Monday, September 2, 2013

# sekolah



Ohhh selamat hari Isnin. Ini dah malam nak menjelang nya hari Selasa tapi kalau aku tak menulis malam ni maka nya takkan menulis la untuk hari Isnin...

Hari ni cikgu aku belum balik. Nama cikgu aku ialah De Santa Maria De Camisuli. Cikgu aku ni orang Venezuela dan bercakap Spanish. Dia juga boleh bertutur dalam bahasa Perancis. Cikgu aku ni Nampak muda je tapi aku sendiri tak tau la umur dia berapa sebenarnya. Kadang kadang tu orang ni cepat beruban padahal dia takde la tua mana. Itu sebab banyak berfikir so wisdom hair tumbuh cepat hehe.

Sepanjang aku buat project Algeria ni..maria la cikgu yang membantu aku dari B hingga H. Start up project iaitu huruf A di bantu oleh cikgu aku yang kedua bernama Guus Noddick. Guus ni orang lelaki Dutch dan boleh bertutur dalam bahasa Ducth, Inggeris dan French. Guus tak balik lagi sebab sedang bercuti selama dua minggu. Minggu depan baru lah cikgu Guus ni balik.

Masa mula mula aku start up project ni yang supervise aku ialah Guus, kemudian Guus cuti Maria amik alih. Jadi selama 4 hari maria cuti start minggu lepas (Rabu, Khamis,Jumaat, Isnin), aku ada dua cikgu sukarela yang tak kisah nak bantu aku kalau aku ada masalah dengan software yang baru putik jagung aku pakai ni. Dua cikgu aku yang sudi membantu masa Maria takde ialah D’Lizze Donata dan Gys Spootch xxx lupa nama penuh. Donata ni juga orang Venezuela dan Gys tu lelaki Dutch. Dua dua cikgu aku ni sangat la membantu masa Maria takde nak supervise aku. Thanks to both of you.

Dekat opis aku ni..kawasan kerja aku ni ada 4 meja dalam satu kawasan. Kami tak ada cubicle jadi semua orang boleh Nampak apa yang korang bukak dekat PC tu. Oh ye semua orang bekerja dengan machine masing masing dan monitor yang macam biasa ada dua lah. Jadi memang semua orang yang jumpa dalam opis tu memang datang untuk bekerja. And definitely culture bekerja dekat Negara orang takkan sama sebab kita pun dari root yang berbeza.

Dalam 4 cubicle yang ada tu kat tempat aku tu je dah Nampak betapa kami ni variasi Negara dan bangsa. Jiran depan meja aku ialah Madhavi. Madhavi ni ialah orang Surinam. Siapa tak tau apa itu orang Surinam boleh la google dan baca. Tapi sikit sikit la apa yang aku tau ialah orang Surinam ni macam Indonesia. Dorang ni di bawah jajahan Belanda. Ada banyak variasi bangsa dekat Surinam ni. Antara nya bangsa (aku lupa nama panggilan nya tapi dorang ni campur inggeris dengan orang kulit hitam), India yang bertutur bahasa hindi atau Pakistan ke? Tak pasti, Jawa (Indonesia) dan ada lagi satu aku lupa lagi. Tapi Madhavi ni macam Pakistan muka dia. Dia pon cakap hindi dengan nenek dia. Tapi dia punya mother tounge ialah Dutch language sebab syllabus sekolah dekat Surinam guna bahasa dutch. Semua urusan pentadbiran pon guna bahasa rasmi iaitu Dutch. Madhavi ni Petrophysicist. Orang nya sangat sistematik. 

Jiran sebelah Madhavi ialah tempat Guus cikgu yang aku cerita tadi.
Jiran sebelah kanan aku pula ialah Stephanie. Steph ni ialah orang Perancis. Dia lawaaa. Suka aku tengok nye. Emak beranak dua dan merupakan orang bijak geophysicist. Steph ni memang akan membantu kalau kau ada masalah dengan seismic ke apa ke. Tapi sebab dia orang lama dan memang senior hustler punya jadi dia ni orang penting. Dia selalu takde kat meja sebab kena invite pegi meeting itu ini jadi reviewer. Jadi kalau nak tunggu Stephanie untuk tolong aku cek kan kerja aku satu satu aku rasa macam menyusahkan dia. Tapi so far kalau aku Tanya satu benda dia akan habiskan 20 minit dia untuk selesaikan masalah aku. Baik betul akak ni. Oh dia berkawin dengan lelaki perancis beragama islam. Jadi aku tak pasti la dia agama apa sebab ikut mazhab dorang ni boleh je kawin lain agama tapi dia selalu la cerita kalau dia beli daging dia beli dekat daging halal. Mungkin dia nak bercerita tapi belom masa? Atau aku yang tak paham bahasa atau apa aku pon tak pasti hahaha.

Jiran belakang aku ialah ibu kepada anak 1 bernama Simona~ simona ni orang Italy yang berhijrah ke Holland untuk bekerja. Oh lupa aku nak bagitau..barisan mereka mereka yang aku cerita ni semua berstatus doctor ye. Aku ingat kan duduk mesia wah bangga gila kalau sorang kawan kita ada phD tapi kat ofis aku ni aku rase aku sorang je degree holder T-T paling lekeh pon dorang mesti ada MSc. Oh tercabar...

sebelah Simona pulak ialah seorang pakcik dari Venezuela bernama Jaime Albeida. Dia ni dah senior tahap guru guru penasihat ni. Dia ni staff Reservior Engineer dan merupakan cikgu terulung kepada simona. Simona ni phd leaver dan merupakan Reservoir Engineer. 

Depan meja Jaime ada seorang abang Iran bernama Ali Kankili. DIa ni di kenali dengan gelaran glamour dia iaitu the brilliant mind. Sebab dia memang terer gila. Semua mat saleh jumpa dia kalau nak advice apa apa pasal technical. Cakap selow je tapi otak geliga.

Jiran jiran tepi aku ada jugak tapi aku cerita yang memang selalu bertegur sapa ni sebab dekat dekat. Jiran jiran yang suka buat kelaka dan kawan kawan yang muka ketat sebab dia orang German hahahha tapi sebenarnya dia friendly tapi agaknya dulu dia sekolah tentera jadi kalau dia gelak pon kita Nampak mulut dia macam tak bergerak, again...jahat aku.

Team project aku geologist ialah Kathleen Maass. Dia ni orang german. Sangat menepati masa masuk opis dan pulak. Dah nama german. Cikgu Kathleen pula bernama Fleur. Berbangsa perancis tapi dia ni geng beyonce. Tapi lawa. Bergaya pula.

Wah banyak aku dah cakap pasal kawan kawan. Nanti aku cerita la lagi apa berlaku esok. Dengan deretan kawan kawan yang ada tu. Mengantok nya weyyy

Goodnight! Bye

Oh happy working tomorrow heeee

Bai