Sunday, July 21, 2013

# cobaan~



Hati emak di duga lagi. Haritu aku dapat surat dari kerajaan Malaysia. Depa suruh aku attend interview pada 3 Julai 2013. Tapi memandangkan keadaan semasa yang tidak begitu mengizinkan, dengan baru masuk kerja, dengan tiada cuti annual leave, memang aku lupakan hasrat itu. Bukan apa lah,sekadar nak merasa macam mana la orang interview government kan. Susah ke? Senang ke? Kalau kerja swasta ada sampai 7-8 stage interview untuk position technical. Kalay position technical di jabatan kerajaan ni ada berapa stage pula? Nak merasa katanye :P 

Disebab kan masa tu aku dapat surat di tangan pun dah lewat, baca dengan hati kebas..aku lupakan hasrat itu. TIBA-TIBA tadi, aku dapat lagi email. Email pulak dah. Invitation untuk interview lagi, jawatan yang sama ni, depa tak amik orang lagi ke cemana ni? Atau adakah ini peluang kepada saya untuk mencoba nasib? Kiranya kalau saya dapat ni khen, kerajaan sudi ke nak bayo pengajian saya kat UKM? Ehehehe kalau nak sponsor saya nak pertimbangkan boleh ke? LOL

Alahai belum pegi interview aku dah berangan sakan.dapat pun belom hahaha. sungguh tak sesuai. Tapi isu yang sama lah..aku belum confirm lah. Macam mana nak attend interview ni? Dapat ke aku pegi ni...hm 

surat pertama

 jemputan kedua pula dia bagi 


# pampers!



Selamat hari Isnin all...wah semangat nye nak pegi keje harini sebab aku melompat katil ye.lambat bangun! Tido awal tapi sebab malam sabtu haritu tido pukul 4 pagi so dia menjadi tabung la untuk tidur terlajak pagi ni. I hope semua orang berpuasa :)

Harini aku nak meluah rasa dan pendapat tentang isu pempes. Pempes ialah pampers hahaha.takde keje saja je aku merepek tulis camtu. Selaku ibu yang hamper mencecah dua tahun berpengalaman, ada la beberapa brand pampers yang menjadi dilemma dan tanda soal kadang kadang. Macam la orang tak tau aku ade sofiya tu haaa. Ye sekarang ni aku dalam misi menukar pampers jenama lain pulak sebab beberapa perkara. Mari kita baca rentetan peristiwa ini.

Masa sofiya baru lahir, pampers pertama yang kami belikan ialah jenama Pureen. Masa ni memang lah tak tahu menahu lagi pasal pampers so kami mulakan dengan Pureen, kebetulan masa sophie belum lahir tu ada jualan gudang pampers ni so kami beli stock yang banyak dalam 10 plastik rasanya. Tapi baby kan dia suka yak sikit sikit pastu definitely la kena buang jadi memang berbaloi sebab pampers pureen takde la mahal dan sesuai untuk baby baru lahir. Nak nye pulak sophie masa mula mula lahir ada few days dekat hospital sebab kena jaundice so masalah kehabisan pampers adalah mustahil.



Lepas beberapa bulan pakai pureen, aku dapati pelekat dia adalah tidak best. Plastic yang keras dan aku takut peha sophie melecet. Jadi aku berubah kepada Drypers, pelekat nye lawa dan kemas.lembut yang pasti. Tapi masalah nya bila sophie pakai drypers, kapas yang serap air pee sophie tu akan jadi keras dan pecah pecah kat dalam. I wonder why. Kadang kadang tak dela penuh mana pampers tu tapi kapas dia keras dan pecah pecah so aku tak bekenan. 



Makanya lepas abis pakai pampers drypers, aku mencuba pula Pet Pet. 




Aku dah lupa features Pet Pet punya pelekat tapi masalah yang sama berlaku, dia punya kapas tu mengeras dan pecah pecah.  Aku tak pasti lah samada aku yang cerewet bab pampers atau apa tapi aku memakaikan sesuatu pada ank aku, aku akan fikir keselesaan tu kalau aku pakai. Tu la masalah aku agaknya, hahaha. Agak lama jugak aku pakai Pet Pet tapi lama lama aku rasa tak sesuai lalu aku bertukar kepada Huggies.



Aku dah guna Huggies ni macam macam color, dari Biru- Merah- Hijau. Features Huggies adalah lawa dan selesa bagi aku lah ni padahal bukan aku pakai pon haha. Tapi Huggies juga ada masalah dia sendiri. Sophie ni seorang anak yang aktif dan kuat makan dan minum. Kalau anak orang suka makan nasi susu dah kurang kan tapi anak aku semua sama banyak. Kalau dia banyak makan nasi, banyak makan cookies, kuantiti minum susu dia static, takde berkurang mana. Bila dia banyak makan dan minum, tendency untuk dia pee adalah 80% higher than budak yang kurang minum susu, juice + plain water. 



Aku adalah seorang emak yang menukar pampers anak macam aku menukar pad aku sendiri. Infact mak aku pun memang macam tu menjaga sophie. Setiap 4 jam tak peduli lah pampers kau penuh atau tidak sophie kencing setakat 2 kali pun aku tetap menukar pampers baru. Sebab aku pernah pakai pampers masa pantang. Kan aku ada complication ginjal lepas ceaser so kena pakai pampers sbb pundi kencing tak grip. Pakai pampers adalah sungguh seksa dan panas, so setiap 4 jam aku akan tuka pampers anak aku sebab aku tanak anak aku panas. Aku dulu lagi dasyat, kencing 2x je aku dah bising nak tuka pampers hahaha. Sebab panas ok, panas, tapi entah la agak nya ada beza pampers baby dan pampers orang tua, kan? Siapa tau kan kan. Ok lah, sambung cite sophie lah! 



So bila aku tukar pampers sophie even sekerap 4 jam sekali, bila aku cek pampers dia, pampers tu akan basah di permukaan. Definitely la tak selesa kan. Aku sangat pantang la kalau anak aku kena ruam, sanggup aku pegi clinic pukul 11 malam. Sophie pun dah biasa agak nya dia dah paham kalau something wrong dalam pampers dia seperti kena ruam ke melecet ke dia akan bising marah marah tanak pakai pampers ok. Berlari baring atas katil adapkan muka aircond kat punggung dia. Mungkin panas? Pedih? Siapa tau kan. Bahasa kanak kanak boleh di baca dari perbuatan dia je. Sungguh anak ummi LOL. Alhamdulillah, sepanjang sophie membesar, dia paling susah la kena ruam atau melecet. aku rasa ada 2 3 kali je dia kena ruam pastu aku anta pegi clinic - setel.

Tapi aku tak putus asa dengan Huggies ni, bila color biru tak sesuai, aku tukar color lain, sampai macam macam color ada. siapa yang ada ikut aku kat instagram pernah la come across koleksi pampers Sophie kan. Huggies punya harga pun bukan murah ye. Kalau 40 keping tu kau beli kat jusco nak RM50 harga dia sepeket. Demi Ultra Dry la Comfort la tapi takde la ultra dry mana. Tapi kalini aku tewas. Aku malas nak pakai huggies dan aku akan bertukar kepada pampers travel sophie, Mamy poko. Selama ni aku hanya beli mamy poko untuk travel. Kenapa? Aku pun tak tau. Kalau short stock aku akan ke 7e memang jumpa mamy poko je so beli je la mana ada hahaha. 



Semalam pampers sophie habis tanpa di sedari dan tinggal 3 kepinggg je, aku keluar la ke 7e pukul 1230 malam beli pampers. And again,bertemu kembali dengan mamy poko. Bila tengok pampers nya memang lawa la baru nak perasan. Tapi harini aku tak de la nak memikirkan pelekat mamypoko pulak, sebab sophie dah boleh pakai pampers pants, so mari lah kita mencuba mamy poko pants pula. Nanti dah cuba aku kasi review okay! anak aku baru satu tapi berapa jenis pampers aku dah beli. life is beautiful. hahaha

Panjang nya membebel...hanya kerana pampers anak, kbai!