Sunday, June 2, 2013

the red alert

it's a wave 7 and 8

wey lama gila tak tulis apa apa kat blog. dah la sekarang tengah kena gam dengan company lama. lepas tu tanam jagung kat rumah kan. makan gaji buta kah nama nya ni? NONONO sebab aku tak ambil gaji dari mereka dan melarikan diri, dah elok elok aku mintak mutual agreement untuk lepaskan aku tapi engkorang tak mau. aku nak bayar pun orang tu tak nak terima. berkeras juga nak aku teruskan notis 2 bulan without fail. be fairla kan. dulu kau kata aku tak perform lah, aku under fire lah, bila aku sendiri dengan rela hati nak melepas diri then now why semua pun kau tak terima? pelik kan? so pandai pandai lah fikir ye, aku tak kuasa nak fikirkan. bukan masalah aku lagi. cuma aku kesiankan kawan kawan di office yang aku tinggalkan.   seperti yang kita tahu lah kan. kalau aku datang office ni konfem kena halau sebab aku sendiri mengaku masuk competitor padahal tak ada pun, tak jadi, aku mengubah fikiran dengan tiba tiba, itu satu lagi ujian esok untuk aku terus terang nak bagitau si competitor yang aku tak jadi nak join mereka. apapun demi kawan kawan dan aku tak mahu di lihat menyusahkan (masih perlu ke aku fikir macam ni kan) aku akan buat semula handover yang dikatakan tidak complete. dan aku akan ajarla siapa yang take over kerja aku tu satu satu macam budak darjah satu, kadang kadang tu terfikir juga kan.masa orang sebelum aku ni tinggalkan kerja dia tanpa sebutir habuk pun handover, aku ada bising bising tanya orang yang meninggalkan kerja tu ke? tak percaya kau tanya lah ena. aku takeover kerja dia kot. ada aku call dia tanya cemana aku nak blaja SUS? ada? ada aku call dia tanya cemana nak buat invoice? macam budak budak... sampaikan status payment pun kau tanya aku lagi? aku dah keluar dari company kot. apa kau tak kenal ke orang finance yang jaga account selama ni? atau nak aku jugak tanyakan ke? entah apa apa. macam tu baiklah aku je keje tayah suruh orang yang korang hire tu buat keje aku, the heck kan. 

itulahhh kan dah banyak berkata kata. 

esoklah kita sambung lagi. aku cuti lagi ni. kak reen x de. nak anta handover pada si pengganti yang amik keje aku tu pon aku takde ati lah.bukan sebab aku benci dia, tapi sebab orang orang sekeliling dalam company tu banyak mulut manis tapi hati busuk. tak boleh pakai punya orang. yang aku percaya tu tetap lah aku percaya. mereka kawan susah senang aku. yang sekadar tanam tebu di bibir tapi kumpul taik dalam hati tak payah la nak belakon banyak. menjijikkan. 

oklah dah malam laaaa aku kena tidor. hee hee

kbai.