Saturday, September 14, 2013

# masa duduk hotel ituari~



# lunch




Seperti yang aku janjikan pada minggu lepas, minggu ini adalah minggu untuk aku mengapdet kepada kawan kawan yang nak tahu apa lah kerja aku kan masa lunch sebab aku memang takde kawan melayu sini, sian aku. Tapi aku ada kawan Negara lain jadi jangan risau. Di tanggung beres.minggu ini mereka menggelakkan aku kerana menjadi typical Malaysian (asal nak makan kena amik gambar :D ) 
 
Sebelum aku ke cerita repekan wanita di Voorburg, aku akan memulakan dengan memperkenal kan kawan kawan partner in crime aku setiap hari. Geng makan tengah hari mestilah lain kadang kadang je sama dengan geng kau buat keje dalam office. Tepat pukul 12 tengah hari kami akan berkumpul di lobby office dan menunggu geng sampai. Madhavi, kawan Surinam aku yang sistematik tu geng yang akan join di masa lunch, Mandaar jejaka dari south India, muka tamil tapi tak cakap tamil ye,dia cakap Hindi. Hahaha. Dia vegetarian. Orang kasta Brahmin. Mandaar ni Reservoir Engineer yang baru grad dari University Of Alaska. Dia baru mula kerja 2 bulan lepas grad Masters Degree. 

Geng ke tiga ialah Naveen, senior Petropysicist dan merupakan orang Malaysia. Dia india yang tak macam india ye. Putih terkejut aku menengok nya pertama kali sebab dia dah sampai Holland bulan june dan aku tak pernah jumpa pun dia masa duduk kat office Kuala Lumpur. Setakat sembang dalam chat line office je. Masa mula mula aku sembang dengan kawan kawan KL aku membayangkan Naveen ni seorang lelaki yang tua dan gelap of coz la gelap dah nama dia india, anggapan ku meleset sama sekali sebab dia muda je umo 31 tapi dah jadi senior dah. Ada anak satu umor setahun 5 bulan. Tapi dia bukan hindu walaupun dia dari Tamil Nadu, dia beragama Bhahai. 

Oleh kerana dia beragama nama canggih tu la dia kenalkan pulak kami dengan kawan dia yang kerja berhampiran bangunan kami di Voorburg, nama kawan Naveen ni John. Orang British yang berkahwin dengan orang Surinam berbangsa Crio (matsaleh + black).John ada 2 orang anak perempuan. Bini dia orang Prancis. Cemana dia jumpa bini dia ialah masa dorang yang agama Bhahai ni dok berkumpul rasanya masa bengkel ceramah. Pastu depa kawen. John merupakan translator bahasa di ICC (International Crime Court) di Holland. Cemana John boleh ada dalam frame lunch kami? Sebab Naveen mula berkenalan dengan John di ceramah agama dia setiap Ahad dan sebab tempat keje dekat dia pon selalu la join kami makan. Itulah dia serba sedikit partner in crime yang akan join setiap hari untuk makan. 

Depa kata agama Bhahai ni datang dari Israel. Masa depa cerita tu terus aku tanya, abis agama kau ada cakap kena benci orang islam ke? Kena bunuh ke..sebab sia sia aku nanti kena tikam dari belakang. Depa kata agama depa takde masalah dengan orang Islam lah, depa bukan yahudi, kalau depa yahudi cemana plak kami boleh makan semeja dengan kau? you are our friend ok. Stop being freak out. ok lah masuk akal jadi kami terus berkawan sehingga sekarang.

See see asal nak cerita pasal benda lain introduction aku dah melebar lebar dah.
Oklah selalu nya tempat yang kami kunjungi adalah atas dasar rotasi. Rotation mana mana kedai yang ada janji tak muak nanti malas dah nak makan. Kalau kami punya masa dan tak berapa nak busy kami akan jalan jauh sikit nak cari makanan,kalau salah sorang busy sampai nak makan pon tak sempat kami akan ke kedai ini.

Kedai Snackbar dan Brasserie (Stuut) ni merupakan kedai yang paling dekat dengan office kami. Just a few steps away and you reach the place. Makanan yang aku boleh pilih takde lah meriah macam boleh makan di Malaysia. Pilihan aku terhad tapi lebih terhad bagi mandar sebab dia vegetarian hahaha ok hentikan. Maka kalau ke sini aku akan makan makanan standard sandwich+fried egg+cheese+French fries+chocomelk. Kadang kadang makan khunkrokeet. Macam kentang kenyek kat dalam tapi keras kat luar. Bajet makan di sini ialah EU7.5 (RM33) 


Hentian kedua kami bila punya masa ialah berjalan ke pecan Voorburg yang tak jauh dari office. Di sini kami akan makan di beberapa pilihan kedai. Antaranya ialah kedai Indonesian cuisine yang ada di Voorburg. Nama nya Toko Menteng. Ada 2 kedai Indonesia kat sini tapi aku selalu ke sini je sebab lebih dekat. Kalau makan di sini aku merasa lah nak makan nasi tengah hari lepas tu melayan mata pukul 330 petang. Menu standard aku di sini adalah nasi+terung+kobis carrot masak lemak putih+telur sambal+fruit juice.bajet makan tengah hari di sini ialah EU9.50 (RM41.80)



Lokasi kedua hentian kami ialah di kedai ikan bernama Visgilde. Kedai ni menjual makanan basic ikan sahaja. Tak ade benda lain. Nasi ada lah. Spaghetti ada tapi daging tak ada. Ni juga tempat bahagia aku dan geng tapi tidak bahagia bagi Mandar kerana again- dia Vege bhihihi. Kalau ke sini aku akan makan deep fried salmon/carp+fries+sparkling ice tea. Bagi yang Vege hanya boleh makan fries sahaja. Nasib baik ade fries kan haha. Aku juga kadang kadang take away ikan dari kedai ni dan goring cara melayu pula di rumah. Harga ikan di Voorburg jauh lebih mahal berbanding ayam (kip). Beef and lamb pula lebih mahal dari pork. Sekarang kita tahu la kenapa matsaleh makan pork lebih dari segala daging yang lain-kesian.

Untuk membeli ikan di Visgilde ni kena la spend dalam RM60 untuk ikan pilihan anda dan bawa pulang masa gaya sendiri. Bajet makan di sini tanpa take away ialah dalam EU8.50 (RM 37.40), kalau take away mungkin kena spend dalam RM 90 termasuk bajet makan sekali dalam tu.




Lokasi ke empat yang kami lawati ini kami gelar sebagai lokasi orang kaya. Lokasi jela orang kaya kami tak kaya bhahahha. Ia merupakan restoran dan bar Itali.memang originally Italian. Owner nya pun orang Itali.kita cakap English dia cakap bahasa Itali. Janji paham sudeh.untuk kedai ini aku belum sempat nak amik gamba view kedai sebab minggu ni aku super busy suruh geng tapaukan je. Tapi kang aku amik gamba jangan pengsan pulak ok. Kedai style Itali memang kecil ya Rabbi dan kau boleh Nampak la deretan wain dia dah macam buku dalam library. Olive oil ke wine aku sendiri buta mana satu tak dapat beza. Makanan yang aku makan di sini ada dua je available iaitu tortellini dan cannelloni. Tapi dua dua pon sedap. Wuhu. Kau boleh request la jangan letak alcohol ye aku orang Islam pastu nanti dia kata Si Seniora, Si Si! Siapa? Siakap?! Hahaha. Nanti aku ke sana aku amik gamba dan kongsi kat sini.selalu aku akan makan Tortellini / Cannelloni+Apple Juice+vege salad campor olive oil+olive+cucumber. Bajet makan di sini ialah dalam EU17 (MYR 75). 



Lokasi terakhir ialah lokasi di kala darurat iaitu dapur opis! Jajajajaja. Tak paham kenapa orang Venezuela gelak taip macam ni “jajajaja” cikgu aku la tu. Ok di pantry ni memang lokasi faveret staff yang malas nak keluar sebenarnya. Maka memang penuh la umat manusia dalam pantry kalau time lunch ni.sibuk la nak panaskan roti la,panas cornflakes la. Kalau kau Nampak betapa bertingkat nya cawan kat sinki tu, itu hanya la phase 1, belum lagi phase 2 dan 3 maka berderet la cawan dekat cabinet tu. Tapi takpe cleaner pon campak ke dalam dishwasher apa susah khen~ 


Maka itulah dia rutin aku masa makan tengah hari di office. Bila malam malam ni aku lapar aku akan makan apa? Ahaa ini lah makanan kita pada malam ini. Jajajajaja (tiru cikgu maria gelak)


Dalam hati kecil ku ini...siaplah mamak, aku balik nanti aku round satu satu nak makan mee goreng! Teh tarik kawww punya satup!

Okay, dah ke tahap mak nenek membebel.Bai!

# 3 September 2013



Take my breath away~~~~ Berlin -soundtrack Top Gun.. well well well. Punye la melampau sampai lupa nak buat entri untuk anak dara aku yang tersayang ni. Nampak nya entri ini adalah entri basi tapi lantaklah ini belog haku kan haha. 

3 September 2011 ialah tarikh keramat bagi aku dan suami. Kami di kurniakan seorang cahaya mata iaitu Irdina Sofiya binti Mohd Shahrill. Tanggal 3 September 2013 ialah tarikh dia sudah masuk ke usia 2 tahun...syukur Alhamdulillah..sophie di besarkan dengan sangat mudah. Dia tak banyak meragam budaknya. Dari kecik memang tak banyak masalah nak membesarkan anak aku sorang ni. Cuma masa baby dulu dia suka buat jadual tidur dia sendiri jadi masa dalam pantang dulu dia suka tidur lambat. Sampai aku ,suami dan emak kena ambil 3 shift sebab nak teman dia. Lambat tidur tu sampai tahap kami boleh dengar dah pakcik angkut sampah pagi pagi pukul 5 dekat belakang rumah Tg.Malim hahaha sophie anak bertuah. Sepanjang membesar dia tak banyak komplikasi dari segi kesihatan. Tak pernah kembung perut, tak pernah di serang demam berlarutan dan masuk ward tak de lagi, harap harap nya dia sihat membesar lah hendaknya. 

Dari tak pandai apa apa, wan dia jaga sampai pandai mengesot, lepas mengesot meniarap pula, lepas meniarap dia pandai merangkak,lepas tu pandai meluncur laju dengan walker. Dari situ pandai pulak dia berdiri meniti niti kerusi lepas tu jalan satu dua langkah. Sekarang jangankan berjalan dia laju, berlari sampai tak Nampak mana dia sebab dah masuk dalam gulung gulung kain kedai langsir.
Syukur ya Allah, Kau berikan aku kesempatan ini untuk merasai apa itu perasaan menjadi ibu. Ibu kepada anak kecil aku ini. Alhamdulillah.

Sophie dah pun masuk 2 tahun sekarang. Sekarang dah mula ingat apa dia Nampak dan sebut. Dulu counting 1-10 kejap ingat kejap lupa. Sekarang lancer. Dulu ABC asik lompang sana sini sekarang sebut ABC macam nyanyi lagu rap. Dulu Nampak apa apa nak sebut guna bahasa alien sekarang dah mula dengar sebiji sebiji apa dikata.

Bila Nampak kucing dia kata CAT!
Bila Nampak anjing dia kata DOG!
Bila Nampak daun dia kata “it’s a LEAF!!”
Bila Nampak peppa pink dia kata “PIG!”
Bila Nampak tugu depan rumah nak ke market dia berhenti dan tunjuk “HORSE”
Bila angin kuat kena muka dia akan kata “WIND”
Bila muka dia kena matahari dia akan kata “SUN”
Bila malam malam kami tunjuk langit dia kata “MOON” tapi moon takde.”STAR” star pun tak ada sini sayang
Bila dia Nampak iklan king fisher Jeremy wade dia akan kata “FISH...”
Bila Nampak burung dia kata “BIRD”
Bila Nampak kereta dia “CAR”
Bila Ummi tunjuk rumah depan rumah dia kata “HOUSE....”

Ada banyak perkataan yang mungkin aku lupa nak catch dan tulis tapi Nampak nya sophie dah Nampak membesar nya. Dah Nampak perkembangan dia dan aku berharap anak aku membesar dengan baik, jadi anak yang solehah dan jadi anak yang sayang pada umi ayah wan pak usu mak ngah dan semua yang dia kenal.

Birthday sophie belum lagi kami sambut sampai kek pun tak sempat nak buat sebab kami ni kesuntukan masa nak mencari bahan nak buat kek. kalau beli je dari kedai kang aku was was pula apa isi kandungan nya. lagipun ayah sophie minta tunggu dia balik cuti dan kami akan celebrate birthday sophie dan wan :) 

Nanti balik Malaysia kita celebrate lagi sekali inshaAllah 

Buat anak sayang Ummi Irdina Sofiya..

Happy birthday..I Love you sweetheart..you are my world. My world.






# the most beautiful girl in the world - Tom Jones

awww ini lagu zaman emak emak kita dulu and definitely adik adik zaman sekarang tak tau pun kewujudan lagu ni haha. alah jangan kata adik adik, aku rasa antara kita pun tak kenal pon siap Tom Jones... 

nak buat macam mana..selera aku universal. lagu terkini aku dengar lagu lama aku lagi suka dengar. especially lagu lama tahun 70's and my current favorite is jazz music. sedar atau tidak sebenarnya masa aku buat interpretation sambil dengar lagu jazz, kepala kau tak serabut sangat. masa mengantuk pon tak rasa mengantuk bila kau buat kerja sambil dengar music jazz. 

cubalah! 

mana tau berkesan juga pada korang ;)

kalau nak berangan dengar la lagu ni. tapi aku dengar lagu ni masa bekerja. haha

enjoy!

Tom Jones
The Most Beautiful Girl In The World
Hey, did you happen to see the most beautiful girl in the world?
And if you did was she crying, cryin?
Hey, if you happen to see the most beautiful girl, that walked out on me
Tell her I'm sorry, tell her I need my baby
Oh, won't you tell her, that I love her.
I woke up this morning, and realized what I had done
I stood alone in the cold gray dawn
And I knew I'd lost my morning sun
I lost my head and I said some things
Now come the heartaches that the morning brings
I know I'm wrong and I couldn't see
I let my world slip away from me.
Hey, did you happen to see the most beautiful girl in the world?
And if you did was she crying, cryin?
Hey, if you happen to see the most beautiful girl, that walked out on me
Tell her I'm sorry, tell her I need my baby
Oh, won't you tell her, that I love her.
Did you happen to see the most beautiful girl in the world?
And if you did was she crying, cryin?
Hey, if you happen to see the most beautiful girl, that walked out on me
Tell her I'm sorry, tell her I need my baby
Oh, won't you tell her, that I love her
Did you happen to see the most beautiful girl in the world?
And if you did was she crying, cryin? 


# iklan



Salam kepada semua kawan kawan..

Kepada kawan kenalan yang masih bertanya tanya samada saya masih menggunakan ESP Soy Protein keluaran Shaklee..jawapan nya ialah IYA. Jadi kepada sesiapa yang malu malu nak cuba boleh terus contact adik saya, Adilah nama beliau. Dila ni dah jadi agent jadi boleh berurusan dengan dia. Jangan berurusan dengan saya pula kerana saya juga pengguna. Kasi testimony buleh la. Kalau korang nak tau apa effect apa perubahan ha boleh la saya menceritakan pengalaman sepanjang penggunaan ESP Soy Protein. sungguhpun kini saya di Holland, saya masih mengamalkan ESP ni macam duduk Malaysia juga.

Shaklee Agent : Dila :017 610 4445 (adek saya)

Jika anda bekerja / tinggal di area Kuala Lumpur, adalah lebih senang berurusan dengan beliau sebab beliau ni bekerja di Office Suite Hotel Maya Kuala Lumpur, opis beliau di situ. Jadi anda boleh jumpa dia face to face gitu. Kalau nak jumpa sebelah petang adalah di galakkan kerana beliau akan melepak di gym berdekatan office selepas waktu kerja. Kalau tak dapat jumpa msg pun boleh. 

Itu saja pesanan ikhlas dari saya.

Sekian terima kasih :D  

kejap lagi boleh la kita bercerita pasal lunch di waktu kerja. ni aku tengah malas malas sebab asik hujan je kat luar nak keluar pon rasa selow je pergerakan. masalah nak mencari buggy si sophie ni. duh duh duh...happy weekend!