Friday, June 21, 2013

# points


ok harini nak bercakap guna points sahaja

* pagi pagi mencari BP specialist centre dekat Cheras, terima kasih waze atas bantuan anda, kalau tak kau waze ada kemungkin lepas sembahyang jumaat baru aku jumpa kat mana BP specialist ni.

* sebaik sampai parking kereta ada 1 macam reserve pulak tak de kereta, laju laju aku parking kereta dan keluar. betul betul depan BPS ni je pun. dengan tidak membayar kupon aku masuk ke dalam BPS. yakin kereta tak kena saman ni sebab kejap je ni nak buat check up nya.

* masuk masuk dalam BPS orang tak ramai, okay ini best, dapat nombor giliran dan tunggu. dalam masa 3 minit nombor aku naik dan interview di kaunter 2.

* seorang amoi dalam lingkungan 30'an membuat soal siasat seperti adakah kamu puasa semalam? adakah kamu melokok? apa kah tarikh last date kamu munye period, hari petama ye sila ingat semula tarikh dia. ok jawapan di beri dan dia suruh aku pi collect urine nak pegi periksa. selepas u hantar ini u kena ke tingkat atas dan jumpa meleka di atas untuk X ray. kamu cuma perlu bawa bolang ini dan naik di atas, mereka tahu kerja mereka, cuma hantar saja pada mereka

* kepala di angguk dan naik atas, sampai di atas ada 2 orang gadis melayu panggil aku dan bagi nombor giliran baru. soalan pertama yang di tanya ialah ni nak medical check up untuk bank RHB eh? oh tidak. I datang under SGS. what? what is SGS? ok borang di pass kepada dia untuk baca dan dia angguk angguk tanda setuju ke apa aku takpasti. oh dalam ni kena check mata ye. tinggi dan berat. ok ini bonus gembira,berat turun, 4kg sudah lesap. yehaaa. padahal aku makan macam jin dah kat rumah ni asik makan tido je keje. check mata pon 6/6 tak de lagi cacat cela merabun diri, best

* selesai cek cek mata segala aku dapat nombor giliran ke 3, untuk X ray pula. macam biasa prosedur nya dan settle ini kena turun ke bawah dan dapat nombor giliran baru, ha kau 4 kali dapat nombor giliran, harap ini lah yang terakhir, 

* ok turun di bawah dan tunggu untuk di panggil masok bilik 6. doktor buat soal siasat, baring tekan buah pinggang angkat kaki kiri kanan macam senaman dan ok done! hantar laporan ini di kaunter dan tunggu arahan berikutnya

* hantar borang ke kaunter dan duduk,kejap lagi kami panggil CIK. terima kasih. walaupon aku bawak sophie dengan mak tapi orang masih kesian panggil aku cik,terima kasih.

* sekali...cik nurul,cik nurul dah boleh balik sebab segala report ni kami akan directly hantar ke SGS, tak perlu risau.

* ok selesai sudah medical check up aku dan boleh pulang

* medical check up disini adalah bagus, laju dan tidak membuang masa.

* tidak kena denda even aku tak bayar kupon parking, hahahah melepas buat kali ini lah. next time jangan buat lagi

* sekarang ada di rumah dan makan mcD untuk lunch dan sekarang rasa nak tidur.

okay bai bai ladies! Happy Friday :)