Tuesday, June 18, 2013

# rusty

it's been a week. probably more than a week already. haihhh

ya semua pon mesti lah dah tahu kan aku dah lama tak membuka any blogs around..sejak duduk rumah ni..skype pun tak terbukak. bukan sebab aku busy jadi fulltime housewife pun. lebih lebih nya ialah tido lambat (macam sekarang, pkul 1.40 pagi) - makan tanpa henti - happily korek chocolate and coke dalam freezer dan makan tanpa guilty. I should blame my husband for buying all this kind of chocolate tapi macam tak habis habis even hari hari aku makan. 

I will start working somewhere around next month. July. Yeap. July..medical check up belum selesai selesai sebab tiba tiba kereta kena langgar dari belakang. dengan berlaku nya pergaduhan macam wanita berebut suami dan macam macam lagi di tengah jalan sesak jalan tun razak. isteri incek yang melanggar adalah seorang kerani di IPD Cheras (kalau tak silap) begitu juga suaminya yang bekerja sebagai kerani di IPD. aku cuma tak sangka lah, engkorang suami isteri ni memang kerja dengan IPD tapi tak payah la nak angkuh sangat nak bertekak laga laga bahu dengan angah tu. apa kau ingat kau hebat sangat tengking tengking angah tu dia nak diam je macam kura kura ke? nonono. she is not like me haha, aku ni kalau ada angin nak baik orang kata lah aku macam macam pun sampai orang kata aku biol dah kena badi tapi kalau angah...you better don't mess up with her lady. kan dah kena sampai polis pun datang meredakan keadaan. kelakar juga. bila dua perempuan mengamuk di tengah jalan. lelaki yang ada di sekeliling ternganga macam nampak naga turun dari langit (what a statement,bantai je hahaha). it finally settled down dengan baik sekali, dan kereta aku di jangka keluar bengkel esok petang. what matter now is the medical check up should be done by this week. 

Overall I had a pleasant holiday. I mean a time off away from jobs. away from pressure. away from issues. away from crazy lady bhahahaha, away from terrible bosses pffft! and away away away~ I do hope new place will be my best working place soon. I may not have a close friends since they told me earlier that your senior are all expatriate, but that doesn't mean I'm gonna die there.

and aaa so...after this, I will keep this blog updated hopefully. yelah dah berkarat sangat dah ni. kerajinan entah kemana. I must change this. alah tinggal 11 hari je cuti lepas ni kehidupan kembali normal macam emak emak bekerja juga. ada product yang aku baru nak cuba dan harap nya aku rajin la makan dan komited sampai menjadi la kulit lawo lawo macam korang. kalau dah ada perubahan I will definitely share it with you ladies. ni baru makan 4 hari so nak beriya iya cerita pon macam so lame lah kau kan. sabar dulu nanti kita cerita.

what else..hmm lama tak membebel macam lupa isi penting segala, ya aku masok rumah sendiri bulan depan jugak lah. dengan rumah tak dapat nak reno lagi. dengan afzal nak PMR lagi, dengan aku nak pegi Holland lagi, jadi semua nya macam abc sekarang. aku nak share dengan korang nanti pasal deco deco rumah. maklomlah, suami aku ni kan jenis ada di rumah ikut musim, so masa dia cuti adalah masa yang baik untuk membuat renovasi sekaligus. dia pun jenis macam tu so nak membeli baik beli satu lori punya pesen. wait and see progress rumah kami nanti cemana inshaAllah. ni tengah berkobar nak tengok deco bathroom. semalam kemain la suami tunjuk Home Istanbul yang macam ala ala Ikea kat Malaysia. cerita macam lah boleh angkut semua set sofa katil dekat mall tu anta kemari. tapi I tell you ladies, harga perabot berkualiti dekat Kurdistan, Dubai, Iraq, Qatar adalah sangat make sense. kalau kau cek sofa harga dalam 7 ribu tu memang kata padan lah dengan harga nya dan kualiti nya sekali. kalau kita ni,,belom tentu lagi ye. hati bercita cita nak tukar bath tub dengan jakuzi tapi suami kata bilik air kita tak besar mana sayang. kalau cabut bath tub sedia ada dan ganti jakuzi nanti mira request shower siling lagi. mana nak letak. itu pasal lah cuti ni aku nak survey bilik mandi yang boleh ada dua dua. I mean I can have both of these in my main bathroom,



ya but I dont have that kind of IMPOSSIBLE space of bathroom so I will make it fit to have both shower concept and jakuzi. cuma nya shower tu aku nak pakai yang ni..


and yes, they are selling this at Home Istanbul kenapa kat Malaysia boleh tak ada kan? mesti ada, ni shower ni siap ada mp3 kalau nak mandi sambil menari cha cha u name it. they are selling this at 1,999 usd, and here aku tak pasti berapa. but ladies.. harga itu tak mungkin kita akan dapat di sini trust me, suami aku tak percaya so kita kata tak peeee. nanti you balik kita pergi survey sekarang jugaaaaa.

oklah ladies..sekarang dah pukul 2. soooo I should find my pillow now. Goodnight everyone! ;)