Monday, August 5, 2013

# bath tub



Hari ni aku masih bekerja. Termasuk juge esok. Sebab esok half day so aku plan nak balik awal sikit dari half day haha. And so tadi suami ada appointment dengan kontraktor rumah. Bincang dan bincang..akhirnya mereka capai kata sepakat. Harga yang di quote ialah MYR40K. Setelah membincangkan beberapa renovasi terhadap rumah dengan additional satu bilik air khas untuk mencuci baju, menambah slab side atas dapur supaya situlah tempat kami nak sidai baju dan mengambil upah plaster siling untuk dapur. 

Cuma plan kami nak ada plaster siling ala ala belekuk lekuk tu tak dapat la sebab masalah apa tah.lupa aku. Plaster ciling dapur akan jadi standard je la plaster siling with lampu siap tebuk tu. 

Cuma...

Masalah yang aku dah jangka tapi aku tetap nak argue ialah bila datang bab bathroom yang aku plan aku nak design tu. Ini ialah bathroom tingkat bawah rumah aku. Tingkat bawah ni ada 2 bilik air. Satu bilik air nye duduk di depan satu lagi bilik airnya duduk betul betul depan bilik tidur aku. Buat masa ni kami terpaksa berdepan bilik air asing dari bilik tidur kami. Tapi tak kisah lah buat masa ni sebab ada berapa ramai je orang dalam rumah tu. Hanya aku,emak dan afzal. Kalau suami balik semua pun pakat pakat naik atas tengok tv kami boleh je mandi sama sama macam biasa pun. Tiada halangan. Agak agak rasa lepas ni memang aku nak tambah bilik air dalam bilik, aku akan tambah kemudian . tu janji suami. Kalau aku nak ubah apa apa kita akan buat second phase je nanti.

Sekarang ni....

Design bilik air idaman aku dah tak Berjaya la aku buat. Padahal baru 2 hari lepas aku dah cakap dengan dia yang aku nak design bilik air tu ikut selera aku. Sekarang dia call bagitau tukang pulak akan carikan bath tub bilik air tu sebab kami dah takde masa. Bengang betul lah.

Lepas tu pulak suami kata bath tub yang tukang nak cari tu bath tub fiber, dah tak de dah orang pakai bath tub seramik. Betul ke? Ke sebab bath tub fiber tu murah dari seramik? Aku tido hotel elok je dorang pakai seramik. Alasan lah.

Bersembang dalam phone memang susah la nak cakap apa aku nak. Nak nye pulak suami aku tu jenis yang kalau tak Nampak expression muka aku ni macam mana, dia tak tau apa perasaan aku. Kelakar tak, ha memang tu la hakikatnye pun. Kalau aku taip marah marah ke, taip merajuk ke, dia TAK TAHU. Sabar ajelah.
Oleh kerana bilik air impian ku musnah. Mungkin aku harus attack bahagian lain dalam rumah. 

KITCHEN!

Itu pun sama tu, baru 2 hari lepas pergi mid valley Nampak design kitchen cabinet lawa nye nak pengsan. Bila aku cakap nak letak tempat masak and hud tengah tengah dia kasi sebab paip tak boleh alih dah.benda lain boleh alih. Aku nak tengok nanti sejauh mana kebenaran dia kasi aku pilih design tu.

Sabo la sabo laaaa.

 this is the design +/- cuma warna mungkin lain, tapi konsep nya aku nak macam ni. mana pegi pili dekat cabinet ni? ha assume la ada tambahan cabinet dengan sinki dalam set ni. dapur aku luas jadi nak buat ni bukan alasan ye. you tengok ni sayang...jangan makan semut pulak. 

Happy Working all~