Wednesday, July 24, 2013

# besiap.1

Banyak nya benda aku nak cerita harini, aku rasa harini je aku dah menaip berapa entri 2 3? Ini yang terakhir untuk hari ini agak nya. Semalam aku ke Putrajaya, nak buat passport kami satu family. Aku emak dan sophie. Kebetulan masa pagi pagi bangun tidor tu aku dah plan nak call dulu Jabatan Imigresen kat mana terdekat aku boleh pergi. Dengan yakin nye aku pegi la dekat Jalan Duta ni. Mula mula kat Pusat Bandar Damansara sekali tengok balik dalam waze takde la plak yang tepat tepat sampai. 

Aku duk berpusing tempat yang sama sampai naik boring. Last last bagi jangan membuang masa, aku set kan waze ke Jabatan Imigresen Putrajaya terus. Elok elok sampai pukul 10 sebab sesat melayan hujan lah bagai aku bertolak dari Damansara ke Putrajaya pukul 11 ye. Jem dan macam macam lagi ujian masa memandu sampai la ke Putrajaya pukul 12.30 tgh hari.

Masa sampai Putrajaya aku memang sangat tak tau la jalan jabatan kerajaan ni macam mana, sangat sakit kepala tau. Aku main langgar je jalan yang ada warna kuning yang patutnya kalau jalan biasa tu maknanya jalan tu tak boleh berhenti kan? Ni aku buat suka aku je. Sebab dah sakit hati susah sangat nak jumpa imigresen. Sampai je kat Precinct 2, keluar keluar je meredah hujan aku terbaca kat notis tu kat precinct 2 takde dah buat passport, kena pegi precinct 15. Memang lah kan. Aku redah balik masuk kereta kena hujan tau. Hangen je. 

Sampai precinct 15 dah pukul 1. Tanya pak guard tu dia cakap pukul 2 baru buka. Dah la bulan puasa kan. Nak tunggu jalan2 makan sedap la jugak. Ni puasaaa. So duduk dalam kereta dan tunggu sampai pukul 2. Masuk masuk ambil no. Giliran dia nak tengok semua dokumen. Rasa stress sangat sebab surat beranak sophie boleh la pulak aku tak bawak masa tu. Maka hanya aku dan emak punya saja lah yang siap ni. 

Adoi...esok kena pegi Wangsa Maju jela, senang nak siapkan je. Lagipun gambar sophie dah amik. Tinggal nak tunjuk surat beranak je lagi. Sophie balik kampong pulak malam tadi so nak kena amik balik la malam ni. Aduh nangis. Aku ingatkan Nalynie ni mintak passport minggu depan sekali semalam dia dah mintak dah. Anak aku ni tak siap lagi passport dia. Ni bos pun tak masuk lagi. Khamis Jumaat dia memang tak da aku lupa T-T kena segera la nak mintak cash advance + clothing allowance ni. Kang pegi takde duit pulak sedih kang. 

Pastu kan, I is gaji 7hb. Sebab ini bulan pertama aku kerja sini so semua orang kena ikut. 7hb baru dapat gaji. Cemana aku nak shopping raya niiiiiiiiii aaaah sekali lagi nangis. 2 minggu lagi kena besabar la. 2 minggu lagi T-T mesti korang dah gaji harini kan, mesti minggu ni korang dah membeli baju kasut handbag raya kannnn. sobs...


# kerja-sama-kerja



Dalam kehidupan bekerja, ada banyak benda yang kita kena belajar.. belajar ni macam macam stage. Ada stage senang seperti kesedaran sivik dan ada yang stage susah sampai amik masa 2 3 tahun baru kau boleh digest. Ada 1 2 perkara yang kau kena pahami bila kau dah kerja. Kerja bukan belajar. Tak sama. Kalau belajar kau boleh buat macam macam cara kasi kau pandai, tak mempedulikan rakan sebelah meja atau roommate. Tapi bila dah masuk alam kerja, kau kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan, dengan orang sekeliling, dengan kawan kawan selaku team kau. Kalau dulu kau buat thesis sorang-sorang sebab lecturer memang kasi title satu sorang so kau usahakan lah. Tapi bila kau masuk alam kerja, satu project tu ada berapa belas orang yang akan involve, kalau salah sorang palat makan project tu takkan menjadi – GAGAL. Konsep ini ramai yang lupa dan buat buat tak tau sebab masing masing sombong besar kepala.

Seperti yang aku dengar kawan baik aku kena treatment yang sangat menyakitkan hati di office smalam. Aku rasa aku nak meluah rasa kat sini. Supaya korang jangan buat dan layan kawan korang macam ni. Kita semua sama. Jangan sebab gaji kau 10k gaji dia 3k kau layan dia macam lapik kaki. Aku kakikan kau nanti.

Selama aku kerja..aku akan di masukkan dalam team. Tak kisah la team APCC masa zaman IBM dulu, kami di bahagikan task ikut country mana nak jaga. Kat situ la kami sama sama kejar nak submit PA & BA sebelum closing. Berhempas pulak kak ana kasi sokongan suruh kami kejar asap bagi close account nt masuk dalam bulan yang di jangka. Seronok. Kat situ la aku kenal kerjasama tu macam mana. Situ lah aku kenal kawan-kawan seperjuangan, aku kenal Zue.. dialah kawan serumah, dialah kawan sebelah meja, dialah kawan sebelah bantal J dia sahabat, sahabat syurga inshaAllah. situlah juga aku kenal ummi, kawan yang dok membebel kalau kitorang ni malas ke buat keje bukan bukan ke. Situ lah aku kenal angah didi, serumah dari rumah keramat sampai ke Flora Damansara. Aku ramai kawan, dan aku suka kawan kawan aku. Yang aku tulis ni hanyalah sebahagian. 

Bila aku pindah dari IBM ke company lain, situ lah aku jumpa kawan yang lain. Situ lah aku jumpa kak rini. Dia kakak bagi aku, dia bukan kawan semata mata. Banyak kisah sedih gembira ada dengan dia sepanjang aku kat situ. Aku kenal anip, kawan begaduh lain jantina. Situ lah aku kenal sarapi, kawan masa aku mula mula masuk company tu,lepas tu sarapi pindah balik ke Petronas. Start sarapi pindah ke Petronas aku mula kawan dengan kak rin. She is my best friend at that place. Lepas kak rin, aku kenal Yani, dia la kawan gossip aku yang gila gila. I like all of them, in fact I love them. 

Aku agak tekejut bila aku tau salah sorang kawan aku ni kena treatment yang kurang bagus. Semalam ada tender nak hantar, takde sape teman dia siapkan tender. Nasib baik la ada jugak kawan yang ada hati perut teman dia sampai pukul 1 pagi. Segala passport pun dia kena kutip. Mana pegi semua orang ni? Tak baikla buat dia macam tu, dia ada keluarga paham tak? Dia ada anak kecik kat rumah. Kot ye pun korang nak cut cost, jangan gunakan dia, pegi gajikan orang la yang boleh buat benda ni, sikit takde kepala otak. 

Selama aku keje sana, aku takde nak tinggalkan kawan aku kalau benda melibatkan tender. Samada aku yang ada benda nak siapkan atau dia yang ada benda nak siapkan. Kami akan stay sama sama sampai pukul 11. Ini semua nak balik ontime apacer? Korang kan dah hire orang yang gantikan aku tu. Yang korang kata dia hebat tu JD sebijik sama cam aku thats why korang tunggu time je aku blah, tapi aku tengok takde la nak berhempas pulas mana. Semua ni semata mata kalau nak hire orang, kena dapat approval perempuan gila tu dulu, siapa bos dalam department ni pun aku tak tau. Semua dah makan nasi kangkang ke? O.o

Paham la keadaan orang lain jugak...kalau kau nak berbuka puasa dengan anak anak, begitu juga dia. Kalau kau nak balik awal nak pegi sembahyang terawih, macam tu jugak dia. Kalau kau nak balik awal nak tengok muka anak bini, dia pun sama. Letak keadaan dia di tempat kau. Kalau kau merasa apa dia rasa, sanggup ke? Baru jalan sikit otak tu berhati perut. 

Keadaan sekarang ni tak berapa mengizinkan sbb salah sorang dari kawan aku sekarang ni kat tempat lain, ada attach project lain, jadi untuk sesiapa yang tinggal ni..bawak bawak la kerjasama. Tolongla ringan kan beban kawan aku ni. Bukan kau je puasa. Dia pun puasa paham? Kau nak je ke reti balik ontime? Sebelum kau balik, kau Tanya la dia, mana boleh bantu. dia pon boleh balik ontime. TOLONG kawan tak luak setitik peluh kau. 

Pada mereka yang ber level lebih besar, ini bukan masanya kita nak selamatkan punggung masing masing. Jangan sebab nak selamatkan diri sendiri sangat, dia resign tiba tiba baru kau menanggung nanti. Hahahahaa. Aku tak zabarrr ni nak tau berita gembira, tak zabarrrr sangat! Nak tengok pulak engkorang jadi macam mana kan kalau tiba tiba kawan aku pulak mengorak langkah. Tunggu dan lihat lah.

# versi baru



Aku selalu akan datang mimpi. Dan paling best bila aku ingat mimpi aku tu. Best sangat sebab benda tu boleh buat aku sakit hati serabut mimpi benda ntah apa apa. Benda tak perlu dalam kehidupan. Macam pagi ni pukul 430 pagi aku dah dapat mimpi versi baru. Ini rasanya kali ke 8 aku mimpi kau. Stress pulak la rasa.

Aku mimpi kau dan isteri bersama the new born baby ke rumah aku. Aku tak pasti kenapa kau datang rumah aku tapi yang aku Nampak ya, ini ialah rumah aku dan masa tu bini kau tengah dukung baby baru lahir tu. Rumah aku masa tu ada macam buat solat jemaah dan aku tak pasti siapa yang jemput kau.

Bila bini kau masuk dalam rumah aku dia terus ke bilik angah tidur. Dia bersembang dengan angah macam dah lama kenal. Lepas tu dia ajak angah keluar beli barang. Dan kau tinggalkan suami kau di depan rumah. Aku Nampak kau masuk rumah depan tapi aku tak pasti la rumah depan aku ni rumah siapa. Cuma Nampak kupiah kau jela sbb kau pandang dari beranda rumah tu kau pakai jubah dan kupiah.

Masa bini kau keluar dengan angah, aku teringat mana pulak baby tadi. Yes, the newborn. Aku cari baby tu dekat dalam bilik solat umah aku. masa tu tengah solat jemaah kan so agak ramai wanita-wanita tak perasan muka dalam bilik tu tengah berdiri betulkan saf. Aku Nampak new born baby tu atas karpet. Aku angkat dan dukung baby kau. Aku terjaga. 

Apakah maksud mimpi ini?

Versi baru yang pasti. 

Kau masuk kan ahli keluarga pulak dalam mimpi aku kalini.

*terfikir fikir.

Kata Zue.. “Tanya lah Ustaz, InshaAllah Zue”

# majhu



Harini.ada beautiful thing happen masa aku nak pergi kerja. Saja lah kan nak propa sebab aku rasa excited gila nak bercerita. Ok let’s get back to business. Lepas aku bersalin kan sofiya, ada la beberapa perkara yang aku tak berapa nak tahan bila mata aku sendiri memandang ye. Tiap kali aku pergi cermin besar tu aku akan terpandang satu bahagian yang besar iaitu peha aku. Aku ingat lagi anip kata peha aku macam peha ayam. DRUMSTICK ok. 

Tapi itu lah kebenaran nya. Memang lemak terkumpul kat situ tak tau nak pegi mana agak nya. Aku agak stress lah sebab asal nak beli seluar cutting remaja ni dah takde la merasa. Semua akan sangkut kat peha. Masuk seluar jeans dah macam sarung nangka kat peha je. Kalau kita Tanya suami dia bukan la nak amik kisah sangat, dia akan cakap takde apa la okay je abg rasa. Ok je abg tengok.  And again..it is all about yourself. Kalau kau lega dengar orang memuji kau dah lawa dah body tanpa pandang cermin teliti, terpulang lah. Aku bukan pesen gitu. Aku...aku kena pandang diri aku dulu baru confident tu datang dengan sendiri nya. Ni nak confident cemana asal kau nak sarungkan jeans je dah macam kena jerut peha. #stress tahu? 

Sejak angah memperkenalkan supplement bernama Shaklee ni.. aku mula mula rasa macam alaa ko caye je la benda benda nak membuang duit ni tau. Membazir lah..tu la ada kepala otak aku masa mula mula angah beli set supplement dia. Dia membelanjakan rm300 untuk supplement tu je. Minda aku hanya cakap kau membazir gila la ngah. Please la open your eyes~ aku tak termakan der benda benda yang ber commitment macam ni, nak nye plak kena disiplin. Memang la tak termakan. Tanya aje la mak aku kan, stok ubat aku beli ala ala supplement ni last last mak aku je makan sampai dia marah kau jangan beli beli lagi dah. bukan kau yang makan,emak yang kena abiskan. Huanghuanghuanggg

So hati aku kata takpelah ngah kau makan je la sorang sorang, aku nak tengok hasil kat kau dulu la cemana. Sebab testimony memang akan berhasil kalau kau sendiri makan, kalau kau tempek muka artis yang pegi London Weight Management ke. Bizzy Body ke, Mary France Bodyline ke... memang membuang masa la kau beli. Angah kata okay, aku akan jadi rat lab untuk product aku sendiri. And yes..dia makan and dia disiplin lah. Aku salute dengan adik aku yang malas bab lain tapi rajin bab kecantikan, good for you angah.

Dia start makan ESP Soy Protein mula mula sebab dia kata makan benda tu boleh kurus. Ye ke boleh kurus? Kau memang la boleh kurus sebab kau naik basikal mesin kat rumah kau 17 km sehari. Pastu buat sit up la, main badminton la tiap tiap khamis, memang la kau boleh kurus kan. Aku nak tengok la mana part yang akan kurus kat si angah ni kalau betul la benda ni membantu dia kan. Apa yang aku perasan kalau kau rajin exercise, badan kau tak mengurus tau..ni aku Nampak pada angah lah. Sebab dia mmg kaki gym. Bilik tidor dia memang macam gym. Dumbbell pon ade tau. Semangat kesukanan tu bagus tapi apa yang aku Nampak bila dia kuat bersenam, otot dia makin sasa!!! Peha dia makin keras. Betis dia makin keras dah macam pelari Olympic la plak. And of coz dia jadi cam sasa. Wanita sasa. 

Aku Tanya dia..sebenarnya apa aim kau makan ESP ni.dia cakap dia nak kecilkan peha dia, yelah kuat senaman mmg badan curve tapi sasa cemana ke aku nak cakap ni. Oklah aku tengok la dia makan ESP tu..2 minggu aku tak perasan apa apa lah kat dia. Cuma aku perasan apesal muka kau macam dah takde jerawat ni? Parut muka sebelah kiri je Nampak bintik-bintik, the rest all gone. Aku Tanya kau tuka pencuci muka ke? Dia cakap takde.aku makan ESP lah! Tu lah aku suh makan tanak! Kedukkkut. Ok lah fine aku diamkan je sebab mindset aku still rasa aku tak nak membazir hahaha.

Dia makan sama ngan mak aku masa tu. Angah makan lechitin and alfalfa sekali. Same as my mom. Tapi perubahan pada mak Nampak lagi cepat mungkin sbb mak ade lemak tak degil. Angah lemak dia mungkin dah degil sebab dah jadi otot wanita kuat haha. Aku perasan mak dah kurang lilitan perut. Biasa la kan, orang dah beranak 4. Umor pulak nak cecah 50 tahun. Kebuncitan adalah mengganggu dia. Dia tak suka la buncit sangat sebab part lain takde la gemuk mana,perut jeee. Sebulan mak makan aku Nampak perut mak dah makin kempis dari sebelum ni. Dia punya happy jangan kata la. Ok aku relax lagi. One fine night aku nak kua dengan angah, dia baru sampai dari nilai masa tu, dia keluar kereta aku terkejut pandang kaki dia dah kecik, as like...betul ke apa aku Nampak ni kan. Masa tu aku rasa..eh apa salahnya nak beli supplement, mungkin kalini aku disiplin. 

Angah memang pandai bab strategy. Dia bagi afzal plak cuba. Afzal tak de la makan untuk kurus sebab dia dah memang tinggal rangka pffft tapi afzal makan untuk kulit dia, sebab dia adalah padang jerawat. So start dia makan ESP tu sahaja, jerawat dah makin tak berapa nak subur dan parut dah start jadi merah. Dulu parut muka dia jerawat adalah hitam okay. Nampak gelap la mamat tu. Now kau pegi tengok muka dia. Apa jadi..hati aku makin meronta ronta dalam ego. Oklah aku try Tanya angah la..”Ngah, aku nak beli la ESP tu” aku tau depa nak mengata aku dari depan tapi takpe aku redho. Aku pun tanak drumstick ni dah, ia berat. 

Aku tak makan Herba Lax sebab aku tak sembelit. Aku tak makan Alfalfa sebab aku tanak. Aku jugak tak makan Lechitin sebab aku bukan nak kurus satu badan. Aku nak kurus kat peha je. So aku hanya makan ESP Soy Protein. Sehari sekali sahaja iaitu sebelum kau breakfast,kau kena minum la soya ni dulu. Hari sehari sekali dan ini dah masuk sebulan aku makan Shaklee ni. Perubahan yang aku rasa ialah start aku minum Shaklee ni aku dah kurang makan benda manis. Aku kan penggila chocolate, cake, air gas tu memang aku suka sangat lah. Tapi once aku makan ni, aku rasa kesihatan aku di jaga sebab aku terus rasa tak hadap sangat nak makan benda manis-manis. 

Nasi aku memang kurang dari dulu. Mungkin sebab aku dah boring. So bab nasi aku takde la nak komen banyak. Cuma aku suka makan cheese. Roti cheese, sandwich cheese, spaghetti tabor cheese sampai x Nampak spaghetti. Yes thats me. Part ni aku makan je macam biasa takde la menahan lapar dahaga. Kenyang macam biasa Cuma pengambilan tak de menjadi gila gila. Sebab kau amik gila gila tiba tiba kau tak lalu makan. Dia jadi macam Nampak banyak gila atas pinggan kau sampai kau tak lalu nak habiskan. Anorexia ke aku ni? Tidak, masih makan dan tidak la kerangka yang di sangka.

Pagi ni aku saja test satu baju yang aku buat masa alang kawen bulan 2. Baju ni sendat peha dengan perut. Aku takde pilihan masa tu aku pakai jugak even aku tau orang Nampak aku pakai baju ni mesti orang ingat aku ngandung, dah la jumpa gulai kawah makan macam hantu raya. Jumpa pulak sire labu dah rasa macam hari raya tanak balik pulak dari rumah azie haha. Siap pulak mak azie tapaukan tu anta balik ke rumah tumpangan kitorang dah memang macam aku bawak perut je la bejalan. 

Setelah aku minum soya ni selama sebulan (Start bulan 6 haritu) Aku berhasrat nak pakai balik baju masa alang kawen tu. Guess what! Aku sudah maju!! Kain yang sendat macam sarung nangka tu dah LONGGAR. Bukan boleh sarung je tapi dah LONGGAR. Peha aku pon tak de la macam peha ayam dah. Oh serius tak zabarrr nak tunggu suami balik nak posing posing well ini lah nama nya peha darling! Bukan drumstick yang you kata Ok je..Takde la besar mana, OK je...takde la besar sangat. Happy terus rasa macam nak buat ucapan menang award ok. Hahaha. 

Oklah sekian rentetan peristiwa saya buat hari ini. Selamat bekerja all! Byeee