Saturday, September 21, 2013

# passion

Sebut pasal passion kan..ia adalah satu benda yang agakkkk berat batu bata aku nak cerita hahaha. Dulu dulu dulu tuuuu aku ade la cerita nak ada ber hobi. Kan? Nama nya banyak sangat nama hobi aku berangan kan. Bila aku dah start mulakan hobi tu dengan masa yang ada (masa saki baki nama dia) makanya hobi aku tak berapa nak menjadi. Adakah ia hobi paksaan atau hobi yang sememang nya aku minat? Aku sendiri tak reti nak menjawab nya. 

Haritu aku ade buat project jahit baju dengan mak, start dari drawing baju, calculation kiri dan kanan, potong gunting gunting. Nak buat baju tidur sophie je pun. Masa aku buat tu aku rasa masyaAllah kenapa ke payah sangat ni menggunting baju? Macam lagi susah pulak dari calculation stock tank oil. Lepas lukis lukis (dah la aku tak suka melukis) lepas tu kena gunting pulak, kalau salah gunting nanti baju (kain) akan jadi senget lah ape lah, adoi mak renyah nya keje ni. Habis menggunting aku dah sakit jari, bengkok bengkok jari di buat nya. Cramp ke apa ni? 

Lepas gunting kena jahit tepi pulak (rumah mak ada lab jahitan jadi memang berjenis mesin jahit dia ada). Dah jahit tepi kena start menjahit pulak. Dah siap baju kena jahit seluar pulak. Jahit getah pinggang..oh menangis! 

Adakah ini berlaku kerana mind set aku yang tidak menerima atau aku yang menyangka ia pekerjaan yang sangat super sukar atau sememang nya aku tak minat? 

Tapi aku suka tengok mak gunting kain

Tapi aku suka tengok mak menjahit

Tapi aku suka tengok mak come up dengan macam macam design baju kurung moden 

Tapi aku suka tengok mak jahit langsir beribu design

AM I NOT LIKE MOM?

Aku jenis suka je tapi tak reti buat? LOSER nya hai!

Gosh!

Kesimpulan aku pada hari ini ialah

Lebih senang menjadi chef masakan dari jadi tailor.

Mak tanak putus asa. 

dia kata nanti masuk rumah baru kau guna lah satu bilik buat mini office. Boleh letak BUKU RUJUKAN kat situ, boleh letak MESIN JAHIT dekat situ, boleh letak SET BOX jahitan dekat bilik tu.

Ok mak. Kita cuba lagi.

Aku nak belajar jahit langsir lah.

Emak aku garang tau kalau mengajar,masa mengajar menjahit dia akan jadi MADAM NOREHA, bukan omak eden nak mengado mintak tolong drawkan mak boleh? 

Mak along ak reti laaaah cemana niiii..

Nanti Madam Noreha akan kata... BUAT SENDIRI!! 

huahuahua

Happy Weekend!