Monday, September 23, 2013

# oh buggy



Okay pada harini aku nak bercerita tentang kesukaran aku hidup di tanah Eropah. Hahaha. Sejak hari pertama aku kat sini aku dah pon tanak bawak buggy sophie sebab mengenangkan dulu masa kami berjalan ke Langkawi, sanggup lah ayah sophie belikan dia buggy sebab ingatkan senang lah nak bawak dia jalan jalan guna buggy kan, kesudahan nya ialah takde pun pakai sebab sophie tanak duduk langsung dalam buggy,kalau kitorang letak je dia dalam buggy mula la dia menangis sampai makcik pakcik  yang shopping dekat Idaman Suri atau Haji Ismail mesti pandang kami. Jadi kami serba salah la kan..kena la dukung juga. Bila tak larat kami tukar tukar shift lah shopping, bila aku shopping suami akan tunggu la dengan sophie dalam kereta.  Bila turn suami shopping aku pula tunggu dalam kereta. Di sebabkan peristiwa ini aku bercadang untuk tidak bawak pun buggy ke Holland. 

Bila aku sampai sini, aku tengok kebanyakan orang tak bawa kereta, dorang lebih menggunakan basikal sebagai kenderaan utama. Siapa siapa yang tak nak berpeluh sebab sejuk dorang akan naik bas. Dah nama pun aku datang sini nak berkereta apa nya? Haruslah naik bas kan kalau nak kesana kesini pun. Kalau dorang ada anak kecil pun dorang akan naik bas dengan membawa stroller / buggy. Dalam bas kat Holland ni memang ada di sediakan tempat berdiri untuk emak emak tunggu dekat buggy anak masing masing. Jadi kalau naik bas tak payah lipat buggy. Memang boleh naik macam naik train dan tram. Brilliant I like this facility.  

Bila sudah mula menggunakan kenderaan / pengangkutan awam, aku mulai rasa sangat letih bila aku kena dukung sophie bila dia letih nak jalan kaki. Sampai bangun tidur aku dah tak larat..stress rasa nak nangis. Iyelah sophie bukan ringan ye. Aku rasa berat dia dah 20kg sekarang. Dia tak gemok tapi badan dia padat. Aku rasa tulang dia padat pun iye jugak. 

Maka dengan sebab itu sabtu lepas aku nekad dengan mak untuk mencari buggy. Aku mulakan dengan mencari buggy di Den Haag, Den Haag ni tempat / station train central untuk kita reload kad chipkaart. Kad chipkaart ni macam touch and go tu. Kalau naik public transport kat sini memang kita kena ada chipkaart tu. Jadi aku ke Den Haag dan reload kad aku dan berjalan la ke kedai kedai tapi sayang sekali tak ada kedai yang jual. Lepas dah patah balik dari center nak ke station train baru lah ada akak tu cakap kalau nak cari buggy kena jalan dalam 10 minit kearah town Den Haag (again) dan akan jumpa mall besar kat situ, situ awak akan jumpa la buggy. Dah la aku dah menapak siap dah patah balik sekali sampai station kena patah balik? Jawapan nya ialah NO WAY. 

Aku menaiki train dari stesen Den Haag central dan kembali ke station Voorburg. Nanti aku ambil gamba station station ni ye. Balik ke station Voorburg aku kena menaiki bas ke stesen bas Mgr Vaan Steelan, bustop ni sekali dengan Tram. Jadi dengan Tram aku ke kawasan bernama Leidsenhage.  Tempat ni lah tempat aku mencari makanan halal seperti ayam dan daging yang di sembelih oleh orang arab. Dorang ada kedai kat sini jadi sini la aku membeli daging daging ni.

Sampai di sini kami mulakan dengan membeli barangan makanan dan seterus nya aku meneruskan misi mencari buggy. Lokasi pertama yang di tuju ialah HEMA. Hema ni memang famous dekat Holland ni. Dia ni macam jusco la lebih kurang. Aku masuk ke Hema sini sebab Nampak ada dorang letak stroller dalam kaca dan aku masuk la Tanya. Kata adik retail tu ada satu brand aja yang ada dekat Hema ni. Brand jenama Holland dan harganya ialah 480euro. Kalau duit kita ada la dalam RM2112. 

Oleh kerana aku mencari buggy yang super simple dan tidak la mencari yang gabak besar dah macam stroller sophie dekat rumah jadi aku batalkan niat membeli. Lagipon Eu480 kau gila ke nak beli? Kalau memang tak ada stroller lain la cerita. Ini dah ada 2 dekat Malaysia lagi membeli stroller memang aku dapat ceramah percuma la dengan suami nanti.

Masa tu kedai dah nak tutup. Pukul 530 petang. Mall mall dekat sini tutup macam waktu pejabat jadi 530 tu sibuk butik butik tutup kedai. Aku kena cepat dan aku bagitau mak..duduk la dulu dekat park tengah tengah butik yang dalam bentuk membulat ni dan tunggu sampai aku balik kat park tu balik. Masa tu kesian tengok sophie dia keletihan sampai tanak bejalan dah. Aku rasa sedih sangat sebab aku tengok sini memang percentage nak jumpa buggy tu almost zero. Sampai laaaa aku melepasi satu satu nya butik bernama PRENATAL.

Prénatal, Leidsenhage - Rozemarijn 8, 2262 AH Leidschendam

Aku tampal sikit gamba kasi dapat gambaran korang dekat mana lah aku menapak ni. Jadi nya dekat kedai ini lah aku Nampak ada satu buggy terpampang di tepi kaca. Cantik je dia display. Masa tu aku Nampak dah adik tu tengah tutup tutup lampu tapi ku redahi juga ketuk pintu kaca kedai ni. Masa tu dia dengan manager dia je yang ada dan muka manager dia masa tu macam takut gila agak dia ingat ni perempuan indon mana pulak ni nak mintak perlindungan ke apa hahahahaa. Masa aku ketuk ketuk pintu tu mula mula dia refuse nak bukak pintu lama lama dia datang buka pintu dan Tanya apa aku nak. 

Aku kata..aku Nampak sini ada jual buggy. Boleh aku tahu harga?. Manager tu kata dalam bahasa inggeris la tapi aku malas nak menaip jadi aku tulis guna bahasa melayu. Dia kata harga buggy ni 90eu tapi minta maaf la sebab saya dah nak tutup kedai, infact you pun tahu kan sebab tu you ketuk pintu. Masa tu aku dekat depan pintu kedai ni aku tak masuk pon kedai tu sebab aku takut kang dia ingat aku menipu pulak kan nak merompak ke apa. 

Mendengarkan harga buggy yang tidak merepek iaitu 90eu aku rasa nak melompat bintang dan aku terus Tanya boleh tak aku nak beli sekarang? Dia kata bukan tak boleh tapi pc dah tutup. Aku kata tak pe, I bukan main main, aku keluarkan duit siap siap sambil bercerita..sebenarnya aku mencari buggy ni dari tadi tapi tak jumpa, aku singgah Hema harga bapak lah mahal 480euro so aku tak de duit nak beli,kesian acik ok. Manager wanita tu simpati terus buka pc dan aku bayar cash and carry terus. Dah la buggy dah takde stok, stok datang selasa depan tapi aku tak de pilihan kan aku amik je yang display yang aku Nampak depa duk letak depan kaca kedai tu. 

Dengan ada nya bagi yang Berjaya aku dapatkan petang tu..kami akhirnya dapat makan dengan aman di Toko Bali dekat kawasan yang sama dan sambung shopping lagi tapi keadaan dah jauh lebih mudah sebab ada nya buggy. Sophie yang keletihan siap tidur dalam buggy sampai la kami sampai ke rumah di Rozenboomlaan. 

Ini lah cerita orang Malaysia yang meredah keadaan sebab desperate. Kau ingat kalau duduk Malaysia hengen aku nak ketuk pintu butik mengandung time nak tutup? Tak de keje okay takde kejeee. Tapi sebab aku sangat memerlukan benda ni dan kalau takde memang aku menangis nak balik rumah, ia sangat lah membantu walaupon ia buggy adalah display. We pay cash and carry. Maafkan ummi ye sophie. Janji ade kan..dan harga munasabah (90 Eu = RM 396) itu yang penting! 

9hb Oktober kami akan ke Paris dan inilah senjata yang akan melajukan aku dan satu family nak berjalan ke Kota Paghiiiis. All the best to us hahaha.

Oklah habis dah entri oh buggy, nanti kita sambung lagi. Okay bye bye

Selamat bekerja you all!