Sunday, September 15, 2013

# kabus




Setiap kali aku tengok iklan di instagram atau di facebook, aku akan come across banyak product kecantikan terutama nya product yang mengajak wanita wanita untuk lebih putih macam anak cina. Putih melepak macam Sarawakian dan Sabahan. Oh memang semua wanita mengidamkan kulit di miliki ini umpama air susu dutch lady putih cantik sungguh. Ia tidak salah untuk mahu kekal cantik. Tapi untuk bertukar kulit putih berseri? Aku punya pandangan tersendiri. 

Siapa yang boleh tahan membaca silakan. Siapa yang tak tahan tutup terus belog saya yah!

Selama beberapa hari dah ni aku di Holland, aku memang susah nak jumpa kawan kawan yang kulit sawo matang macam aku ni, sawo matang tu macam mana? Aku rasa sawo matang ni gelap lagi dari orang berkulit kuning langsat maka memang definisi putih bagiku adalah kelaut.

Duduk di Negara orang putih putih ni kau akan mula rasa hmm apa lah yang lawa nye kulit macam ni? Hari hari duk mengadap kawan kawan yang memang putih siap pipi merah merah macam anak cina. Siap pula anak mata warna biru hijau kelabu asap pon ada. Kita anak melayu ado kau nak jumpa mata gitu? Kalau kau putih melepak macam anak siam pun anak mata mu tetap color cokelat gelap atau hitam. Terima lah hakikat. Cuma nak terasa orang putih atau anak korea boleh pakai lense color color. Comel juga.

Cuma bila datang isu orang gigih nak putih tapi tak menjadi jadi nak putih. Nak tau satu rahsia? Bila aku ke meeting room setiap isnin pukul 930pagi, pemandangan aku Nampak memang putih je muka kawan kawan aku ni,rambut korang ada yang putih ada yang blonde ada yang hitam. Nice..bila dah biasa sangat Nampak aku terpandang Fleur, kulit beyonce. Tak gelap sangat dan takde la putih sangat definitely. Lebih ke kategori orang hitam manis. Cantik nya kulit orang hitam manis ni. Nampak dia lebih outstanding dari yang putih melepak albino ni.

Korang nak cantik ada sejuta cara. Kalau nak putih jangan ingat boleh putih muka sahaja. Kalau pakai tudung tak ada lah obvious mana, kalau tanggal tudung dah Nampak pulak leher lagi keruh dari muka apakah cerita? Pada pendapat aku..nak cantik ni bukan modal seratus dua. Nak jadi kena beribu habisnya. Nak cantik kulit bukan dengan apa kau pakai, tapi dengan apa kau makan. Kalau dalaman kau bersih, yang Nampak di luar juga bersih. Kalau pon kau tak cerah mana tapi kalau kau pemakan sayur yang tegar, kau duduk sebelah kawan yang tak suka sayur. Rasalah kulit dia. Rasa kulit kau juga. Kalau kulit kau lagi kasar ada yang tak kena lah tu.

Makan lah supplement yang mampu mengekalkan kesihatan sel kulit. Supplement ada beribu jenis. Tapi seeloknya sebelum makan sesuatu product ni adalah di galakkan sangat kau jumpa doctor untuk pastikan kau ambil makanan yang betul untuk masuk ke dalam system penghadaman kau. ingat, nak kasi apa apa masuk dalam badan adalah sangat mustahal untuk kita tau kesan sebelum dan selepasnya. Perut kalau sakit rasa susah nak makan kan? Jadi ambil berat lah dengan apa yang kita makan.

Hargai diri kita seadanya, kalau kita tak dapat jadi snow white, kita kena ada kulit yang bersih licin sampai orang kagum cemana sihat nya kulit kau ni kan. Tak de orang penah kata kulit putih lagi lawa dari kulit gelap. Cuba kau tengok lama lama dekat cermin tu. Ada orang berani cakap macam tu? Lempang kan muka dia. Kita sayang diri kita. Kita berhak untuk jadi cantik dengan siapa kita seadanya.

Cantik pada aku ialah kulit yang sekata. Dari muka kau bersih, sampai ke lengan kau cantik,sampai ke perut kau lawa,sampai ke buntut kau cantik sampai la ke belakang badan kau cantik. Ada pernah terasa nak pakai bikini depan suami? Itu lah usaha yang kita kena capai sampai kau sendiri rasa “aku confident nak pakai bikini depan suami sendiri” Yahuu cantik terasa kan? Kalau kau rasa kau boleh berbikini depan suami, itu tandanya anda memang cantik. Dia saja pun yang tahu kau cantik macam mana, kenapa nak hirau kata kata orang sekeliling pula? Kalau dia yang start complaining yes itu kau harus berubah. Berubah cantik untuk keyakinan diri kita secara automatic kita akan Nampak cantik untuk orang yang kita sayang.

Itu adalah rahsia kebahagiaan rumah tangga pon. Tiada salah nya berkongsi rasa untuk semua. Apa kau tak rasa nikmat nya bercinta dengan suami dapat menari nari dengan dia,kejar kejar dengan cara cinta kita sendiri, best kan? Ha tepuk dada tanya selera awak.

Untuk itu, kalau anda nak jadi cantik..kita fikirkan apa yang perlu kita ubah. Mulakan satu satu. Nak berubah 360 darjah tu kau ingat dalam masa 3 hari ke? No no no. Semua benda mengambil masa. Pokok pangkal usaha. Kadang kadang tu nak 6 bulan kita usaha tapi macam takde hasil jeeee. Kita ubah pulak method B. Dari method A ke method B. Ewah dah macam pakar motivasi.

Yang sebenarnya aku nak kasi pendapat pasal product kecantikan je tadi hahaha. 

Oklah masa untuk tidur, bye2.

Oh! Happy working tomorrow! :D