Tuesday, June 25, 2013

# wishlist yang belom menjadi 2013

dah nama tajuk entri pun macam tu so pepaham lah apa yang aku tulis kat bawah ni

* bengkel make up sampai pandai 
* menjadi chef ala ala Julie and Julia (sehari satu sajian, like ???? adik kata  
   nanti along masokkan lah dalam blog along, well...mampu ke satu hari satu  
   sajian? satu hari satu bantal mungkinnn)
* menjadi photographer dengan camera cita cita (ayang bila nak beli??)
* menyambung semula pengajian mu dengan melakukan aktiviti visiting 
   professor (ini mungkin paling awal wishlist boleh di buat selepas 6 bulan 
   kerja sebab nanti aku takde disini siapa nak belajarkan untuk aku kan? 
   alasan!)

tahun ni nak jalan jalan pegi mana? nanti kita fikirlah sebab aku nak tido bai bai bai

# runway deco deco

well secara overall nya aku rasa minggu terakhir menganggur ini aku lakukan sesuatu yang berfaedah sikit di rumah iaituuuu ::::

sewing project (blouse tidur sophie) in progress, belajar drawing atas kertas dengan kelengkapan drawing yang tak cukup sebab mem besar lupa bawak balik pekakas dia dari rumah Hulu Bernam so belajar jugak lah mana yang paham walaupon jujurnya aku ni memang lah tak de bakat artis. aku rasa menjahit adalah satu bakat yang sangat pening kepala dan aku sangat salute lah orang yang terer menjahit ni. buku aku boleh baca, resepi aku boleh tiru tapi MENJAHIT is hell no tiru tiru hell no baca baca. kau baca lah sampai juling pun belum tentu paham. and so project runway aku untuk assignment 1 masih on the go sebab baru selesai drawing dan gunting kain, esok kena ke kedai jahit tepi dan bengkel jahitan bermula jeng jeng jeng... ini juga lah stage 1 untuk aku membeli table utk runway project, segala pembaris ukuran senang nak draw design baju, cucuk jarum peniti ala ala designer korea (bajet lebih) dannnn gunting designer kauuu (24 hours catwalk). ok bak kata mak kau ni over lah. belaja pun sikit dah macam macam nak berangan, mak ni dah berbelas tahun mejahit ade aku meja designer nak gunting kaen kerrr? oklah fine,satu satu lah. drawing dan menggunting atas lantai dah macam blaja kat mana tah tak mampu nak recall yang pasti super sakit belakang! haus pulak tu. nanti kan kemunculan blouse sophie dalam Assignment 1 project runway mira hahahahhaa


ok kerja berfaedah yang aku buat minggu ini ialah gigih menghantar permohonan rumah nak beli dekat area Hulu Selangor, kawasan perumahan ni baru buka so siapa siapa yang layak boleh la memohon, dengan syarat kelayakan pendapatan mu mestilah di bawah RM 2500. Ia adalah usaha kerajaan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. so disebabkan aku tidak lah layak maka emak kata mak nak apply. kalau dapat rumah yang kita apply ni, mak kasi along lah okay. waaa hati ku gumbira macam nak terbang okei. apa apa pun jawapan lagi 3 bulan dari sekarang. 25hb 6 aku hantar borang ni kat pejabat tanah maka awal bulan 10 lah aku tanya PTD apa cerita kan. kalau dapat ni aku nak melabelkan ia adalah hadiah harijadi paling excited hahaha. inshAllah ada rezeki tak kemana, wehuuu 


dan last sekali ialah dekorasi bilik lama aku yang dah agak usang dekat rumah tu. itu nanti kita sambung lah sebab aku lupa amik gambar nak share. ada banyak plan aku kena buat untuk bilik zaman bujang aku tu, kalau menjadi seronok la nak melepak dengan suami pulak, dulu zaman bujang melepak dengan angah & alang. sekarang alang pun dah kawen, angah soon...masing masing ada partner kan..so apa lagi pegi lepak lah dengan laki dan bini engkorang masing masing hahaha.

ok dah lewat, sekarang kena belajar tido awal kalau boleh. semalam pun entah pukul berapa aku tido. nasib baik kau ada. 


bajet tidur dalam flight la konon? tak awsome langsung. ini pun sebab bersepah suami asik naik qatar airways je dah macam macam bag goodies dia bawak. guna guna la sebelum melanting ke tong sampah, okay ladies...happy working tomorrow! bai


# kacau

ini adalah luahan hati random. sebab aku masih tercari cari jawapan yang pasti untuk sesuatu kemusykilan. 

aku ni jenis manusia yang kadang kadang tu boleh ingat apa isi kandungan mimpi dan masa memandu aku akan ingat semula why and why. kadang kadang isi kandungan mimpi aku tu menganggu kehidupan sebenar aku. aku ada soalan yang aku nak tanya andai korang tau jawapan nya. pernah tak korang come across mimpi yang kau orang tak rasa ia perlu lagi buat masa sekarang. memandangkan situasi kau sekarang ialah ibu dan isteri kepada suami yang sangat sayang pada kau, kau akan di datangi oleh mimpi yang kau rasa tak perlu. adakah ia berlaku secara natural atau ada perkara lain yang membawa aku kepada mimpi mimpi seperti ini. jujur aku katakan kali ini ia sangat merimaskan aku. rasa nak marah pada diri sendiri pun iya. sebab nya aku tak suka nak bermimpikan kau lagi, tapi kenapa kau datang? aku tak faham lah. apa selama ni aku berfikirkan kau ke? tak ada. sesaat pun buat masa ini tak ada. aku happy dengan kehidupan yang aku miliki sekarang dan aku tak pernah terfikir langsung nak terfikirkan kau. ini bukan kerana aku benci. aku tak pernah benci kau tapi kenapa kau kena masuk mimpi aku ni? 

setiap mimpi yang aku dapat semua membawa maksud akan sesuatu.dan itu lebih merisaukan aku. kadang kadang dalam mimpi tu sendiri aku menangis sambil kata sudah sudah lah, tak ada apa lagi untuk kau datang dan bercakap tentang rasa hati, kalau nak bercerita tentang ini bukan sekarang, lama dulu. kalau kau minta aku beri pilihan dah semestinya pilihan aku tetap satu. tak berubah kemana pun keputusan tu. aku rasa sepanjang 3 tahun aku kahwin ni, berapa kali sudah kau masuk dalam ruang separa sedar aku. benci nyaaaaa.

aku pernah tanya pada mak, apa kita dapat mimpi sesuatu tentang seseorang tanda nya apa? emak kata itu tandanya mungkin orang yang kau mimpi teringatkan kau. jadi perasaan hati tu sampai melalui mimpi. dalam hati nak je berkata (amboih kuat sangat perasaan hati tu kan,melampau). mungkin juga mak fikirkan aku termimpikan suami. ya aku sangat suka kalau termimpi suami, aku jadi rindu sangat pada dia. itu mimpi buat aku bahagia sepanjang hari, ini bukan mimpi bahagia, ini mimpi buang masa! 

mimpi yang paling aku tak suka bila kau tanyakan sesuatu yang tiap kali kau datang dalam mimpi aku, itu yang kau akan tanya, kau tau tak aku bangun dari tidur aku mula berfikir kenapa aku mimpi benda macam ni? menyiksakan lah..menyiksa :( 

sampai satu masa aku terfikir, memang mimpi ini sudah ada rancangan atau apa? memang mimpi ini boleh di rancang oleh orang lain supaya aku boleh di ganggu di alam maya ke apa? jangan paksa aku periksa. buruk padah nya nanti. kita sudah ada kehidupan masing masing, sungguhpun kau adalah sebahagian dari kenangan hidup aku, itu tidak bemakna aku menjemput kau kembali masuk ke kehidupan aku sekarang sungguhpun di alam maya. kau tidak akan di jemput selama lamanya.

ini kali ke 8 mungkin.. kalau ia berulang lagi..aku nak jumpa ustaz. tak suka perasaan ni, tak suka :(