Sunday, August 4, 2013

# dua



Secara rasminya software kedua telah di install ke dalam laptop saya. Ini bermakna laptop saya telah menyimpan dua software original dengan total harga RM80K. Kalau aku tertinggal laa lappy ni kat mana mana memang la aku menangis air mata darah nak kena ganti software ni, ganti lappy kua hingus je.  

# hapdet



Selamat pagi kawan kawan..aku mengantuk lagi harini sebab keletihan lagi tak tau la apa yang letih sangat. Pagi ni memang purposely keluar lambat dari rumah supaya masuk office pun lambat tapi takde la lambat mana. Start driving at 815 sampai Damansara 9.10 thumb print. Sangka ku kalau dah nak raya ni jalan tak berapa nak jem tapi sangkaan aku meleset ye. Jalan sama jem je semua pon.

Banyak juga aktiviti aku buat semalam. 

Semalam kami jumpa kak zaty, dia ni agent insurans Prudential. Aku sebenarnya dah lama kena ambil kan medical insurans ni tapi dulu ekonomi kami tak berapa mengizinkan. Lepas tu aku memang fully rely on insurans company je. Sebab senang. Tapi sekarang aku dah mula Nampak ada kepentingan semua benda ni. Tak semua benda di buat tanpa sebab. All and all bagi aku ia membantu. One way membantu dari segi kesusahan jika menimpa akan datang dan one way ia adalah saving bulanan kita. inshaAllah we will see the benefit soon. Tapi insurans untuk orang beranak memang tak de kan. Rugi lah. 

Lepas ni aku nak submit untuk emak pulak. Emak pun dah nak masuk 50 tahun depan jadi dia lebih crucial bab menjaga kesihatan. Aku tau ajal maut tak ikut umur tapi aku rasa inilah masa nya aku kena mula dapatkan perlindungan untuk emak.kalau sakit apa apa ke takde nak pening kepala nak masuk hospital mana.specialist terus kita boleh refer and warding kat sana.

Semalam sempat ber iftar dengan kawan baik aku, acik Onn. Sayang nya gamba sekeping pun aku tak ambil sebab sakan kami bersembang. Hahaha. Sampai menangis bercerita tentang kehidupan. Ain dah full booked so tak dapat join dan fairuz pulak anak dia demam so tak boleh la join kami. Apapun I am very glad to meet my best friend semalam, takpelah nanti jumpa bulan 11 kita amik la gambo banyak banyak khen.haha

Apa lagi eh aku buat semalam? Oh jalan jalan lepas jumpa kak zaty.jalan mid valley Nampak kickers timberland, lawa nyeee tapi nak beli GAJI belum masuk. Nanti aku tanya suami dia cakap aaa kasut kickers takde dalam allocation belanja you untuk raya  (benci) bila aku kata takpelah I think I want to reward myself with something like this. Dia pula cakap “habis takde sapa pun nak reward abg kickers macam mira” mengada kan.mengadaa. memang aku kena beli dua la nampaknya ni.melayang 1k. 

Nampak pulak sweater zara tapi aku tak bekenan sebab aku dah ada sweater topshop beli dulu.actually last week aku jalan jalan balik kampong. Tau mana aku pergi? Aku pergi bundle! Hahahaha. Well, di sebab kan dah ada sehelai sweater berharga 400 perlu ke kau nak beli lagi sweater 400 kali 4 helai? Rasanya membazir sangat. Jadi apa aku jumpa? Aku jumpa sweater la. Ya Allah banyak ok dengan harga RM5 sehelai. Kau bukak mata besar besar baca apa aku tulis situ. Winter jacket only RM 5 sehelai. Wind breaker pon sama. Sebab RM5 aku kutip 7 helai. Isnin- Ahad boleh tukar tukar. Masa kutip kutip tu sekali ternampak suami buat muka PETAK. 

“berapa banyak you nak beli ni? Tahu la murah..”
“ nak beli untuk pakai seminggu”
“dah ingat sweater ni macam baju ke nak tukar hari hari?, ni bukan dekat dekat ni, kang buat tak muat beg je yadayadayadayadaaa~”
“yelaaaaaaaaaaaaaaa mira amik 4 je”
“EMPAT je? EMPAT pun banyak tu, kat rumah pun ada 2 dah, tetap total nya 6 jugak”
“saya is tidak kiraaa.saya beli jugaaaa”

Paling kuat pun kena jeling je la tapi dia tetap bayo..alah lagipun dengan RM35 aku dapat bawa pulang 6 helai sweater dan sehelai wind breaker.  Ok 4 aku punya, 2 emak punya, sehelai suami punya. Dia nak zara wind breaker tu dah 2 3 kali asik cari sweater tu bila lalu lalang mall pon. yelah aku beli lah satu esok. Sophie punya pon zara kid sweater aku beli sehelai jela kot. Sehelai lagi dah ada kat rumah. Dia sweater tu jenis gelembung gelembung tu kang buat penuh beg je, nanti lah aku fikirkan nak tambah ke tak atau beli je kat sana abis cite. 

 Sebut pasal pakaian seminggu kan, Turban pun aku beli untuk pakai seminggu hahhaa. Tapi tak cukup satu lagi sebab color hitam takde. So harini atau esok malam aku nak kua cari complete kan on what to bring abroad. Wey lupa! Aku tengah cari baju long neck la skrg.mana nak cari aaaa? Mana Yuna beli baju dia? Susah betul nak jumpa baju long neck sini laaa hishhhh

So far rice cooker temporary belom beli. Rod heater pon belom. The rest will be update soon.hehhh aku amik gamba nanti kita kongsi cerita.  

Pagi ni aku di kejutkan dengan tuan rumah call cakap bulan 6 punya sewa rumah dia tak dapat. Biar betul mamat ni..aku siap buat cash deposit lagi kat Public Bank Pandan Jaya branch tu. Aduh..ni la pulak masalah nya bila aku dah buang segala resit dalam beg ni. Peringatan masa akan datang ialah lepas transfer duit kita snap la gamba. Kalau online transfer tu selamat lagi tapi ni cash deposit memang aku buta buta tak de bukti bila orang nak. Padahal sewa dah bayar. Ya Allah apakah dugaan ini? T-T 

Aku call public bank pandan jaya depa cakap aku tak boleh cek transaction tu..hanya penerima je boleh cek. Jadi nya aku sangat berharap lah dapat la tuan rumah cek statement bank dia esok dan please la nampak la status cash deposit aku tu dalam tu. Tadi public bank kata recipient boleh Nampak jugak dia terima cash deposit tu dari branch bank mana. Kalau takde mana pula pegi  duit tu..melayang la duit mak, nangissssss

Eh banyak rupanya benda aku dah cerita harini. Sampai lupa update utama. Tiket suami Berjaya di beli pada tarikh yang sama. Damn you MAS. Pagi pagi buta aku call beriya kau cakap takde seat dah,penuh semua sampai waiting list pun dah penuh. Nasib baik aku cakap kat suami pukul 230 lepas sembahyang Jumaat tu tunggu dulu jangan pergi KL Sentral beli tiket business class tu. Elok je pukul 4 suami log in nak beli ada lebih 10 SEAT available. Hangenssss je. 

Baguslah, kadang kadang tu last minit tu bagus juga. Jimat duit. Dari bayar 9k kami bayar 2k je.sukaaa

Ok lah banyak nye aku cakap harini. Happy working! Aku takde mood ni sebab tak rasa nak koje dah, nak cuti raya dah. Tapi tak dapat cuti.boleh? ok baiiii