Sunday, September 1, 2013

# Zanussi



Harini aku berhasrat nak menggodek oven rumah ni, namanya Zanussi. Segala barang letrik ni adalah bernama Zanussi. Dari oven , ke mesin basuh ke dryer. oh haritu aku tak letak gambar bilik laundry. jap lagi aku tampal sini. sini kena ada laundry room sebab dryer tu akan panas dan akan memanaskan kawasan sekeliling, thats why dorang asingkan satu bilik. oh ye rumah aku pon ada laundry room sendiri. tengah di renovate. yay. 

Dishwasher dan freezer tak pasti brand Zanussi ke tidak sebab dorang dah kena tampal dalam kitchen cabinet. 

Sayang nya barangan Zanussi ni satu je la...manual dia. Tak ada dalam bahasa Inggeris. Jadi kena lah google manual oven ni guna reference Model number dia. Aha akhirnya kami jumpa manual dalam bahasa inggeris. 

Harini hanya cuba menggodek dan nampak nya aku dan emak paham la cemana nak pakai. Cuma bahan bahan nak mula buat koje tu belom beli. Tadi ke Hema dan Albert Hjein tak bukak pulak sebab Ahad. Sini ahad memang macam pekan mati. Padahal diri sendiri tak tau nak masak ape lagi guna oven tu hahaha. Mungkin 5 hari bekerja ni mak ada banyak food dia nak cuba sebab asik tengok channel 24Kitchen tu hahaha.

Oh channel dah bertambah. Dari channel basic sekarang semua channel boleh access. Apa tuan rumah baru tambah package ke tak tahu lah kan. Apa pun I am having a beautiful weekend here.

Tadi ingat nak pergi pantai tapi aku lupa bawak chipkaart. Mak nak pergi mall dekat pantai tu tapi sebab Ahad kang sampai sampai sia sia je mall tutup, so aku plan nak pergi pantai sabtu depan. Heheheh 

Esok kerja. Hahahahahahha. Ye. Esok. KERJA.

Ok kita sambung esok apa cerita.

Bai! 




# akal



Sebenarnya..aku dah sangat malas nak memikirkan pasal hal ni. Tapi di sebab kan ia keep datang pergi datang pergi aku rasa ini masanya untuk aku luahkan apa yang aku rasa sangat membuang masa ni. Beberapa hari yang lepas aku dapat kesempatan nak sembang dengan saudara mara yang ada di Malaysia. Aku terkejut bila ada yang keluarkan kenyataan “ada orang record suara emak masa emak marah di rumah nyah” 

Aku takut ke ni? Semestinya jauh sekali la aku nak rasa takut atau apa janji apa yang aku rasa benda yang betul adalah betul. Apa yang salah adalah salah. Bila salah kita betulkan apa yang salah tapi bila orang yang menerima teguran ni tak boleh menerima..itu terpulang lah.

Sebelum ni aku susah..aku sangat susah,datang dari keluarga yang susah. Aku lali je kalau keluarga dari entah mana mengata keluarga aku orang susah. Iyelah ayah dah tak ada. Siapa lah tempat nak mengadu kalau ada susah hidup kami. Aku kagum emak. Ye aku ada emak yang kuat hati nurani. Dia la penguat semangat aku untuk terus berusaha kearah kehidupan yang lebih baik inshaAllah. Kadang kadang tu hati aku marah bila aku terdengar je suara suara pisau tajam nak terputus telinga aku bila mereka berkata tentang emak.

Kadang tu aku tak paham beberapa perkara:

Kenapa orang tak suka kita gembira? Sebab hanya mereka saja yang layak untuk gembira atau macam mana?

Kenapa orang tak suka kita senang? Sebab hanya keturunan mereka saja yang mesti senang atau macam mana?

Kenapa orang tak suka kita Berjaya? Sebab kita tidak di lahirkan untuk Berjaya atau macam mana?

Ada banyak insiden yang sebenarnya melukakan hati aku Cuma aku malas sangat nak ambil kira. Iye lah hidup pun sehari dua lepas tu mati dah kita. Kalau nak hidup dalam hasad dengki ni esok lusa mati tak ke kau menyesal? Rugi hidup kau di sia siakan dengan hasad dengki penuh dalam dada. 

Macam ni la aku nak kasi nasihat ni elok elok sebab kadang kadang tu orang tak faham takdir, kehidupan yang Allah dah tentukan pada diri masing masing ye.... sebab nya manusia ni umur dia 60 tahun sekalipun dia belum tentu pandai bab bab ni. Benda paling busuk iaitu hasad dengki ni tak mati sampai akhirat. Dia paling kuat dan paling besar ada dalam hati setiap manusia. Ia terpulang pada diri kau sendiri nak melayan hasad itu atau tidak. Kalau kau bijak, kau banyak belajar, semestinya takde hal pon sekelumit perkara lebih yang orang lain dari kau dan perkara itu jadi nanah dalam hati kau. sampai mati.

Masa mula mula aku kawin dengan suami aku ni..masih ada yang duk bertanya Tanya berapa gaji laki nurul tu? Kerja apa dia? Kami diam je..bukan kerja aku dan suami la nak gebang gebang cerita macamlah gaji kami banyak sangat pon. Tapi tak perlu la nak sinis sampai macam tu sekali kan. Masa suami tukar tukar kerja nak dapatkan job yang serasi tu..orang dah mula tak tentu hala. Sibuk nak bertanya tu kerja apa macam tu? Takpelah malas la kami nak layan. Bila tahu suami aku rupanya kerja di rig. Sekarang kat desert pulak. Kerja bidang oil and gas. Oh marah nya..sebab ada pakcik dia sorang je yang boleh kerja macam tu. Dulu pakcik dia tu kerja kat UAE pastu sekarang dah masuk kerja Petronas. Dalam hati kecil ku...ada aku kisah ke pakcik kau nak kerja apa ni? Kalau nak kerja macam pakcik kau belajar rajin rajin. Boleh la jadi macam pakcik kau. reti? Nak marah aku ngan suami dah kenapa pulak???

Masa berlalu dan hidup semestinya berevolusi..dari kami duduk menyewa di pandan tu kami dapat la membeli rumah. Alhamdulillah syukur ya Allah. Masa duduk menyewa tu ada juga yang sibuk bertanya ni berapa kau bayar sewa tiap tiap bulan ni? Jangan lah Tanya banyak sangat sebab aku tak pernah Tanya pon berapa kau bayar rumah kau tiap tiap bulan reti ke? Kalau dah nama kondo kau agak agak nak aku cakap sewa rumah aku 300 ke sebulan baru kau puas hati atau acaner?

Bila dah membeli rumah kami menjawab je apa yang di Tanya. Tapi kami balik di beri soalan yang aku rasa melampau nye soalan kau. korang dah beli rumah? Kat mana? Oooh situ ke? Eh macam mana korang boleh beli rumah kat situ? Rumah situ rumah orang kaya kaya je duduk situ. Lepas tu soalan sama di tujukan kepada emakku. Shahrill tu kerja apa sampai boleh beli rumah area situ? Berapa gaji dia sampai boleh beli rumah kat situ? Rumah situ kan sebiji sebiji tu? 

Rumah kat taman tu memang sebiji sebiji la untuk mereka yang sememangnya kaya. Tapi rumah kami rumah dua tingkat je, Cuma bezanya kami ada ruang yang lebih sikit dari orang lain menjadikan rumah dua tingkat tu ada 6 bilik tidur dan 4 bilik air. Tak puas ati lagi macam mana aku nak puas kan hati kau? gaji suami aku tak banyak macam yang kau fikirkan. Jadi tak payah la nak membenci sampai tak tidur malam memikirkan macam mana kami boleh membeli rumah 2 tingkat je pon. 

Bila aku kena transfer kejap ke Holland ni mak kena tamparan hebat bila semua marah dia dan mengata dia. Atau dalam erti kata lain nya mungkin mengata aku sebab semua tertanya Tanya apa benda aku buat nak kena kerja sampai sana pulak? Semua pulak boleh pergi dan duduk lama pulak. Banyak soalan yang tidak patut di tujukan pada emak aku. Ada beberapa yang aku masih ingat masa dia bagitau dia nak ikut aku ke sini. Tiba tiba dia di marah dan orang bertanya..habis kau ingat senang senang ke nak ikut si nurul tu? Ada ke duit dia? Nanti mana kau nak duduk kalau ikut dia? Jangan main nak ikut aje.

Sini aku bagitau.. kalau aku yang nak bawak mak aku, aku tau mana aku nak duduk. Jangan la simpit hati perasaan sangat. Apa kau ingat aku ni keje jual body ke nak bersangka buruk sangat? Kalau marah kenapa aku je kerja sampai sini mungkin ada masanya kau kena duduk diam diam dan berfikir. Kadang kadang tu rezeki tu bukan hak manusia yang tentukan. Hak rezeki tu adalah HAK ALLAH! Jangan buta sangat dengan hasad dengki. 

Bila aku bawak mak dan anak aku ke sini, semestinya mereka ada di bawah tanggungjawab aku. Yang kau pandai pandai mereka cerita nak duduk mana kenapa? Apa kau ingat aku datang sini nak jadi cleaner ke? Lain kali jangan pandang serong pada orang sangat. Sekarang aku bawak mak aku duduk rumah yang company aku bayar ha, dah tengok ke gambar rumah yang aku bawak mak aku berteduh ni? Sakit tak jantung kau? meh sini aku bagitau berapa sewa sebab kau nak tau sangat. Agak agak harga sewa rumah aku skrg ni sama banyak ke dengan gaji kau? atau kelaut lagi baru mampu? Kan dah bermulut puaka. Nak rasa lagi? Puih! 

Sebab itu...apa saja berlaku, kembali lah kepada Tuhan. Sebab jodoh rezeki hidup mati semua ketentuan Tuhan. Bukan kau punya ketentuan paham? Maka belajarlah muhasabah. Sebab kalau kau asik nak sakit hati je tengok keadaan orang lain yang semakin hari semakin baik lama lama kau yang mati sakit jantung sorang sorang. dah habis baca? sakit ke dada kau sekarang? ha kalau sakit dada pegi minum air, bawak bawak duduk atas sofa. istighfar banyak sikit. ok reporter reporter sekalian, sila print out entri aku ni dan bagi la pada mereka yang tiba tiba rasa oh dia sedang mengata tentang kita.

Bye.