Sunday, September 8, 2013

# review barang keperluan baby & toddlers di NL



Aha selamat berhujung minggu kawan kawan. Harini dah masuk hari Ahad dan kita akan bertemu semula dengan hari Isnin. Minggu bekerja akan bermula seperti biasa. Kehidupan di sini memberikan aku lebih masa bersama anak sebab aku tak banyak kerja nak kena buat dan takde jem nak di hadap kalau nak kemana mana. Jadi sebab malam pun lambat maka nya siang terasa panjang dan aku rasa puas setiap kali weekend datang. Kira weekend ni memberi semangat pada aku untuk memulakan kerja pada minggu yang baru Alhamdulillah :D

Seperti biasa kami akan duduk di rumah pada hari minggu. Mulanya aku nak ke pantai macam di cerita minggu lepas tapi hari kurang baik macam nak hujan maka aku batal kan lagi niat nak ke pantai. Tunggu suami aja la nanti kita berjalan sakan kan 

Aktiviti membeli barangan memang akan di buat setiap sabtu sebab kedai akan tutup pada hari Ahad. Jadi semalam aku ke Jumbo macam biasa nak membeli dan kali ni bukan sahaja membeli barangan makanan tapi aku kena start membeli pampers sophie. Stok pampers Nampak nya dah habis dan kena la start membeli. Stok susu masih ada dan Nampak nya susu akan mula di beli bulan depan. 


Review aku pada kali ini ialah tentang variasi harga pampers (sekali lagi) tapi kalini di NL lah pulak sebab dah kena duduk sini. Setakat yang aku Nampak di NL hanya ada 2 jenis pampers yang available di kedai kedai iaitu jenama pampers dan jenama tempatan dia yang aku tak ingat nama. Tapi harga pampers yang berjenama pampers adalah sedikit mahal dari jenama tempatan. Oleh kerana sophie sekarang dah di latih pakai pampers pants jadi harga nya bertambah la lagi dari pampers zipzap tu. Kalau rata rata di Malaysia pampers paling syok selesa untuk bayi aku agak agak adalah mamipoko tapi sayang nya takde pulak mamipoko di NL? Harga mamipoko ada dalam 50+ kan? Tapi dapat 48 keping untuk mamipoko pants. Di sini harga pampers lebih mahal. Aku membuat andaian bahawa kebanyakan matsaleh memang x ramai yang beranak jadi barangan yang jarang mendapat sambutan ni akan berharga lebih mahal. 

Harga pampers jenama tempatan boleh di beli dengan harga EU 12 sebanyak beberapa puluh keeping. Manakala untuk jenama pampers pants kita boleh membeli nya dengan harga EU 15 iaitu dalam RM 66 sebanyak 38 keping ye. Agak berkerut juga dahi aku masa tengok harga pampers pants tapi bila bawak balik dan buka pampers nya tu aku tengok kualiti pampers tu memang lagi lawa la lagi mamipoko kesukaan kita di Malaysia. Padahal ada satu benda je yang aku bekenan ni haha. Kalau mamipoko pants ni dia ada macam 2 getah kecik kat keliling pants tu jadi kalau anak kita kuat berjalan keaapa ke bila getah tu tersepit celah punggung dia sangat la sakit dan dia akan membebel la sebab pedih. 

Kes anak aku ni mungkin sbb dia ade emak macam aku so dia kalau ada je masalah sikit dengan pampers dia tu dia akan bising bising sambil nak tanggal pampers dia tu. Buat muka stress macam “please take this away from me ammi, it hurts my butt so bad..” and bila aku cek pada pampers pants ni keliling pants tux de 2 getah annoying itu. Mereka gunakan totally kain kapas dan Nampak selesa. Bila sophie pakai aku tgk takde masalah stress muka tu aku rasa elok la tu. Yelah nak buat stok 2x sebulan kena beli dah nak 250 ringgit untuk 2 beg pampers je so jangan la buat hal tak sesuai pakai keapa kan. Bankrupt ammi nanti T-T

So far kalau tengok harga susu nampaknya lebih kurang sama Cuma aku perlu survey brand yang sophie minum di Malaysia ada ke tidak. Kalau tak ada, ada la potensi dia kena bertukar jenama susu kejap. Haritu masa stok S26 kena stop and hanya akan start restock bulan 10 tahun lepas kami mati kutu tak tau nak ganti susu apa. Ganti mula mula dengan Enfagrow dia tak tahan jadi cirit birit agaknya susu tu panas. Nasib baikla masa tu dalam seminggu je pastu dah ada stok balik s26 tu jadi kami terus tak tukar tukar sampai sekarang. Ini agak menggusarkan T-T

Takpelah nanti sampai masanya aku akan kongsi cerita macam mana.

Harini macam biasa lah turn aku masak dan aku masak benda simple je pada hari Ahad ni,pasta tapi makan guna kuah spaghetti hihi. Sabtu makan nasi lauk tomyam campur. Pagi pula makan pancake. Sorry lupa ambil gamba pasta kuah bolognaise tu. Semalam nak ke Den Haag Markt tak jadi sebab tengok lokasi alamak jauh nye kalau kena angkut anak. Jadi...mungkin aku akan ke Den Haag Markt bersama geng geng je senang nak membeli ikan mana bekenan.
Oh nanti aku cerita tempat tempat makan yang selalu aku kunjungi masa makan tengah hari dengan kawan kawan okey! 

Enjoy your weekend! Bye! :D