Saturday, August 31, 2013

# pindahoon



Oklah sekarang ialah masa untuk melihat skala tahap mendapat apa yang di impi atau tidak. Pada entri beberapa jam lepas aku baru sahaja menaikkan entri yang buat pekasam beberapa hari dan sekarang aku akan menceritakan tentang rumah yang aku pindah ni.

Setelah check out dari Movenpick kami di jemput oleh acik owner apartment ni. Nama dia Danis. Dia ni Dutch dan dah berkahwin. Tinggi ala ala cowboy. Masa dia call cakap dah sampai tu aku masih lagi di dalam opis tengah besembang dengan Stephanie and Madhavi. Nanti aku cerita pasal kawan kawan aku kat sini ye. 

Danis tunggu aku di lobi hotel untuk beberapa minit sebab aku belum bawak barang turun ke lobi dan mak dan sophie pon duduk dalam bilik lagi masa tu.jadi untuk beberapa minit Danis kena tunggu kami dengan kes laundry tu lagi (again??? Aku takkan cakap pasal ni lagi) dan dia membantu kami mengangkut barangan yang adalah dalam 8 beg jinjing, 3 luggage, 1 backpack. Siap dia cakap “thank Goodness we have an elevator” miahahaha Oh Danis I know what u meant, and I am not mad at all. Sebab memang barang kami macam nak pindah rumah pon.
Danis bawak BMW 3 series sebagai taksi nye. This is what u call a taksi ha? Siap masa Ilse call cakap Danis dah sampai. You akan kenal nanti sebab ada tulis Bizstay taxi. Banyak la kau ada tulis Bizstay taxi. Mungkin danis bawak kereta personal dia. Jadi kami pon naiklah taxi BMW hahahaha.

Sampai sampai di apartment kami di beri kunci rumah. Dari bangunan nak masuk kami dah di beri kunci. Ini maknanya kalau kau nak masuk pon start dari muka bangunan kau dah kena ada kunci sendiri. Agak agak kalau kau bergaduh laki bini dan berniat nak suruh laki kau tidor di luar ini adalah rumah yang sesuai. Kami menaiki lift dan berhenti di tingkat 1. Rumah ni ada 3 tingkat je pon. Keseluruhan nya ada 5 tingkat. Lobi tingkat 0. Rumah rumah di tingkat 1 2 3 dan parking lot di tingkat -1 dan -2. 

Kami ke rumah bernombor 147. Ya...rozenboomlaan 147 adalah nama alamat kami di sini. Pintu di buka dan aku tersenyum lebar seluas mata ku memandang sekeliling. Kata Danis..”welcome to the apartment” Dank u Dank u Danis :D

Segala yang aku harap kan sedikit sebanyak menjawab apa yang di harap. Dengan erti kata lain nya company aku ni boleh la di harap kecuali bab claim claim (ok aku takkan ulang lagi isu yang sama tu pfffft!!)

Rumah ni ada 2 bilik tidur, secara keseluruhan nya rumah ni memang berkonsepkan IKEA. Tapi IKEA dia made in Turkey ye bukan made in China macam IKEA Malaysia. Tupperware pon made in Italy ye walaupun Tupperware bodoh bodoh tu je. Dan kebanyakan barangan dorang ni adalah dari Negara mereka sendiri. Susah brand luar nak masuk. Tapi taka pa lah janji berkualiti kan? Jangan harap barangan 1 Mesia je ni beras pon macam kasi ayam makan (hancur dan pecah pecah, betul ke?) 

Ok mari kita sambung cerita rumah. Rumah kami ni ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap satu nya ada jauh dari bilik yang sebelahnya. Dalam rumah kami ni ada heater yang aku harap kan (yes!) , ada kitchen cabinet yang cantik warna putih memang custom made Ikea, pinggan dan mangkuk yang selera kalau aku nak letak makanan atas tu. Cawan dan gelas yang cantik menarik sebab 80% of barangan pinggan mangkuk cawan jag dia adalah Ikea. Meja makan kerusi makan juga ikea. Lampu meja makan pon Ikea. Huu bekenan aku di buatnya, dah la tengah dilemma nak pilih kitchen cabinet ni mihmihmih. Nanti suami sampai sini mesti dia bekenan. Hihi

Puas hati tentang cabinet dapur..aku puas hati juga bilik tidur yang ada. Dua bilik tidur. Satu master bedroom yang attached dengan bilik air utama. Bilik air utama aku ni berkongsi dengan tetamu la kira nya. Tapi ada lagi 1 bilik air. Tapi hanya toilet lah bukan tempat mandi but still it is okay. Saya suka hoho.bilik air nya besar yang super besar, ada shower space, ada tab space dan ada toilet for sure. 

Konsep bilik air matsaleh kan takde nak lecak lecak kena air mandi so jangan harap lah kau jumpa pili air dekat jamban ye. Itu lah yang aku rasa kan bila hadap pegi keje. Hazab sangat nak kena stanby wet tissue pastu hangkut pulak air dari pili pegi masuk jamban. Nasib baik la konsep toilet opis tu pandai sikit. Satu level office ada 4 toilet. Dalam toilet yang ada luas tu ada sekali sink dan senang nak menguruskan segala kesulitan. Ok kembali ke cerita apartment.

Channel TV – yaaaa walaupon sekarang aku dan emak dah tak dapat tengok Pawn Star, Storage War, filem filem dari Film 4..kami masih ada Kitchen 24. Channel ni dari Ziggo. Aku rasa Ziggo ni macam Unifi. Sebab dia sekali dengan wifi yang aku pakai sekarang ni dekat rumah ni. So channel ada banyak Cuma banyak la kena beli. Harini patutnya aku pergi beli DVD dekat Koningin Julianaplein tu tapi tadi ada concert ramai la pulak menari dekat dataran nak masuk situ malas la aku nak lalu kat situ terus tak jadi. Sekarang rasa rugi pulak. Duh @_@

Pastu isu mesin basuh dan dryer. As expected..rumah ni ada dryer yang duduk nye sebelah mesin basuh. Terima kasih.
Rumah ni jugak ada dishwasher. So sangat senang la agak agak aku malas nak mencuci tu sebab air sejuk aku akan humban je semua pinggan mangkuk kuali dalam dishwasher dan mesin yang akan cuci. Simple sungguh! Tapi dari kau dapat pakai kuali pukul 8 malam dan sebab pakai dishwasher kau boleh pakai kuali pukul 10 malam jangan bersungut lah hahaha

Oh water filter. Aha..rumah aku ni merupakan system filter air terbersih di dunia. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan nya tapi memang beza la air kat sini dengan air yang masak dekat hotel nak buat susu sophie. Kalau air minum kat sini aku akan beli air mineral banyak banyak tapi sekarang just place your glass under the tap and isi air straight dari pili air anda dan minum! System air panas semua tempat ada dan aku kasi kelas A untuk service ini.

Setakat ini,aku rasa syukur ada rumah nak berteduh anak dan emak yang aku bawak sekali temankan aku kat sini. Aku juga sangat suka rumah ni sebab luas..dan cantik. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni...aku tak sabar nak tunggu suami balik. Nak dia tengok rumah ni la kami duduk lepas 19 hari duduk di hotel. Mesti dia pon tak susah ati nak keje dan tinggalkan kami kat sini :D oh lupa kan..kalau aku sendiri yang kena sewa rumah macam ni dekat sini adalah sangat botak kepala. harga sewa rumah aku ni ialah EU 2800 sebulan. bersamaan MYR 12,320 sebulan. sebab nama nya menyewa dalam matawang EU nampak sikit saja lah tapi cuba kalau kau convert ke duit Malaysia...nangis. nasib baik la kan ia adalah coverage company. again..syukur! 

Oh ok ni gamba yang boleh aku kongsikan.

Jumpa lain entri! Byeee









the red alert


it's a wave 10 :) 

pada sape sape yang pernah tengok cerita ni mesti tau lagu ni hahaha. aku tengok cerita ni 2 minggu lepas kalau tak silap. cerita sekolah perempuan yang nakal tapi they have brilliant mind. dapat plak cekgu cekgu yang memang gila tak tau kenapa boleh jadi cekgu bhahaha. it's a nice movie and siapa siapa nak layan lepas balik kerja adalah recommended! happy listening! :D

# wishes

Well well well
Setelah sekian lama nya aku asik tak dapat nak update blog sebab ada masalah teknikal ke dekat hotel Movenpick kat Voorburg tu tak tahu lah kan..akhirnya bila pindah ke apartment baru la dapat nak bernapas sikit. Aku baru saja dapat berpindah ke apartment setelah 19 hari duduk di hotel ye. Kau bayangkan betapa lama nya aku dan emak dan sophie duk terkurung dalam hotel. Ada lah beberapa perkara yang membuatkan aku naik angen jugak masa nak check out tu. Kau tau tak ada ke patut company aku ni cakap depa tak cover laundry services aku? Hangen nye aku la kan..dah la kena 400 euro ye. Merepek gila la kena RM1800 kau sebab mencuci baju je. Rasa nak mencarut. Sebab kan aku tak tau rupanya kena claim kemudian so dengan hati rela tak rela la aku bayar dulu. Dalam hati rasa nak je aku bako rambut engko cik receptionist. Hati semakin lega bila aku tau aku boleh claim tapi aku masih memperkatakan tentang kenapa aku kena bayar dulu untuk laundry tu sampai semua pon kata “sudah sudah laaaa mira” ok fine
Dalam entri ni aku sebenarnya nak tulis tentang wish aku bila aku masuk ke dalam apartment. Tapi sebab asik mendelay update blog aku rasa macam dah suprise la sebab apa yang aku wish tu dah Nampak depan mata. Masa duduk hotel haritu memang ada banyak list aku nak tulis tapi sebab takde masa dengan tenet masalahnye sampai aku lupa ingat lupa semuanya.
Ok lah seperti biasa aku akan mulakan dengan wish iaitu harapan aku bila aku masuk ke apartment HARITU. Sebab setelah 19 hari kau memerap dalam hotel kau dah mula rasa stress dan berharap hari di akan datang adalah hari yang lebih baik dari hari hari duduk di hotel.
Aku mulakan dengan harapan aku bila nak masuk apartment yang bakal aku pindah
Pertama nya hari hari duduk di hotel aku akan makan guna Tupperware. Sebab nya masak dalam rice cooker dan dalam hotel ni tak de pon pinggan mangkuk segala. Hotel movenpick ni memang takde design sekali dengan dapur, kalau ada lama dah aku mintak. Jadi aku berharap lepas masuk rumah aku akan makan dengan pinggan mangkuk cup dan gelas yang lawa lawa. Jemu makan makanan dalam Tupperware
Keduanya bila nak cuci baju aku berharap aku ada dryer supaya aku tidak membuang masa nak gantung baju dekat bawah dryer yang lekat kat luar atau balkoni. Aku lebih prefer dryer duduk sebelah mesin basuh lebih mudah dan convenient.
Ketiganya aku berharap bilik aku adalah lawa. Sebab bilik air hotel sungguhpun ada tab mandi dan toilet tanpa pili air..aku tetap rasa macam lemas sebab compact sangat. Jadi harapan aku kalini supaya rumah yang bakal aku pindah ada bilik air yang masuk akal saiz nya.
Ke empat - Aku berharap channel tv di rumah itu tidak boring. Adalah channel yang best best macam dekat hotel ni. Nanti kehidupan jadi boring pulak asik dengar channel bahasa kau jeee
Kelima aku berharap aku mempunyai dapur yang cantik dan complete. Sebab nya duduk di hotel freezer adalah mini dah nama pon minibar depa kata dan aku berharap akan mempunyai petiais yang munasabah saiznya nak sumbat makanan hebat dan sedap sedap.
Kelima nya aku berharap aku punya 2 bilik tidur. Dan aku berharap bilik tidur aku tu cantik la takde la nak over mana tapi aku nak yang selesa.
Keenam nya aku berharap lokasi rumah aku tu tak jauh nak cari slaterig food. Makanan slaughter seperti ikan dan daging. Oh rindu nya nak makan ayam dan lembuuu.
Selebihnya aku berharap yang baik baik saja. Nanti aku cerita pulak macam mana keadaan nya pada apa yang aku harapkan ni. Sebab ni adalah entri harapan aku masa duduk di hotel. So ini semua harapan orang macam takde harapan hahaha
Oklah sehingga itu kita akan bertemu lagi, aku akan tulis lagi entry pasal rumah pulak.
Happy weekend! Bye :D