Thursday, August 1, 2013

# Jangan.



Kenapa entri ini aku tulis jangan. Sebab aku ada satu penyakit sampai rambut putih satu kepala pun aku takkan berubah aku rasa. Penyakit itu ialah JANGAN PAKSA. Siapa dalam dunia ni suka kena paksa? Kau suka ke kau tak suka ke kau kena redho je? Ini bukan line up women zaman P.Ramlee nak kena makan hati pastu lari lari anak cari bantal tekup muka sambil menangis teresak esak ye. Kita line up wanita yang jauh lebih bijak dan pandai sekarang. Jangan kasi diri kita kena paksa! Jangan...ada kadang kadang tu kena PAKSA sain surat kasi kahwen lagi satu pun kau sain je sebab kau banyak redho sangat.

Ok dah ke laut. Itu semua adalah sejenis perumpamaan. Sedangkan orang paksa aku pilih kasut yang aku tak suka pun aku naik angin ini kan pulak benda yang lebih besar. Isu yang melibatkan kehidupan. Mintak di jauhkan.hehe

Bila sebut pasal paksa. Aku masih keliru dengan diri sendiri. Dalam kita belajar dan mencuba menghormati orang lain, aku masih rasa kita ada hak nak suarakan apa pendapat kita, apa kekeliruan dan apa kehendak. Kalau kita meminta dan dipaksa memilih sesuatu yang kita tak suka tu mungkin boleh di pertimbangkan. Tapi kalau kau ada duit tapi bab memilih dan buat keputusan adalah bukan di tangan anda. Apa kah perasaan anda? Adakah ia salah jika aku 
memprotes tindakan ini? 

Fikir fikir

Bila kau rasa nak pakai kasut clarks tapi kau di paksa pakai vincci. Kerana kasut clarks design tak cantik. Don’t buy. What about Lewre? Terlebih ridiculous. Apa perasaan anda?
Bila kau kata kau nak cari Charles & Keith tapi kau di suruh pakai Carlo Rino. Kerana handbag Charles & Keith tu PVC je nanti cepat buruk,cepat rosak. Kalau macam tu aku nak Coach la. Aku nak tengok pulak apa kau komen lepas tu.

Bila kau rasa nak makan makanan sedap sedap kat tempat mahal mahal kau di suruh lebih bijak belanja wang sebab jangan jadi sehari pakai esok dah habis. Yela kena jugak nasihat walaupun aku pakai duit gaji sendiri kot. Kena lebih banyak belajar cara pengurusan wang jangka panjang. Bila kau nak makan steak kau di paksa makan nasi lemak. Apa perasaan anda?

Dalam kes yang lain pula..

Bila kau nak beli kereta ikut citarasa kau dipaksa beli kereta ikut citarasa orang lain apa perasaan kau? bila kau nak beli model yang kau suka kau di paksa terima je kereta yang orang nak belikan untuk kau. agak agak kau sepenuh hati tak nak bayar tiap tiap bulan? Kalau dapat free pun aku tak rasa aku happy dengan apa aku ada semua benda pun so NOT ME.

Jadi bila agak agak nya aku akan dapatkan diri aku balik?

Aku sendiri tengah cari jawapan tu kat mana. Shit.

# Duga-an


Duga..kali ni di duga lagi. Semalam aku dah dapat itinerary ticket dari Nalynie. Alhamdulillah ada dah tiket. Tapi ada masalah SUPER BESAR berlaku. Bila aku cek tiket pukul 12 baru Nampak email Nalynie, aku dan suami cepat cepat la bukak MAS nak book tiket dia pulak. Bukan apa kalau delay tiket kami tu nanti dia kena penalty  jadi kami pun tunggu la sampai confirm dapat tiket kami tiga beranak dulu. Nak jadi cerita tiket dah sold out ye. Dah SOLD OUT. 

Economy class dah habis. Pagi tadi aku call Tanya MAS sendiri dia cakap yang duduk dalam waiting list pun dah penuh. Kau bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia yang kaya kaya ni. Cuti sekolah berjalan Amsterdam ye korang. Untung nye la jadi orang berduit yeeee. Seronok anak anak korang kan...tak, aku tak jeles,tu luahan rasa je.

Jadi pagi tadi aku call MAS dorang cakap tiket yang available hanya business class. Harga business class yang paling murah ialah RM9207 keseluruhan.  Jadi ini lah bermula nya persoalan macam mana kami nak pastikan kami dapat fly sama sama.

Kalau aku berada di keadaan ini:

Aku nak suami aku terbang sama sama dengan aku. Tak kisah la harga tiket tu 9k sekalipun janji aku dapat sama sama bertolak dengan suami aku. Aku bukan nak cakap aku ada duit, tidak. Punya ramai orang jauh lagi berduit dari kita ni jadi maksud aku di sini aku masih berharap dapat travel sama sama serentak.

Kalau boleh aku nak elakkan salah sorang antara kami travel awal/lewat sehari.
Ini pertama kali aku nak ke Amsterdam pastu kena naik tren dengan luggage besar kapal selam ke Stationplein6. Dengan anak nak di bawa,dengan emak sorang sorang nak angkut dua luggage.aku rasa aku kena lebih bertimbang rasa dan penting diri sikit bab ni. Jadi aku nak suami aku travel sama sama.

Aku tau 9k tu satu amaun yang banyak tapi kalau untuk kes emergency macam ni kenapa tak boleh guna? Account emergency kita boleh di guna masa kita sakit atau hampir mati saja ke?
Orang boleh kata aku pentingkan diri. YE kalini memang aku pentingkan diri. Kalau aku tak pentingkan diri siapa lagi nak fikir pasal aku? Nak harap suami ke yang fikir pasal kesusahan kita? Lebih baik kita sendiri suarakan apa yang menyusahkan kita. Betul orang kata sayang diri kau dulu baru kau pikir sayang orang lain sebab kesudahan nya kau yakin ke sayang kau terbalas? Ha tepuk dada tanya hati la.

Sebenarnya aku agak marah jugak bila benda macam ni jadi. Apa salah nya kalau dia book je open ticket haritu? Masa aku dah bagitau memang aku dah bagitau company yang aku nak emak punya tiket yang di book. Kenapa buat selambe je macam yakin sangat semua orang tak de nye nak becuti gi sana, abis kau tau ke duit orang ada ke takde nak bercuti bawak anak anak masa cuti sekolah ni? Tak tau kan? Pandai sangat..malas aku nak memikirkan sakit hati.

And now bila dah tau tiket memang kena harga melambung macam tu kenapa nak merungut? Aku tak kisah dah kalau agak agak rasa susah sangat nak keluarkan 9k untuk sekeping tiket yang memboleh kan diri tu travel sama sama. Sebab aku rasa aku manageable lah akhirnya,boleh survive sampai ke hotel dengan luggage kapal selam dan masuk office ke esokan harinya. Habis cerita kan?  Haha. Ok boleh sambung kerja. Weee harini balik awal yaw!

Apapun - biarlah dia fikir apa yang terbaik. In fact kalau dia nak travel sehari awal pun boleh je,esoknya ambil la kami kat Amsterdam airport dan tolong aku angkat barangan aku tu. Kalau dia nak, kalau dia lebih kepada BERAYA kat kampong selama seminggu - apa kita boleh buat pon kan. Lebih baik kita sendiri fikir way forward nya macam mana :D lagipun selama ni aku bukan tak biasa sorang sorang, bukan setiap hari duduk bawak ketiak suami. Memang nature nye life aku ni kena lebih independent. Like you redah je la janji you tau apa you buat dan apa you mahu. I can see that in me now. Lagipun tarikh aku travel memang confirm, nak berdebar memikirkan macam mana kalau suami tak ada sama sama pun membazir cell otak je nak fikir. hahaha

Eh big boss kami Paul dah nak pindah ke Dubai la. Leaving for good. Dia pindah ke branch Dubai. Work permit pun dah di matikan kata HR,Suffian. I have no idea why but I wish him all the best. Nak jugak merasa satu hari nanti mintak pindah branch Dubai. Mana tahu kan...apa pun capai dulu impian abis master dan tukar ke branch Aberdeen dan sambung phD anda. inshaAllah inshaAllah...amin.

Selamat bekerja dan selamat hari Jumaat all!


# buku teks



Secara rasminya kami dah tahu bila kena bertolak. Dan secara rasminya aku dah baca 2 report project Algeria ni. Cuma depa ni pakai Kingdom aku ni reti pakai Petrel je. Tapi since Dr. Frank kata takpeee you tak tau nanti kami ajar you pakai Kingdom jangan risau (versi bahasa melayu) maka aku yakin kan diri lah ni. 

Tadi sibuk google biskut raya oreo. Eh macam berkenan la pulak kan nak buat tapi sempat ke buat? Sabtu ahad ntah kemana dah nanti. Mungkin harapan kuih beli dalam tangan. Kuih buat mungkin kita akan mula mencuba tahun depan inshaAllah. 

Aku masih menunggu kan e-ticket sebab suami kan takde ticket.so dia kena beli sendiri hahaha. Jadi nak pastikan dia dapat naik flight yang sama kena la dia tunggu e-ticket kami dulu hihi. Tarikh berlepas ialah 11 August 2013. inshaAllah sampai balik ke sini 8 November 2013. Lepas tu aku je sorang sorang travel sana untuk project attachment. Lepas ni boleh la sekolah tu jadi rumah kedua kan. Jangan tahun depan aku terberanak kat sana dah lah. 

Balik nanti kami akan bincangkan pasal status aku ni. Samada nak sambung on off Malaysia – NL atau permanent je sana terus. Tapi biasalah, kalau orang nak kita bertugas sana mesti lah aku tanak kau bayar aku macam staff NL. Kau kena la gajikan aku under expat basis. Nanti aku nak anta sophie skolah macam mana? Nak skolah local ke? Dia boleh cakap bahasa Dutch nanti tapi cemana pulak aku nak semak homework dia sebab ummi nya memang tak tau cakap dan tulis Dutch? Semua aspek mesti di ambil kira ya.

Semalam lepas iftar aku tiba tiba rasa nak buat luahan perasaan dekat mak dan suami tapi perasaan aku tu rasa macam kena potong hahaha.sebabnya aku bercerita lah pasal susah kalau kena duduk sana, kalau aku beranak adik sophie ada dua citizen. Lepas tu nanti nak buat pinjaman pelajaran untuk dia susah. Nak pinjam buku teks pun susah. Nanti tak dapat PTPTN. 

Lepas tu suami aku elok je sound..dah awak ingat anak awak layak ke dapat buku teks cik mira oi? Hahaha. Kalau dia sekolah sini pun rasa rasa nak ke sekolah kasi dia buku teks? zaman awak dah tak sama macam anak awak dah. jauh sangat dah. Silap silap dia sekolah kena amik paper O &  A level lah. Iyelah itu kalau mak bapak memang keturunan kaya. Untuk kita yang tak berapa kaya harta tapi kaya budi ni acaner? Kena pikir tuuuu. Ke aku yang lebih lebihan pikir?

Ini semua emosi lepas dapat air tebu lepas berbuka puasa.

Selamat berbuka. Jap lagi boleh balik, bai.