Wednesday, September 18, 2013

# employed



Okay Nampak nya agak lama dah la aku biarkan belog aku usang ni. Maaplah. Minggu ni dah nak masuk hari ke 4 kita bekerja. Seriously bila aku dekat sini buat kerja rasa masa tu laju sangat sangat. Nak rasa mengantuk pon rasa tak sempat. Bila masa kerja kita rasa laju, masa cuti kita rasa lama. Sebab masa siang tu terasa panjang. Sini lambat gelap so cuti sabtu ahad tu kalau dekat KL aku rasa sangat la laju semacam, dekat sini cuti aku rasa puas. Alhamdulillah.

Sekarang ni dah start masuk musim luruh (autumn), aku ni bukan la manusia ikan paus ada banyak lemak di lapisan perlu, jadi tiap kali jalan kaki ke bustop tu aku akan menggigil macam kuda sejuk. Lepas tu merasa lah berasap mulut tiap kali bernapas. Jari jari dah mula sakit sakit dekat sendi. Bibir dah start pecah pecah upper lip and lower lip. Kalau dekat KL mulut ni rajin nak berdarah je dekat dekat celah bibir ni, tapi dekat sini sekali atas bawah mulut macam kulit kena siat bedarah nya. Nampak sangat la kulit asia. Kena anta ke Negara orang seksa aku rasa. Sekarang pakai vaselin la dekat siku, lutut, mulut dan celah jari. Bagi orang lain rasanya dorang takde masalah macam ni tapi aku..aih. kalau dah mencuci pinggan pun kulit menggelupas sakan, jadi kalau duduk sini asik nak sejuk je kulit aku jadi kering dan lama lama menggelupas dan lama sikit dia melecet. Jadi ia akan jadi luka. Dah macam kena frost bite padahal salji tak de pon. Mungkin aku jela yang ada symptom ni T-T 

Pakai losyen takde nak membantu sangat sebab kulit dah start kering macam bersisik dan kena lumur la minyak olive oil kasi lembap.selama duduk Malaysia kulit takde masalah, sampai sini habis kuca lana treatment di buatnya. Takpelah, ini semua dugaan~~~

Dah berapa hari ni aku asik di gegarkan dengan gossip kompani aku ni nak tutup kedai dekat branch Malaysia. Alasan nya ialah project dalam mesia depa tak dapat jadi depa tanak buang masa nak bid project dah. Project yang sedia ada dekat Netherlands pula banyak sampai tak cukup kaki tangan pulak nak buat. Dengan itu mereka membuat jalan pintas dengan cara nak absorp aku dan rakan rakan Malaysia ke employment Europe. 

Memandangkan ia bukan lah isu yang mudah bagi aku sebab mempertimbangkan beberapa perkara..aku harus betul betul sit down dan berbincang dengan pihak kompani ni. Sepatutnya semalam aku kena jumpa HRM dekat sini tapi Nampak nya HRM ada hal jadi dia kata harini dia akan jumpa dulu dengan director kami di sini dan akan bincang pulak dengan aku outcome yang dia terima. Masa bercakap tu sempat pula dia kata “jangan salah faham, this is not as bad as u think, u must have heard the rumours but trust me, it is not going to be as bad as you think”. Mana tak nya, bila aku tau depa kata team subsurface KL nak close down,aku Tanya la geng geng Malaysia, haram depa tak tau pape pon??? Pelik tak. Mana datang pulak cerita ni. Adakah ada yang making stories atau apa? Tabloid betul.

Apa apa pun...the outcome akan tiba juga nanti. Dan bila tiba masanya tu..itu lah masa untuk aku fikirkan samada harus menerima atau sebaliknya. Aku risau depa ni sebenar nya tanak aku kerja alternate basis Malaysia – Netherlands je..depa nak aku terus duduk sini dan makan gaji sama macam expat yang lain, oh nangis...
Baru nak semangat nak mendekorasi rumah baru T-T

Will see how,

Till then,

Happy working tomorrow! Bai :D