu tahu "pack your stuff and move to xx department", kalau korang tanya aku, definitely aku tak setuju dengan cara dorang buat staff macam ni but again...kita hanya lah pekerja. kalau orang tau kita punya pendapat dan cadangan sendiri orang tak mungkin akan suka. jadi lihat dan nilaikan sendiri. 

last Friday ketua dah announce ada sorang team akan masuk tapi tak masuk-masuk. semua dok terfikir-fikir kenapa ahli baru tu tak masuk lagi.. siapa lah aku nak tau semua tu kan.of coz la ketua je yang tau tapi malangnya ketua pun tak tau. maka pagi ni aku telah di ilhamkan satu teori. teori aku sendiri.hahaha. aku rasa ada beberapa sebab kenapa ahli baru belum masuk lagi. mungkin sekarang they are playing games. menutup part mana yang tak perlu tahu sebab mereka dah tahu.paham tak maksud aku disitu?

# menurut stalker, mereka konon nya mendapat tahu aku akan meninggalkan department. jadi mereka kini sedang menantikan seseorang untuk menggantikan aku. maka bila ada perbincangan antara stalker dan seorang kakak ni berlaku,kakak segera bertanya kepada geng aku. I assume they are waiting for me to give it up and put the letter kemudian baru lah ahli baru boleh masuk.

# initial plan mereka ialah team baru itu akan membuat kerja aku tapi last week ketua cakap dia bukan ganti kerja aku. tak ke pelik pelik di situ? 

# aku assume kata kata tak seperti yang di buat dan di sangka. jadi jangan kuat percaya. kita man man saja. tunggu dan lihat.

ok then kena start buat kerja, nanti besembang lagi. bye2 :)

 

# constraint

inilah yang berlaku bila kita ada sekatan nak berkata kata. aku rimas..super rimas. nak bercakap tentang kebebasan pun susah. memang kat Malaysia ni macam ni ke? atau memang dah rakyat Malaysia ni di didik begitu, democracy by name sahaja. 

tapi bagi aku ini bukan isu rakyat Malaysia. ini sikap manusia. haha. sebab semua manusia suka menyampai nyampai berita. sehingga kan benda tak perlu pun kita suka sampaikan. kalau aku suarakan kata-kata pun dah jadi macam pornstar untuk company, apetah lagi kalau aku mengutuk siapa siapa kat sana. konfem kena tangkap saje keje dah macam raja petra.ooopsie! kita perlukan 14 hari untuk pastikan kebenaran kata-kata janji yang di tabur. kalau benar maka bagus lah. kata nya nak membayar gaji tertunggak selama 4 bulan. katanya nak di bayar tengah bulan 5. betul ke semua ini atau hanyalah omongan tahunan? sama sama lah kita tunggu dan lihat. sebab kami staff-staff ni dah letih berharap. mungkin kalini kami lebih kepada "stop and stare"

hati meronta nak berkata tapi mulut aku di kunci. banyak mata menanti apa yang bakal di tulis, lepas tu buka spekulasi sendiri. bagi lah aku 2 minggu lagi. lepas tu aku akan tersenyum lebar mencurah curah idea yang sedia ada. hehehe. minggu lepas adalah minggu yang agak tegang untuk semua orang bila banyak benda di umumkan.perkara baik di umum.perkara kurang baik juga di umum sama. bila aku kata keadaan sekarang berat sebelah ramai yang tutup mata. tutup telinga. jadi nak apa lagi? adap ajelah. tengoklah kalau ada surat di tangan sedap juga kita nak bercerita puji memuji kan. hati pun lapang lah nak berkata-kata. 

tunggu minggu depan. dapat surat minggu ni pun bagus juga... amin.