Wednesday, September 4, 2013

# kehidupan lebih baik di Malaysia



Rasanya dah dua hari aku asik baca pasal minyak naik di Malaysia. Mula mula RON 95 lepas tu RON 97 pulak. Malam ni berkuat kuasa kata malaysiakini. Ada kebaikan dan keburukan benda ni berlaku tapi harini aku nak bercakap kearah positive lah sebab malas nak memaki hamun system kerajaan. Rasa tak best pulak hihihi

Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut aku nak korang compare keadaan aku di Malaysia dan Kuala Lumpur. Sebab aku tinggal di Voorburg. Dalam kawasan Den Haag. Dalam 15 minit je naik train laju dua tingkat dah sampai la ke Amsterdam. Amsterdam tu macam Kuala Lumpur lah kira dan Voorburg ni macam Damansara. Kepadatan penduduk dia sama banyak je aku rasa Cuma sini rasanya mungkin lebih ramai.

Kat sini system public transport adalah superb i tell you. Hari hari aku keluar rumah dan menapak sebanyak 30 langkah nak ke stesen bas Koningin Julianaplein. Aku akan menaiki bas ni ke stesen Voorburg. Dekat stesen ni aku akan berjalan dalam 20 langkah ke bangunan SGS. Sini kalau bab public transportation kau jangan risau. Aku rasa system public transport dia paling bagus dalam banyak banyak negara. Bas akan lalu setiap 7 minit. Kau bayangkan berapa banyak bas akan lalu dalam 1 hari? Dorang ada schedule yang jarang sangat miss.

Kalau aku siap siap dari rumah tu pukul 8 aku keluar rumah. Aku sampai bus stop pukul 810, pukul 815 ke aku dapat bas. Naik bas turun dekat stesen ketiga je pun adalah makan dalam 5 minit (sebab traffic light),sebab kasi laluan pada penunggang basikal lagi) dan aku akan sampai ke office dalam 820 pagi. Bab lambat pegi keje ni bagi aku kalau kau lambat tu sebab lambat bangun la bukan sebab bas rosak. Nanti Nampak sangat kau menipu.

Train dia pon sangat efisyen ye, setiap berapa minit aku lupa tapi memang ontime. Jadi kalau orang naik bas atau train ni takde nak sesak macam kita naik keretapi kat india. Naik bas pon takde orang yang beratur dah macam imigran. Sampai nak terbalik bas kau buat sebab lebih muatan, sini takde la so far aku Nampak keadaan itu. Siap anjing besar anak lembu pon naik bas yang sama. Punye lah luas bas sebab setiap 8 minit pulak bas sampai kan. System train dan bas pulak tak terputus dan dia connected di setiap kawasan kediaman. Jadi orang yang malas nak bawak basikal pergi kerja boleh naik bas atau tren ke office.

Aku rasa...salah satu cara kita nak belajar untuk fight this fuel price ialah dengan membuat perubahan. Kita kena mulakan dengan membawa basikal ke office atau kita naik bas atau tren ke office. Aku memang boleh sedap je cakap sebab sikit apelah sangat cuaca pon sejuk je nak jalan pon tak basah ketiak kan tapi bila aku bercakap pasal benda ni aku terfikir tentang kekurangan yang ada di Negara kita,

Kita kena perbaiki system pengangkutan awam. Efisyen kan system bas ni. Buat bas datang setiap 10 minit. Takde la manusia bersesak nak pergi keje ada nak pergi pasar ada nak pergi shopping ada so dengan ada nya bas yang banyak takde keje orang nak bersesak nak panjat bas kasi roboh.

Kita kena banyakkan system train kita ni, buat sampai ke pelusuk kampong pun train lalu. Dah kau ingat kalau ade lah train laju dari tg malim sampai ke damansara hengen aku nak membeli rumah kat kajang tu? Lebih baik aku beli tanah kat tg malim tu buat rumah sebiji siap pasang lift dalam rumah ha. Kata nak sama naik dengan datin kat kompani mantan tu kena la ada lift dalam rumah hahahahaha.

Aku rasa kalau system pengangkutan awam kita superb, takde orang heran pun minyak RON 95/97 nak naik. Kau naik la banyak mana pon ade ku heran nak naik? Kita bayar tiket bas je. Haa lagi satu kat sini kalau naik public transport dorang guna macam kad touch and go jadi takde la sibuk nak kena menggaji konduktor bas pulak dalam bas tu. Kau masuk je touch siap siap kad touch and go kau tu. Masa nak keluar touch lagi skali untuk deduct harga tiket dan sila ikut PINTU BELAKANG.kita kat Malaysia situ nak pintu nak masuk situ lah pintu nak keluar macam nak kopak dah pintu di buat nya. 

Perubahan bermula dari kita, ingat?

Kat Holland, harga minyak memang mahal. Seliter dalam RM 28. Bersamaan EU 7 satu liter. Tapi ade aku Nampak mereka meroyan kata minyak mahal tak mampu aku nak menyara kehidupan. Takdo. Sebab mereka tak kisah pon minyak mereka mahal. Public transport mereka memang membantu nak kemana mana. Dari depan rumah dah ada bas sampai la nak ke pantai atau kampong. Dorang pon memang tak ramai yang nak kereta. Kebanyakan nya naik beskal. Kawan kawan opis aku memang ramai naik beskal kalau rumah dorang tak jauh dari office. Dorang pon ramai yang berjalan. Motor pon tak banyak. Kereta ada..tapi tak pernah lah lagi aku lalu jalan besar kat sini jalan jem dari pukul 630 pagi sampai pukul 8 malam. Tak de. Dari Amsterdam ke Voorburg pon xde jalan jem. Smooth and steady.

Kalau confirm aku akan permanent kat sini, aku akan membeli kereta tapi aku takkan bawak hari hari la pegi keje buat rugi je. Public transport dah cun kenapa sibuk pulak nak bawak kereta? Aku hanya gunakan kereta untuk shopping sahaja. Sebab setiap kali shopping bekoyan koyan barangan di beli sampai nak angkut pon tak larat. Selalu sampai rumah rasa nak pengsan T-T

Itu hanyalah pandangan aku tentang perubahan yang harus Malaysia lakukan kalau Malaysia rasa nak bantu rakyat. Tapi kalau dorang pun tanak upgrade kan public transport ni macam mana rakyat nak start gunakan public transport. Kau lagi rela suruh rakyat kau beratur dalam jem lama lama kasi minyak abis cepat pastu isi minyak mahal mahal. Bukan semua orang kaya raya nak menghabis duit dektat minyak je tiap bulan. Mulut dekat rumah pon nak di suap makan jugak.

Cakap pasal makanan,living cost di Malaysia haruslah rendah to make sure kalau satu barangan keperluan mahal, the rest haruslah di kawal. Jangan minyak kau naikkan, habis beras gula tepung pon sama nak naik. Apa kau ingat gaji semua orang 10k ke sebulan? Urut dada terus aku menahan marah. Kalau di sini minyak tu tutup mata lah sebab aku takde kuasa nak membebel kenapa Holland harga minyak nya mahal. Semestinya sebab Holland bukan Negara mpengeluar minyak. Kenapa kita pengeluar minyak tapi minyak kita mahal? Tu kau study la kenapa aku malas nak cerita benda ilmiah sebab dah cukup banyak dah benda ilmiah aku kena belajar kat office sampai naik buta baca buku tebal tebal.

Harga makanan ruji dekat sini memang murah. Kalau di Malaysia aku akan spend dalam 1k sebulan untuk beli makanan tapi di sini aku spend lebih kurang amaun yang sama tapi ia dalam ringgit Malaysia J kiranya aku spend dalam 100 EUR la untuk 1 minggu. Which is for me it is not that bad.
Jadi macam aku cakap lah..kalau satu benda mahal, jangan berjangkit benda lain nak mahal sama. Sebab orang kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja. Cari duit sampai bengkok tulang. We don’t need all that. Tapi kita takde pilihan. Jangan sampai takde pilihan, itu dah tahap membebankan. Kita nak juga baki gaji di simpan dan guna baki gaji tu pergi jalan jalan kan. 

Itu saja bebelan saya pada hari ini. Anak aku nak tengok video clip zumba so later kita sambung lagi,bye!