Thursday, August 22, 2013

# cerita shampoo

Sekarang ni tengah pukul 945 malam dekat Voorburg. Maknanya korang semua tengah sedap membuta sebab kat Malaysia sekarang dah pun pukul 345 pagi. Ye masa nilah aku baru rasa ada masa sikit nak membebel. Ini pun dah berpuluh kali menguap dah nak membuta. Sini jadual tidur sangat disiplin tiba tiba. Mungkin sebab factor cuaca tu yang membuatkan kita jadi macam tikus mondok keje nak membuta je.

Harini dah hari ke 9 aku kat sini. Selamat mendarat pada 11hb ogos dan harini dah pun 19hb. Tolak tambah ada la 9 hari. Buat masa ni aku di tempatkan di hotel. Nama hotel ni ialah movenpick. Movenpick ni ada dekat Den Haag, ada dekat Voorburg dan Amsterdam pun dia ada. Kira macam cawangan ala ala ibis hotel agaknya. 

Jadi aku akan menetap selama 19 hari dekat hotel ni sementara nak tunggu apartment aku kosong. Jadi dengan tabah nya lah kami bangun dan tidur di hotel ni. So far it is manageable dan aku takde la rasa seksa mana even susah nak masak..susah nak bergerak freely,susah nak cari makanan berat berat dan sebagainya.. aku masih okay dengan emak dan sophie Alhamdulillah. 

InshaAllah...29hb ogos aku pindah ke apartment di Bizstay Rozenboomlaan 147. Tak jauh dari office. Hanya naik bas no. 23 dan 3 kali berhenti sampai la aku ke opis ni. Sekarang ni lagi senang kan sebab hotel ni sebelah hotel je ha. Kalau nak kasi alasan tanak datang tu buruk sangat la rasanya hahaha.

Biasa lah kan..masa mula mula datang sini..memang aku tak sediakan sangat barang barang keperluan ni. Nak nye benda benda liquid macam shampoo. So sekarang ni aku nak bercerita pasal shampoo dulu untuk harini. Masa nak datang sini aku memang awal awal dah buat keputusan tanak bawak la shampoo dari KL. Memang menyusahkan macam lah Voorburg ni takde kedai. Sekali nahhh lawa ok kedai depa sini. Membantu sangat. Merata rata ade groceries first class gitu. 

Masa aku ke groceries bernama Hoogvilet..ada macam macam barangan keperluan kat sini. Dari barang makanan sampai la ke Tupperware kalau kau nak beli untuk isi makanan. Jadi masa mula mula sampai Voorburg ni aku cari shampoo dulu.. masa tu aku sangat teruja la tengok brand tempatan ni..nama dia Derlon. Ok warna dia cantik ye. Color kuning berbau Perzik iaitu Peach. Masa amik tu rasa macam wah oklah ni kita cuba apa rasa pakai shampoo mat saleh haha. 

Balik balik aku pon terai..masa pakai tak terasa apa sebab dah nama shampoo kan ofcoz la shampoo. Tapi aku perasan bau dia kurang dah. Bau dalam botol jela menawan tapi bila kau pakai hamper penuh tapak tangan nak tampung shampoo tu bau dia tetap kurang. Tapi aku perasan jugak benda ni tau..sabun depa kat sini pun tak berapa nak wangi lah. Kalau anta laundry serupa macam takde pakai softlan. Memang bukan practice ke cemana? Tak tau malas nak Tanya. 

Jadi lepas pakai aku nak keringkan rambut. Ya dah perasan sesuatu di situ...rambut aku jadi keras dan jegang. Aku tak pasti korang familiar tak dengan pekataan jegang tu tapi dia macam keras dan kering dan menggerbang. Suami aku siap tegur dah kenapa rambut keras semacam ni? Cuak ye kenapa pulak rambut aku jadi macam ni. Adakah kerana tidak sesuai shampoo aku ni. Sedih je...

Tapi aku tak putus asa lah. Aku cuba lagi buat kali kedua dan hasilnya sama. Sebab nya bukan apa lah.mana tau rambut aku tekejut ke pakai shampoo lain tu yang jadi macam tu. Nampak nya hasil sama berlaku.
Beberapa hari lepas tu aku sanggup la tak cuci rambut dari siksa pandang rambut sendiri. Jadi lepas beberapa hari aku ke groceries lagi..masa tu ke kedai nama Albert Hein pulak. Dia sama standard je dengan Hoogvilet tu tapi sebab mana lagi senang sampai la aku singgah.

Oh ye sini...semua orang tak guna kereta. Diorang banyak bawak basikal, jalan kaki, naik bas, naik sprinter dan naik tram. So apa pilihan yang aku ada? Jalan kaki sebab nak naik bas rasa rugi sangat. Dekat je. Tapi dengan menggendong sophie lagi...perjalanan aman akan terasa macam nak pengsan. Ok sambung cerita shampoo, kelaut je keje!

Ok dan masa kat Albert Hein tu aku amik la jenama yang memang ada di Malaysia juga iaitu Loreal. Aku dapati bau shampoo loreal ni pun tak kuat mana. Mungkin sebab aku dah biasa pakai shampoo yang memang melekat kat bantal so hati aku asik nak rasa tak pueh ati ajo. Tapi takpelah..janji rambut is tidak gerbang okay. Itu sudah cukup bagus.

Masa duk survey shampoo tu barulah aku perasan. Local shampoo yang aku beli tu tak sampai 1 euro pon harga dia, patut la macam shampoo bulu kucing je *suami kata* it only cost me around 99 cents (less than MYR 4). Ridiculous la dengan saiz dia yang super besar tu harga pulak less than MYR 4 pastu aku nak banyak songeh kan. Eh tapi Loreal ni pun tak mahal macam kat KL. Aku beli dalam 3.60 Euro sahaja (dalam MYR 15). Sebab selalunya harga Loreal shampoo dalam MYR 20 kan? Ke salah? Sorry lah sebab aku bukan pengguna Loreal pun back in KL hahhaa. Mana ada akan ku pakai. Oklah dari takde...bersyukur sikit. Reti?

Oklah sampai sini saja bebelan aku pasal shampoo. Lepas ni kalau ada benda lain yang aku kena hadap aku akan cerita lagi. Ni pun dah pukul 10 so aku kena tidur sekarang.

Good night all!

Bai.