Tuesday, July 30, 2013

# department duit



Setelah selesai satu perkara akan datang pula dua perkara berkaitan travel. Untuk pengetahuan rakan rakan aku semua, aku belom lagi membeli apa apa kelengkapan nak pegi ni. Sampai kan luggage pun aku belom beli. Kerana apa? Kerana aku nda punya masa. Haha Nampak macam tak masuk akal kan tapi ini lah kehidupan. Aku bukan ada suami setiap hari jadi masa aku sangat terhad. Nak nye pulak kerja dari Isnin sampai Jumaat. Sabtu Ahad masa aku pack dengan Sophie. 

I’m not complaining. Instead I am happy to have a wonderful daughter. Kalau dia tak ada mesti life aku boring gila. Suami tak ada. Memang terasa bujang tua. Ok tak ayat aku.hahaha. untuk aku la ni sebab kalau kau ada housemate duduk bersama tak apa. Kau boleh lagi bersembang sembang kan dengan housemate. Dah kalau aku? Dengan rumah ada  3 bilik tu dah la atas awan, macam sarang burung tau. Orang tak ada. Aku je la ada dalam rumah tu. I face that before Sophie ada. Sangat tak best. Sekarang even suami jauh, aku ada Sophie, ada emak, ada Afzal:D manyak wa munye untung.

Jauh nye melalut...

Ah so harini tiket akan di booking. Cuma masalah accommodation tiba. Aku tak pasti la bulan depan adalah bulan cuti cuti Netherlands. Banyak beno service apartment tak available. Sudah nye Nalynie akan tempatkan kami kat hotel dulu sementara waktu. Huh..tak tau la condition hotel ni macam mana, stay dulu 2 minggu dan lepas 2 minggu pindah la ke apartment. Sherief nasihatkan supaya bawak la tools nak masak even dalam hotel tak boleh masak, macam mana nak makan nanti? Kang mati kering kau makanan sana kau pasti ke senang nak jumpa HALAL. Aku sendiri tak pasti. 

Tadi ada la isu masa nak Tanya bila duit aku masuk. Aku call la finance. Sini finance semua ca ya nun alip. So lagak dia boleh tahan la. Akak finance ada sorang je melayu nama nya Nurul. Dia pon belagak ok macam aku nak mintak duit kau pulak kan. Dulu aku tak tau la siapa dia sebenarnya. Sebab aku still ingat masa first day aku datang ke SGS, dia tolong bukak kan pintu office ni. Kan aku datang subuh adam masa 1st day. Dia takde senyum ke pandang mata ke takde. Dia bukak pintu and she walk away. I wonder why jugak. Lepas tu masa lunch aku makan dengan liana dengan Aishah. Dia ada. Tapi dia duk berbisik dengan kawan dia tepi pantry sana sambil jeling jeling aku. Baju aku belubang ke kau cakap sambil pandang-pandang camtu? Atau aku ni berbau busuk? Dalam hati takpelah ikut suka kau lah. Aku tak kacau kau tau. Tapi tak sangka lah, ada jugak species oren kat sini,hahahahha.

Nak jadi cerita tadi aku call la finance Tanya duit. Nurul tu la jawab, dia jawab elok je nasib baik. Pastu dia cakap bab duit ni kena Tanya LILY. Lily Tan nama dia. Masa aku call tu aku Tanya la u dah dapat tak form I? Dia Tanya aku siapa. Aku cakap la nama aku. Pastu tetiba marah, ni you ape pasal letak allowance you dalam USD? U ingat I ada masa ke nak convert kan untuk you? What the hell ahso ni. Aku relax lagi, aku cakap I refer rate ni dalam handbook. So I guna rate ni dalam USD sbb account lebih tahu current conversion. Dia cakap balik.. you ingat I ada masa mahu cari current conversion untuk you ke? You datang sini buat sendiri laaa. Aku terkejut tau, serius sangat terkejut. Sampai gitu sekali korang orang finance ni buat keje berkira. Aku tau ke current currency brapa nak suruh aku? Macam tu baik aku buat accounting. Abis cite. 

Terus aku teringat akak akak baik kat company lama. Kak liana, geng aku tu, paling baik la bagi aku. Senang keje dengan dia. Senang nak tolak ansur. Tapi tolak ansur that doesn’t mean la keje kau lebih kurang je bagi kat dia,mesti la dia bising, sekurang kurang nya kita sama sama kurangkan beban satu sama lain. Kan kita kawan? Yelah, aku lupa. Aku dengan lily tan tu bukan kawan pun, so tayah amik hati sangat hahahha.

And so itulah cerita nya pada hari ini.nanti aku ada mood aku cerita lagi.kaki tengah lenguh sebab tadi masuk opis pukul 1030 kau tau. Sebab jalan dataran tu tutup, jalan raja laut tutup sebab ada Perarakan Hari Pahlawan, memang pahlawan la aku dalam kereta, dan dan nak masuk bulatan jalan parlimen tu polis traffic tutup jalan tu. Kereta aku yang depan sekali. Aku turunkan tingkap mintak nak lalu kereta aku je pon. Dia pandang tempat lain sambil suruh kereta aku bergerak. Cam seeya. Terpaksa la kan masuk lane lain dan kena hon la aku dengan segala mak nenek lori motor kereta semua. Jangan salah kan aku ok. Salah kan polis traffic tu sebab suka ti dia je tutup jalan. Dengan niat nye aku langgar je kon merah dia tu. Habis bersepah tengah jalan. Dah kata pahlawan..ni lah pahlawan lambat masuk office paham? 

oh ye tadi suami ke rumah kami kat Kajang tu. jumpa dengan pakcik aku la sebab nak tanya kawan dia ada contractor boleh renovate rumah. kalau kawan dia kasi harga dan ok kami nak tinggalkan rumah tu untuk di renovate la selama 3 bulan. balik balik dari sekolah aku boleh pindah masuk dah sebab rumah dah siap renovate kan. sukaaa. apa pun nanti kita tengok macam mana gaya contractor ni.

Selamat bekerja all.. aku rasa lapar ni. Macam macam ada.

Bai.