Monday, July 29, 2013

# tetibeeee



Tiba tiba ada orang cakap tak jadi nak balik Malaysia sebab tak de tarikh yang confirm tentang tarikh kawin. So di nasihatkan pulak balik je ke NL. Jumpa anak bini. Tayah balik Malaysia sebab kenduri tak konfem. Eh center pulak dah kepala otak masing masing? Ke sebab takut aku keluarkan kata kata neraka? Apa pun petang ni saya sudah nekad. It will be only me and my mom for the tickets. You want to join us, GO GET YOUR OWN. 

Thank you! :D

# robek hatiku. paham?



Nak meroyan aku rase harini, bukan apa. Sebab aku tak paham dan tak pasti mana satu yang lagi penting sekarang ni. Bayangkan kau ada dalam situasi ni ye, aku nak pastikan adakah aku ni salah atau tak salah. Korang boleh la kasi pendapat kalau mau.

Di sebab kan 10 July 2013 ni aku kena travel dan balik pada 8 Nov 2013, ada in between that time tu suami aku akan balik bulan 9 atau 10 dan stay dengan aku dan anak masa dekat NL. Nak jadi cerita weekend lepas dorang ni ada berbincang pasal tarikh adik suami aku ni nak kawen, dia nak kawen awal bulan 10 tapi exactly tarikh aku nye takde lagi. Nak di jadikan cerita kebetulan suami aku akan balik 27hb Sept nanti jadi disebabkan kenduri adik dia yang tak tentu confirm ke tidak tu akan di buat AWAL bulan 10, dia di kehendaki balik la pulak Malaysia.

Apa kau rasa?

Aku nak Tanya kalau kau la ade kat tempat aku kan, dah la aku ni away dari adik beradik aku sendiri. Away dari angah,alang dan afzal my lil love one. Hanya aku dan emak dan sophie je yang ada. Dia start cuti 27hb 9 dan kena balik dah 3hb 10.  Enam hari jela ade dengan kami kat NL lepas tu kena pegi kenduri adik kawen sehari. Dekat MALAYSIA. Lagi 18 hari tu dia duduk la Malaysia sorang sorang agak nye mungkin la duduk Kerteh mengemas rumah sampai 2 minggu. Atau ikut adik dia pegi honeymoon? atau sibuk cabut rumput lepas habis kenduri? Atau apa? Apa? Apa? Orang lain je ada family ke kau tak de family? Gitu?

Aku tak tau apa aku nak rasa sekarang ni. Yang pasti aku bengang gila. Tak boleh ke korang ni plan elok elok pastu tak boleh ke korang ni fikir gak bab aku dengan anak aku kat NL tu. Korang nak gak laki aku balik sini semata mata nak kena datang kawen adik korang. Adik korang boleh tolong aku tak kalau apa apa aku ngan sophie nak masa kami jauh? Agak agak la nak mementing diri pon korang ni tau.

Yang dia pon sama kan, sebab adik nak kawen, menggelupur la kena balik gak sebab itu adik yang kawen bukan sedara. Memang lah aku tau itu adik kau yang nak kawen, tapi perlu ke dua dua side kau kena ade? Kalau kau tak dapat attend kenduri side perempuan, kau balik la masa kenduri rumah FAMILY kau sendiri. Tak boleh ke? Nak kena ade gak dua dua kenduri? Jadah..

Angah aku pun nak kawen jugak bulan 11. Tapi kalau di takdirkan aku tak balik hujung Nov takde pulak dia nak mengamok marah marah aku. Suruh jugak aku balik even aku ade kat NL tu. Kau gila ke apa? Adik beradik kau je yang macam tu. Dia lagi paham kot, kalau tak dapat masa kat rumah aku ada, aku nak make sure side yasir nanti aku ada. Simple! Alang pun ada masa side kawen angah masa side rumah aku je nanti, masa kenduri rumah yasir dia tak ada sebab dia dah tak ade cuti/ masa tu operasi. Ada angah paksa kan jugak alang balik ke even dia kat Kelantan tu? Balik gak even sehari? Gila!

Ini sebab semua kena ada kot tak peduli la aku jauh dengan anak ni suruh gak laki aku balik JUGAK. Serius aku rasa nak maki orang. Nak je aku cancel kan tiket laki aku skrg ni and suh Nalynie arrange tiket aku dengan mak je pergi balik. Dia nak ikut, nak melawat anak bini, dia datang la sendiri kan sebab adik beradik dia boleh belanja dia payong kan tiket nak pegi NL. Dia pun banyak duit sangat kan. Agak agak rasa nak jumpa kami kau datang la nanti.

Buat masa ni lebih baik aku rasa kau tayah datang pun dengan kitorang. Biar tayah jumpa 3 bulan terus. Ha hadapkan sangat la hal adik kau punya kenduri itu ok. Perap je badan tu kat sini 3 minggu. Kau sunyi ke kau boring ke kau rindu anak kau ke - Ade aku kisah??

Whateverrrrr! Malas aku nak amik tahu dah pasal korang ni. Buzz off!

Cemana nak buzz off, petang ni aku kena cakap dengan Nalynie pasal arrangement ni paham tak. aku tak tau cemana nak cakap tah. nak jeeee aku cakap kat Nalynie "cancel kan tiket dia, aku nak bawak mak and anak aku je 10hb ni"

# sayong nara



Kak Linda is leaving, esok last day, dapat Weatherford. Offer 30% higher than current ye.  Depa bayar ok notice pun sudahnya esok dia dah last day, 31st July 2013.

All the best Kak Linda. Nice knowing you. Padahal dia yang saja saja cakap nak hopping hopping keje sekali dia cabut dulu hahaha. 

Aku masih stay lagi sini sebab nak timba ilmu hehehe. Dah terer boleh la angkat kaki. Kalau company bagus mungkin boleh stay lama lagi inshaAllah. We see how la ok. Ada kemungkinan pun aku akan berangkat dan stay permanently dekat NL under expat basis. Kita tunggu keputusan nya lepas balik bulan 12 nanti. 

Zira is making move as well inshaAllah. Dia tengah tunggu Deleum call. Lepas ni memang keras la aku sorang sorang sini. Takde kawan laa. Team subsurface memang takde pempuan. I am all alone T-T nak emosi la pulak kannn hahahha. 

Apapun life must go on, sebab dari situ lah kita belajar nak survive. itulah kata kata nasihat suami aku masa aku mula mula masuk sini susah nye nak nampak muka melayu aku dah gabra. dia lagi susah, duduk tengah tengah field mengarah mat saleh buat keje. janji you know what you do and you will be good in it :) inshaAllah. korang semua pun macam tu okay!

to Kak Linda.. Good luck and thank you for your recommendation! Kita jumpa nanti di Weatherford. Ehhhh

 kak linda yang kat tengah tengah ni :D

# masalah 2 3 4



Harini aku ade satu dua tiga masalah nak kena settlekan. 

Masalah pertamanya boss system aku belum siap. That means, ia tak membolehkan aku menghantar claim kalau aku dah start travel. Masa call orang bertugas untuk set up benda tu dia macam bertanya tanya mana aku nak pergi. Oh come on..you the business. Sikit banyak tu aku percaya lah, memang orang downstream ni banyak sensitip dengan orang upstream.  Banyak perkara yang aku tak sepatutnya Tanya aku dah bertanya kat dorang. Yelah, kalau tak kat siapa pulak aku nak Tanya lagi? Bab HR kena la Tanya korang jugak nanti aku terkebil kebil tak tau mana hala tuju susah ok susah

Masalah keduanya tentang international medical coverage. Dorang ni kat HR ni nak main suka ati je nak suruh aku bayar dulu pastu claim balik. Aku tak kisah sebenarnya bab tu TAPI medication fee untuk pergi consultation adalah TIDAK murah ok. It may cost you about 200euro sekali datang. Aku bukan minta yang bukan bukan tapi sekurang kurang nya korang ni carilah alternative macam mana dengan coverage kami yang akan merantau ni. Kalau tak kisah claim balik untuk pergi clinic sahaja aku hantar 2000 esok jangan lah bising okay.

Masalah ketiganya ialah tiba tiba ticket emak tak boleh book sama sama, kena book asing. Dah cemana ke ni. Satu hal la pulak aku kena tau mana airlines korang nak anta aku naik ni lepas tu aku kena make sure emak punya ticket pun dalam airlines yang sama lah. Menyusahkan betul lah engkorang ni, petang ni korang nak call kan? Aku nak bincang benda ni betul betul. Btw, ticket aku mana ni? Nak kasi ke tanak kasi?

Masalah ke empat ialah aku dah dapat assignment!! Goodness it is an Algerian project under BRW project dan aku dah kena attached dalam project tu. Beautiful isn’t it? Damn beautiful if only you know what is really going on and aku ingat kan aku kena pegi sekolah ni rupanya nahhh amek, attachment terus. Bravo. Pergi ngadu kat Naveen dia cakap kenapa kau nak risau..apa benda kau tak tau kau boleh tanya. Orang bukan tak tau kau junior. Sebab tu lah kau kena belajar kat sini. Iyelah dah nama aku attached situ maknanya aku dah start accountability untuk project itu ok  T-T aku akan buat interpretation dengan Guus Noddick. I hope he’s okay. Fuhh! Sekarang berterabur dah report Algeria ni atas meja. Mana satu aku nak start dulu tah. Ucapan last Naveen dalam email “here is the report close to the BRW, happy reading-enjoy” #aku tak pasti nak berasa apa.hahaha 

Masalah seterusnya ialah berkenaan raya. Ye ke dah tak boleh tukar duit raya? Kesian lah aku dan suami nak kasi duit raya kat anak anak sedara dah tak dapat lah. Korek korek la mana mana duit pecah yang ada. Korang dapat duit buruk la nanti hahah sorry anak anak sedara ku+ adik sedara yang belom cukup besar. Aku risau pasal duit raya tak tukar suami pergi risau duit usd tak tukar tukar. Menyampah tak. Takpelah sebab sekarang ni USD currency tengah mencanak and hopefully bila convert dapatlah lebih. Amin amin amin. 

Masalah yang akan datang malam nanti ialah isu baju raya. serius aku belum beli apa apa lagi ok. entah bila nak cari aku pun tak tau. dah la nak cari saiz aku ni susah. kalau nak tempat memang lah kain kau buat kena lempar je nanti. so ini juga adalah masalah, harap harap saya dapat ke midvalley dan setelkan shopping asap minggu ini juga. #kepala pening.

Sekarang sakit perut. Apekah.

Oklah selamat bekerja semua kawan kawan,bai

# jangan lah

aku tak pasti dengan sikap ini tapi bagi aku jangan lah...jangan lah prektis sebab aku rasa macam nak melempar lesung batu di kepala sesiapa yang lalu depan aku sekarang. Dalam banyak banyak perkara yang aku boleh tolak ansur, semestinya ada benda yang aku rasa aku tak boleh nak tolak ansur. Seperti dalam satu dua insiden..

Insiden 1
seorang wanita dengan tidak segan silu pandang tangan kau. Kanan ada gelang tangan, kiri ada jam tangan lawa. Lepas tu pandang macam nak bertanya tapi tak payah dia tanya dia dah buat muka. Jadi bila kau tanya aku automatik takde selera nak jawab paham? Soalan kau adalah biasa, kat mana kau beli jam tangan tu? Berapa? Serius aku takde marah kalau kau nak Tanya aku tapi aku tak suka la reaction tu, macam ape jeeee. Soalan kau aku jawab dengan tenang dan sekarang aku pulak nak tanya kau..kenapa kau mesti pandang aku macam tu dan buat muka macam tu? Kenapa? Kenapa? 

Insiden 2
Tengah sibuk ambil makanan sekali ada orang tegur kau, wey beli gelang baru nampak. Berapa tu? Untuk soalan ini, aku serius tak marah kau nak tegur aku pakai gelang baru ke apa. Yela ini suami belikan, of coz dia happy kalau orang tegur wey kau dah pakai gelang baru~ tapi bila kau tanya berapa harga tak ke kau rasa macam sensitip benda benda gitu? Ke kau nak tau sangat berapa harga gelang tangan aku pastu kau mengata aku kat blakang ye. Mengata la sebab aku pandai ngabiskan duit laki aku, ade ke aku kisah? Wehihu. Dasar betul.

Insiden 3
Sambil sambil korek rahsia, tiba tiba orang Tanya kau, eh cincin baru ni beli sebab tolak cincin lama ke? Gelang baru ni beli sebab tolak gelang kawen ke? Kejadah nye aku nak cite benda benda gini? Mak aku tu elok je kalau Nampak aku membeli la, dia lagi kata wah lawo Nampak. Itu je, takde pulak keje dia nak Tanya “kau gadai gelang lama ke nak beli gelang baru ni?” meh aku tanya balik “kau nak kena penampar ke kena cili mulut?” overla.. mentang mentang la aku buat baik je takde melawan kan. Sekali aku keluarkan kata kata neraka kang nangis kau nanti.

Insiden 4
Hanya kerana aku kena pergi training keluar Malaysia, perlu ke kau kira berapa gaji aku ni? Ini part paling sensitip la..bila aku tak cakap kau kata aku gaji kerani je, lebih lebih belanja semua laki aku kasi, ewah ewah mami jarum kau kan. Memang la gaji aku tak de la sebesar gaji suami aku tapi aku ade duit kot nak beli apa aku suka. Aku punya suka la! Sibuk sangat orang melayu ni. Sebab itu lah kalau meniaga tak mau maju maju, busuk hati lebih kuat dari muafakat.

Sekian terima kasih.