Thursday, June 20, 2013

# beautiful

oooo emmmm geee. okay aku baru je bukak youtube dan tengok video clip mimi. this mariah carey  ni is something. bagi aku she is something, gile lah aku sangat adore this kakak. kids of two and she's 43. does she look like 43?? nanges lah.. angan angan kena tinggi baru kita boleh gigih usaha gitu. apa lagi? slim la lawa lawa lawa. untuk suami :D semangat terus ha. rajin rajin la berbody butter all. k bai. kantoi terus, tadi cakap nak tido kan. hahaha. 

bai.


# Beauty

Ok well nampaknya harini kita akan lebih rajin menaip dari 2 3 hari yang lepas. Again di malam malam korang tengah tidur inilah masa untuk aku menaip sekali penganggur terhormat sekarang. Tadi petang aku ke tesco nak cari lauk untuk 2 hari makan. Sambil borong apa yang patut kan untuk barangan rumah, singgah tapau pulak JM Baryani terbaek kat dalam Tesco ni. Esok kita ada medical check  up dan aku makan untuk pusingan ke 2 nasi beriyani tu pukul 12 malam tadi. Not bad, orang nak kawen kemain gigih menguruskan badan aku selambe nak mengepam jadi lembu tenusu. Ini adalah tindakan guilty pleasure nama dia. Makan makan lepas tu kau salah kan diri sendiri. Aku rase bulan depan kena beli timbang lah T-T risau gila kalau tiba tiba berat dah jadi 60 kilo. Memang menangis lah aku makan supplement kenyang tu sampai overdose hahahaha

Oh tadi petang tengah sibuk sibuk check olive oil colavita, aku cek ada msg whats app. Msg dari bos Onyx lah hehehe. En.Mus.. hati aku sangatlah cuak bila dapat chat msg dia tadi. Tapi dia sangat cool lah. Memang aku respect boss yang professional macam dia. Siap tanya aku pulak bila aku report duty? Sedangkan aku ni orang jahat yang telah menolak lamaran company itu. Tak sampai hati tapi aku terpaksa T-T dah la boss baik..sob sob. Siap abislah bercerita that he’s been busy nowadays and masih belum merasa on leave. Pergi bercuti tahun lepas long trip jalan jalan London and Aberdeen. It was nice talking to a guy yang masih positive terhadap kita even we let him down. Bagi dia, kalau kita dapat offer yang lebih baik, why not? After all, it wil come back to you. Your life, you decide. Thank you boss.

Sambil sambil sembang aku Tanya jugak position yang di offer tu dah ade orang amik ke? He said that he did not manage to get an assistant yet. Nak cari orang pun tak sempat. Aku ada lah mempromote kawan kawan yang aku rasa selayaknya boleh buat kerja yang sepatutnya aku buat. Few names aku sebut dan last sekali aku sebut nama angah. Actually angah pun skrg tengah cari keje dan sangat tak boleh blah dah tanak buat HSE. So dia plan nak blah asap. Sebut je nama angah bos macam interested. Tanya grad dari Uni mana, background apa, experience brapa tahun etc. and dia mintak CV angah, dia nak review sendiri katanya. And yeah kalau angah dapat job ni, dia akan ganti kan kerja yang patut aku buat kat sana la hehe. Dan sikit sikit tu aku takde lah rasa cam bersalah gile babeng sebab turn down their offer before.

Angah, I hope you will get this job. Kalau dapat, pastikan anda excellent  dengan kerja ni sebab bidang yang kau akan masok ni adalah guarantee untuk kau masok ke area survey dan electromagnetic survey. It’s a cool job and the pay is hell high.

Good luck J


Habis dah membebel. Masa untuk tidur. Nite ladies!