Wednesday, June 19, 2013

# I could be the one

ok ini bukan lagu untuk menghanjeng ke apa ke jangan salah paham plak, tapi aku sangat suka dengan videoclip lagu ni sebab super klaka. dah la stress kat tempat kerja pastu dah buat keputusan nak break free last last skali sebaik keluar dari neraka dunia kena langgar plak. demn, kesian ok. jangan jadi macam minah dalam video clip ni sudah la haha.

happy watching! LOL




# diamond

trust me. semua orang ialah permata.permata kepada diri sendiri dan permata kepada orang lain. tak kisah la tak jadi permata kepada orang lain janji kita tau "we are like diamond in the sky" 

tadi aku dapat bersembang dengan adik dekat tempat kerja lama. iyelah aku happy sangat bila tau dia dah dapat apa yang dia nak. dan bagi aku dia dah buat keputusan yang betul untuk mencapai apa yang dia nak dalam life ni. dia dapat sambung pengajian dan akan dapat berkidmat untuk masyarakat. isn't that great? 

tapi masalah besar nya ialah masyarakat sekeliling kawasan pejabat tu yang tidak bagus, kenapa aku cakap macam ni? sebab aku rasa dia mendapat treatment yang sama aku rasa sebelum aku melangkah keluar dari neraka itu. ha dah over plak statement, kang kena tangkap macam raja petra kangggg

mula mula dia di berikan early release atas dasar aku sayang kau macam adik aku so aku kasi lah kau resign awal dan capailah cita cita mu dik. esok nya kau berubah fikiran pulak, entah datang mana angin pasang kau terus marah marah dia dan kata aaah aku tak jadi nak bagi kau release awal sebab kau dah jatuhkan maruah aku sebagai ketua kat sini, so aku tarik balik statement aku dan aku tak benarkan kau resign cepat. kalau kau nak jugak blah awal sila lah bayar kepada kompeni ini. ok fine... aku tak kisah kalau kau nak saiko ke apa tapi jangan layan orang macam tu boleh tak? kata kerja professional tapi entah mana kau mengamok dengan laki kau ke kat rumah, bila sampai opis kau pegi makan staff kau, come on lady... are you out of your mind? tak baiklah layan orang macam tu. lupe ke satu masa nanti kita akan tua dan anak anak kita kena pijak macam tu kita tak marah ke? Allah tu maha adil ye, please take note on that.

kesian adik aku ni. dah la esok kata nya kena jumpa mem besar pulak, nak kena sound ke apa? nak kena basuh cakap u dah abiskan duit i baya gaji u selama ni.u dah abiskan duit i anta u pegi training yada yada ke? people, we should always look our self in the mirror ok. kau ke kasi orang rezeki? kalau Tuhan tak kasi kau rezeki memang mustahil la kau nak duduk kat atas sekarang. banyak banyak la munasabah diri. setiap masa kena blaja muhasabah diri, tak selamanya kita duduk di atas.

haritu aku di beritahu yang mereka kecewa aku tinggalkan team sebab aku pergi lepas aku dapatkan bonus,backdated salary dan gaji baru. sebab kata mereka semua itu budget company. jadi bila aku blah macam tu semua tu effect budget department dan budget company. sumpah aku tergelak bila aku tau benda ni. boleh aku tau tak gaji ni aku dapat sebab makan gaji buta ke apa? aku kerja kot tiap tiap bulan sebab tu aku dapat gaji. atau konsep kerja ni sebenarnya lain? kenapa aku dapat bonus? sebab bonus tu mesti di bayar. ia adalah bonus yang patut aku terima sbb kerja aku tahun lepas 2012,bukan 2013, adakah aku sedang mencuri hasil titik peluh aku sekarang ni? kenapa aku bawak sekali backdated salary aku? sebab perlu ke aku war war kan pada semua berapa gaji aku korang kasi selama ni kat sini? sedangkan mereka sendiri cakap aku ni di OVERLOOKED for so many years and now aku dapat backdated payment tu kau nak kata aku mencuri duit company? wadaffff - - - 

ayat yang sebetulnya, aku mencuri duit titik peluh sendiri namanya. damn funny you Malay the Malaysian. aku cakap untuk kau, bukan untuk kawan kawan aku yang masih kerja sana. kau yang aku maksudkan, mana tau ada kaki kepochi anak dara tua gigih bukak blog aku dan baca sebutir sebutir ayat aku ni pastu pegi tampal dekat papan kenyataan pejabat ke kan, atau pegi masuk dalam bilik tutup pintu sambil bawak kertas print ni lekat kan kat tetek, sua sua kasi orang baca sambil jamu cup saiz D (eh??) masih ramai yang perlu ke sekolah untuk belajar banyak benda tentang kehidupan. 

ayat makan garam tak boleh di apply untuk semua, sebab yang banyak makan garam ni tak hagak jugak kadang kadang nyanyuk dia cemana, sampai rasa nak lempang je, tertahan tahan tapak tangan gitu. ha ade yang mula dah terasa dah tu aku mengata pasal dia. aku mengata bersama nama kau ke ada dalam ni. ada nama bapak kau aku tulis kat sini ke? sebelum nak berkata apa apa pasal kawan kawan aku sebagai barua atau apa, cermin muka dulu, jangan orang panggil cekodok basi sudah masuk kerja sudah. aku tak suka masuk campur hal orang so please lady, mind your own damn business okay? period.

ok sekian lah luahan hati mak, itulah bila kawan kawan aku ade lagi yang masih mengadu, aku kesian kat dorang, untuk korang yang masih di sana, aku DOAKAN korang akan keluar dengan megah nya dan dapat job yang jauh lebih baik inshaAllah. 

kereta dah amik. happy. calar calar rusty dah takde, siap service dapat polish semua complete. terima kasih abg joe atas bantuan anda, harga pun berpatutan tak nangis aku nak membayo cat cat melawa kan kereta. Alhamdulillah, boleh dah bergerak kemana mana nak membeli apa apa dan nak buat medical check up esok. 

selamat bekerja kepada semua, aku dah tak marah dah. ada yang baru nak marah ke tu? hahahahaha. kbai.